Selasa, 3 Disember 2019

Nabi Idris

Nama sebenarnya ialah Khanukh bin Yarid bin Mihla'iel bin Qinan bin Anusy bin Syith bin Adam a.s. dan merupakan keturunan keenam daripada Nabi Adam a.s. Menurut Abdullah Bin Abbas, Nabi Idris mempunyai paras rupa yang menarik, susuk tubuh yang tegap, tinggi, berjanggut lebat dan bersifat pendiam.

Beliau digelar Idris kerana diambil dari perkataan Arab, iaitu  درس, iaitu belajar. Nabi Idris a.s disifatkan sebagai seorang yang suka belajar. Beliau mendalami ilmu agama sejak kecil. Beliau mempunyai 100 buah suhuf dan 4 buah kitab. Beliau telah membaca suhuf daripada Nabi Adam dan Syeets, masing-masing dikatakan sebanyak 10 dan 50 buah. Menurut riwayat lain beliau telah diajar oleh Malaikat Jibril sebanyak 30 sahifah. Pelajaran yang diterima adalah berkenaan dengan hukum-hakam daripada Allah S.W.T.

Beliau dilahirkan setelah 1000 tahun Nabi Adam a.s wafat dan semasa kelahiran beliau banyak kota telah membangun. Beliau dikatakan hidup hampir 345 tahun atau 380 tahun ia adalah berdasarkan riwayat yang bersanadkan oleh Muawiyah bin al-Hakam as-Sulami.Namun, tiada riwayat yang sahih mengenai tarikh, tempat lahir dan kewafatan beliau.

Nabi Idris a.s dianugerahi kepandaian dalam berbagai disiplin ilmu, kemahiran serta kemampuan mencipta peralatan bagi memudahkan pekerjaan manusia seperti pengenalan tulisan, matematik, astronomi, ilmu haiwan, menunggang kuda, menjahit pakaian dan sebagainya. Nabi Idris merupakan manusia pertama yang dapat menulis dengan kalam ( alat tulis yang diperbuat daripada buluh ).

Nabi Idris a.s diutuskan oleh Allah S.W.T bagi mengingatkan umat keturunan Qabil yang telah bersikap derhaka. Nabi Idris a.s diberi gelaran "Asadul Usud" yang bermaksud Harimau segala Harimau kerana berani memerangi manusia yang derhaka kepada Allah S.W.T.  Allah S.W.T telah menurunkan kemarau kepada umat Nabi Idris sebagai balasan keingkaran mereka.


Allah s.w.t berfirman :

"Dan ceritakanlah ( Hai Muhammad kepada mereka kisah ) Idris ( yang tersebut ) di dalam Al-Qur'an. Sesungguhnya ia adalah seorang yang sangat membenarkan dan seorang rasul. Dan Kami telah mengangkatnya ke martabat yang tinggi."
( QS. Maryam: 56-57 )

Kita tidak mengetahui bila Nabi Idris hidup dan kepada kaum siapa dia diutus dan bagaimana Allah s.w.t mengangkat darjatnya pada kedudukan yang tinggi.
Menurut dongeng kuno disebutkan bahawa Nabi Idris adalah Uzairis, salah seorang pahlawan Mesir kuno. Beliau dianggap sebagai Tuhan berhala. Izis, isterinya memainkan peranan penting dalam mengembalikannya pada kehidupan. Kami tidak memiliki suatu sumber yang otentik yang dapat kami percaya untuk meneguhkan pendapat seputar Nabi Idris.

Barangkali Idris adalah seorang Nabi yang dermawan dan mulia dan diutus di Mesir, lalu Allah s.w.t mengangkatnya di sisi-Nya seperti Nabi Isa Ibnu Maryam. Ketika beliau diangkat, terjadilah berbagai macam isu dan fitnah seputar beliau dan kemudian beliau dijadikan sebagai Tuhan. Dan barangkali ada versi lain seputar kisah itu.

Yang jelas Al-Qur'an al-Karim tidak menyingkap kesamaran yang berhubungan dengan Nabi Idris. Yang kami ketahui hanya bahawa beliau adalah seorang yang jujur, yang dipercayai, dan seorang Nabi. Allah s.w.t mengangkatnya ke darjat yang tinggi di sisi-Nya. ?


Nabi Idris a.s Bersama Malaikat Izrail

Suatu ketika Nabi Idris a.s telah dikunjungi oleh Malaikat Izrail dan bertanya Nabi Idris a.s katanya : "Hai malaikat Izrail, engkau datang ini untuk mencabut nyawa atau untuk menziarah?." 

Kata Malaikat Izrail aku datang untuk menziarah dengan izin Allah. 

Kata Nabi Idris kepada Malaikat Izrail : "Hai Malaikat Izrail, saya ada keperluan dan kepentingan kepadamu?" 

Kata Malaikat Izrail "Kepentingan apa itu?" 

Jawab Nabi Idris "Kepentingan denganmu iaitu supaya engkau mencabut nyawaku dan kemudian Allah menghidupkan kembali sehingga aku dapat beribadah kepada Allah setelah aku merasakan sakaratulmaut".

 Kata Malaikat Izrail sesungguhnya aku tidak akan mencabut nyawa seseorang melainkan mendapat izin Allah. 

Maka Allah memberi wahyu kepada kepada Malaikat Izrail agar dia mencabut nyawa Nabi Idris, maka seketika itu Malaikat Izrail mencabut nyawa Nabi Idris a.s. Maka Malaikat Izrail menangis atas kematian Nabi Idris sambil memohon kepada Allah agar Allah menghidupkan kembali Nabi Idris a.s.

Kemudian Allah mengabulkan permohonan Malaikat Izrail, maka Nabi Idris hidup kembali.

Malaikat Izrail bertanya kepada Nabi Idris as. "Hai saudaraku, bagaimana rasanya sakaratulmaut itu?.

Kata Nabi Idris a.s "Sesungguhnya rasa sakaratulmaut itu saya umpamakan binatang yang hidup itu dilapah kulitnya
( dibuang kulitnya semasa hidup-hidup ) dan begitulah rasanya sakaratulmaut bahkan lebih seribu kali sakit."

Kata Malaikat Maut: "Secara halus dan berhati-hati aku mencabut nyawa yang seperti itu selama-lamanya." 

Kemudian Nabi Idris a.s berkata lagi pada Malaikat Maut: "Hai Malaikat Maut, saya ada keinginan lagi dengan engkau iaitu saya ingin melihat Neraka Jahanam sehingga saya boleh beribadah kepada Allah dengan bersungguh-sungguh setelah melihat belenggu, rantai-rantai dan kala jengking yang menyengat orang-orang yang ada di Neraka Jahanam." 

Kata Malaikat Maut "Bagaimana saya boleh pergi ke Neraka Jahanam tanpa izin Allah".

Maka Allah memberi wahyu kepada Malaikat Maut dengan firman: "Pergilah engkau ke Neraka Jahanam bersama-sama Nabi Idris a.s". 

Malaikat Maut pun pergi ke Neraka Jahanam bersama-sama Nabi Idris kemudian Idris melihat segala macam seksaan yang diciptakan Allah untuk musuh-musuh-Nya yang berupa belenggu, rantai-rantai daripada neraka dan kala jengking serta ular dengan api-api yang menyala dan kayu zakum dan air yang sangat panas untuk di minum oleh ahli neraka tersebut. 

Setelah kembali Nabi Idris berkata lagi kepada Malaikat Maut. "Hai Malaikat Maut, saya ada keinginan lagi dengamu iaitu saya ingin melihat syurga sehingga saya boleh tambah meningkatkan amal ibadah".

Maka Malaikat Maut berkata "Bagaimana boleh saya bersamamu ke dalam syurga tanpa izin Allah." 

Maka Allah memberi izin pada Malaikat Maut untuk pergi berdua dan berhenti dekat pintu syurga.

Maka Nabi Idris melihat di dalamnya nampak bermacam-macam nikmat dan istana besar lagi indah dan beberapa anugerah yang berharga, juga tumbuh-tumbuhan serta buah-buahan yang beraneka warna dan rasanya berbeza-beza.

Nabi Idris berkata "Hai saudaraku, saya telah merasakan sakitnya sakaratulmaut, saya telah melihat Neraka Jahanam yang di dalamnya bermacam-macam rupa seksaan dan azab neraka maka mohonlah engkau kepada Allah agar Allah mengizinkan saya untuk masuk syurga dan minum airnya agar hilang rasa sakitnya sakaratulmaut di tenggkorakku ini dan juga terhindar daripada seksaan Neraka Jahanam.

Maka Malaikat Izrail minta izin kepada Allah lalu mengizinkannya, kemudian masuklah meraka berdua ke alam syurga lalu keluar. Kemudian Nabi Idris masuk lagi ke dalam syurga dan meletakkan seliparnya di bawah pokok kayu di dalam syurga. 

Maka Nabi Idris berkata kepada Malaikat Izrail "Hai Malaikat Maut, selipar saya tertinggal di dalam syurga di bawah pokok kayu, maka kembalikanlah saya ke dalam syurga," maka Nabi Idris masuk ke syurga dan tidak mahu keluar lagi dari syurga. 

Maka berteriaklah Malaikat Izrail memanggil Nabi Idris agar keluar dari syurga. "Hai Idris, keluarlah engkau dari syurga." 

Maka Nabi Idris pun tidak mahu keluar. Allah s.w.t telah berfirman "Tiap-tiap orang mesti merasakan sakaratul maut, sedang saya sudah merasakan sakaratulmaut.

Dan Allah s.w.t berfirman lagi maksudnya: "Tidak ada diantara kamu sekelian kecuali mereka itu memasuki ( neraka/syurga ) sedang aku pernah memasuki neraka dan Allah pun juga berfirman lagi maksudnya: "Dan tidaklah mereka itu dikeluarkannya".
( keluar daripada syurga ).

"Siapakah yang mengeluarkan saya dari syurga" sedangkan Allah telah memberi wahyu kepada malaikat Maut. 

"Tinggalkanlah dia ( Nabi Idris ) sesungguhnya Aku telah memutuskan dia di zaman azali dahulu bahawa sesungguhnya dia ( Nabi Idris ) tergolong ahli dan penghuni syurga."

Dan Allah telah berfirman kepada rasul-rasul-Nya tentang kisah Nabi Idris dalam firman-Nya yang bermaksud. "Dan ingatlah olehmu cerita-cerita dalam kitab Nabi Idris a.s dan seterusnya."


Di antara beberapa nasihat dan kata-kata mutiaranya ialah :

1) Kesabaran yang disertai iman kepada Allah membawa kemenangan.

2) Orang yang bahagia, ialah orang yang berwaspada dan mengharapkan syafaat dari Tuhannya dengan amal-amal solehnya.

3) Bila kamu memohon sesuatu kepada Allah dan berdoa, maka ikhlaskanlah niatmu, demikian pula puasa dan solatmu.

4) Janganlah bersumpah dalam keadaan kamu berdusta dan janganlah menuntut sumpah dari orang yang berdusta agar kamu tidak menyekutui mereka dalam dosa.

5) Taatlah kepada raja-rajamu dan tunduklah kepada pembesar-pembesarmu serta penuhilah selalu mulut-mulutmu dengan ucapan syukur dan puji kepada Allah S.W.T

6) Janganlah iri hati kepada orang-orang yang baik nasibnya, kerana mereka tidak akan banyak dan lama menikmati kebaikan nasibnya itu.

7) Barangsiapa melampaui kesederhanaan tidak sesuatu pun akan memuaskannya.

8) Tanpa membahagi-bahagikan nikmat yang diperolehnya, seseorang tidak dapat bersyukur kepada Allah atas nikmat-nikmat yang diperolehinya.


Kesimpulan

Dalam usaha kita untuk menjadi umat Islam yang terbaik dan bijaksana yang boleh memimpin dengan ilmu, kita perlu mencontohi peribadi Nabi Idris a.s yang sangat suka belajar. Beliau akan sentiasa berusaha untuk memahami ilmu Allah tanpa perasaan penat lelah sehingga dikurniakan ilmu yang mendalam mengenai bintang dan matematik.

Hal ini juga membuktikan bahawa penguasaan ilmu itu berlaku sejak lama dahulu. Ia bukan budaya sesetengah bangsa sahaja malah satu perkara yang bersifat fitrah bagi setiap manusia. Kita memerlukan ilmu pengetahuan untuk terus berkembang dan melalui kehidupan dengan lebih baik.

Isnin, 2 Disember 2019

Istighfar Munajat Taubat

Hari ini satu pertanyaan buat diri kita...? Bolehkah anda mengatakan yang anda tidak berbuat dosa pada hari ini ? Benarkah tiada dosa?

Ya Allah, kita bukan Maksum. Walaupun anda mungkin tidak berbuat dosa pada manusia, tidak melakukan kesalahan, sebaliknya adakah anda yakin yang anda tidak pernah menganayai haiwan.Mungkin ketika anda sedang berjalan di sebatang jalan lalu tanpa disedari anda telah terpijak semut.Walaupun ia hanya dosa kecil, disebabkan anda tidak menyedari kehadiran semut tersebut, namun ia tetap dikira berdosa dan oleh kerana itu kita perlu bertaubat memohon agar dosa itu diampunkan dan bermaafan sesama kita.

Seandainya kita mudah untuk memberi kemaafan kepada orang lain, insyallah Allah dengan mudah memaafkan kita.


Memperbanyakkan istighfar.

Istighfar adalah rintihan dan pengakuan dosa seorang hamba di depan Allah, yang menjadi sebab Allah jatuh kasih dan kasihan pada hamba-Nya lalu Dia berkenan melapangkan jiwa dan kehidupan si hamba. Sabda Nabi s.a.w. : "Barang siapa memperbanyak istighfar maka Allah s.w.t akan menghapuskan segala kedukaannya, menyelesaikan segala masalahnya dan memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka." 
( Riwayat Ahmad, Abu Daud, an-Nasa'i, Ibnu Majah dan al-Hakim dari Abdullah bin Abbas RA. )

" Dan Allah tidak akan sekali-kali akan menyeksa mereka, sedang engkau ( wahai Muhammad ) ada di antara mereka; dan Allah tidak akan menyeksa mereka sedang mereka beristighfar ( memohon ampun )."
( Anfal : 33 )

"Daripada Ibni Abbas Radiallahu Anhuma, Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda: Sesiapa yang selalu beristighfar nescaya Allah akan menjadikan baginya kemudahan bagi setiap kesempitan, kesenangan bagi setiap kesedihan dan memberi rezeki tanpa diduga olehnya".
 ( Riwayat Al-Imam Abi Daud )

Hebatnya kekuatan istighfar itu sebagai munajat taubat dan banyak kelebihan bagi orang yang sering beristighfar. Justeru, digalakkan kita sentiasa beristighfar sebagai pendekatan secara lisan untuk memohon keampunan daripada Allah, kemudian diikuti dengan amalan soleh. Semoga Allah mengampunkan saya dan anda semua. Saya  ingin berkongsi dengan anda zikir taubat Astaghfirullah Rabbal Baraya.


Zikir Taubat Nasuha beserta maksud :

Astaghfirullah Rabbal Barroya
( Ampunilah Hamba Ya Allah Maha Penerima Taubat )
Astaghfirullah Minal khotoya.
( Ampunilah Hamba Ya Allah Daripada Segala Dosa ) ( 4X )

Rabbi zidni 'ilman naa fi'a
( Tambahkan kepadaku ilmu yang 
   berguna )

Wa wa fiqni 'amalam maqbula
( Dan berikanlah aku amalan yang dimakbulkan )
Wa Wa habli rizqan waasi'a
( Dan kurniakan kepadaku rezeki yang meluas )
Wa tub 'alaia taubatan nasuha ( 2X )
( Dan perkenankan taubatku dengan taubat nasuha )


Astaghfirullah Rabbal Barroya
( Ampunilah Hamba Ya Allah Maha Penerima Taubat )
Astaghfirullah Minal khotoya.
( Ampunilah Hamba Ya Allah Daripada Segala Dosa ) ( 2X )

Rabbi zidni 'ilman naa fi'a
( Tambahkan kepadaku ilmu yang
   berguna )
Wa wa fiqni 'amalam maqbula
( Dan berikanlah aku amalan yang dimakbulkan )

Wa Wa habli rizqan waasi'a
( Dan kurniakan kepadaku rezeki yang meluas )
Wa tub 'alaia taubatan nasuha ( 2X )
( Dan perkenankan taubatku dengan taubat nasuha )

Astaghfirullah Rabbal Barroya
( Ampunilah Hamba Ya Allah Maha Penerima Taubat )
Astaghfirullah Minal khotoya.
( Ampunilah Hamba Ya Allah Daripada Segala Dosa ) ( 2X )

Semoga zikir taubat Astaghfirullah Rabbal Baraya ini menjadi panduan dan diamalkan , mudah-mudahan Allah memberkati sepanjang kehidupan kita di dunia & akhirat.

Peringatan : Jangan berhenti bertaubat.
Biar berulangkali melakukan dosa, teruslah bertaubat apabila sedar kesalahan kita, moga dengan izin-Nya dan hidayah-Nya, akhirnya kita tinggalkan terus kesalahan itu.

Allah tidak pelik dengan hambanya yang berulangkali melakukan dosa dan bertaubat kerana itu Allah Maha Pengampun, tetapi Allah amat pelik dengan hambanya yang melakukan dosa tapi enggan bertaubat walau sekali.

Doa Taubat

✒ Kita semua pernah melakukan kesalahan dan dosa. Sama ada dosa dengan Allah, dosa dengan ibubapa, dosa dengan rakan taulan, dan mungkin juga rasa bersalah terhadap diri sendiri. Mungkin kita ada melakukan dosa semalam atau mungkin juga pada masa ini atau mungkin juga esok.

 ✒ Adakah kita sudah meminta ampun, minta maaf dari dosa dan atas kesalahan yang kita lalukan semua itu?

✒ Baiknya Allah, sekali pun sebesar gunung kesalahan kita lakukan tetapi setelah kita memohon keampunan sebenar-benar taubat pada Dia, Dia tidak akan menggungkit kembali kesalahan yang pernah kita lakukan di Padang Mahsyar nanti. Allah sudah memapadamkan semua itu dari buku amalan kita. Kalau main-main saja minta ampun, bukan Allah tidak tahu.

Meninggalkan perbuatan dosa.

✒ Istighfar tidak akan laku di sisi Allah jika masih berbuat dosa. Dosa bukan saja membuat hati resah malah menutup pintu rezeki. Sabda Nabi s.a.w. : dan seorang lelaki akan diharamkan baginya rezeki kerana dosa yang dibuatnya."
 ( Riwayat at-Tirmizi )

✒ Sebenar-benarnya taubat ialah taubat nasuha yang dapat meleburkan dosa sebelumnya. Dan Allah Maha menerima taubat hamba-hamba-Nya yang mahu bertaubat kepada-Nya.

✒ Dan orang yang bertaubat dari segala dosa bagaikan orang yang tidak memiliki dosa. Allah S.WT berfirman, ertinya, “Dan Dialah yang menerima taubat dari hamba-hambaNya dan memaafkan kesalahan-kesalahan dan mengetahui apa yang kamu kerjakan.
( QS. asy-Syura: 25 ).



Perhatian :

✒Janganlah sekali-kali kita memandang ringan sekalipun ia hanya dosa kecil.

✒ Kerana dosa yang tidak terampun, walau sebesar zarah sekalipun, pastinya akan menerima pembalasan seadil-adilnya.

Akhir kata, semoga doa ini menjadi panduan, mudah-mudahan Allah memberkati sepanjang kehidupan kita di dunia & akhirat.

Zikir Hasbi Rabbi ( Zikir Penenang Hati dan Jiwa )

Kali ini saya akan kongsikan zikir yang sangat saya gemari dan zikir ini juga dapat memberi ketenangan dalam diri saya iaitu Hasbi Rabbi. Kita wajib menanamkan sifat yakin terhadap Allah S.W.T. Zikir ini dapat memantapkan lagi keyakinan kita pada Allah serta ingatan kita pada-NYA. Jika anda semua berasa rindu akan seseorang, lafazkanlah dan bacalah zikir ini supaya hati anda rasa tenang dan sentiasa ingat pada Allah dan gantikanlah rindu itu kepada rindu Yang Maha Esa lagi baik.
Jika anda dapat memahami setiap ayat dalam zikir ini adalah lebih baik kerana setiap maksud di dalam zikir ini, sangat baik dan kita hanya berserah pada Allah.
Sama-samalah kita menghayati dan sentiasa menjadikan zikir harian kita.


Zikir Hasbi Rabbi Jalallah


✒Hasbi Rabbi Jalallah adalah kalimah zikir yang diamalkan oleh para anbia dan diwarisi oleh ulama-ulama Islam. Zikir ini dapat memantapkan lagi keyakinan kita pada Allah serta ingatan kita pada-NYA.

✒Zikir ini sangat sesuai diamalkan sebagai penenang hati kalau dihayati memang  boleh mengalir air mata terasa sayu.

✒Jika anda semua berasa rindu akan seseorang,lafazkanlah dan baca lah zikir ini supaya hati anda rasa tenang dan sentiasa ingat pada Allah dan gantikan lah rindu itu kepada rindu Yang Maha Esa adalah lebih baik.

Semoga Zikir Hasbi Rabbi Jalallah ini jadi panduan dan di amalkan, mudah-mudahan Allah memberkati sepanjang kehidupan kita di dunia & akhirat.


Sabtu, 30 November 2019

Adakah Dinosour Wujud Sebelum Nabi Adam a.s Diturunkan ke Bumi ?


Kita diajar Dinosaur adalah binatang zaman prasejarah. Tetapi, sejauh manakah kebenarannya dari sudut Islam dan Sains? Adakah ianya benar-benar wujud dan hidup sezaman dengan Nabi Adam A.S. atau sebelumnya?



Adakah Dinosaur Wujud?

Kalau benar dinosaur wujud, kenapa fosilnya hanya dijumpai di sesetengah tempat? Contohnya, negara-negara Eropah? Kenapa fosil-fosil itu sahaja yang bertahan? Kenapa yang lain semua sudah menjadi petroleum? Banyak kemuyskilan mengenai kewujudan dinosaur. Haiwan prasejarah mungkin wujud, namun dinosaur belum tentu.

Penjelasan mengenai mengapa ada dinasour yang menjadi petroleum atau bahan mentah kepada kita sekarang ialah kerana dinasour itu mendiami kawasan-kawasan tanah rendah. Apabila tanah rendah itu mula ditenggelami air, bangkai/tulang dinasour ini telah menjadi mendap. Tekanan yang disebabkan oleh paras air yang tinggi menyebabkan tulang/fosil dinasour ini menjadi petroleum.

Secara umumnya, ramai orang mengetahui tentang dinosaur mengikut fakta-fakta yang dijelaskan oleh sains dan bukti-bukti fosil yang telah dijumpai. Tetapi adakah terdapat cerita tentang dinosaur ini di dalam Al-Quran ataupun kitab-kitab suci yang lain? Dari penjelasan dalam islam, tidak banyak yang kita ketahui tentang dinosaur ini. Adakah ia hidup sebelum zaman Nabi Adam a.s. atau ia hidup semasa zaman nabi tersebut? Inilah kemusykilan yang kerap kali bermain dikalangan ahli sains moden. 

Dinosaur Hidup Sebelum Zaman Nabi Adam?

“Dan tiadalah binatang-binatang yang ada di bumi dan burung-burung yang terbang dengan kedua sayapnya, melainkan umat ( juga ) seperti kamu. Tiadalah Kami alpakan sesuatupun dalam Al-Kitab, kemudian kepada Tuhanlah mereka dihimpunkan.”
( Al An'aam : 32 )

Haiwan prasejarah diyakini wujud seperti persoalan bagaimana malaikat tahu bahawa hamba Allah yang bakal dicipta nanti ( Adam dan keturunannya ) akan membuat ‘kerosakan’ dan ‘menumpah darah’ ( berperang ). Ini membuktikan sudah ada kehidupan makhluk lain sebelum manusia yang telah diturunkan syariat Islam. Cuma bezanya makhluk sebelum Adam berbeza dari segi jasad dan kemampuan intelektual.

Jika difikirkan secara logik akal, adalah mustahil untuk manusia hidup bersama-sama dinosaur yang telah menghuni di muka bumi ini selama berjuta-juta tahun. Kalau dikaitkan dengan sejarah manusia yang telah tercatat di dalam Al-Quran dan juga melalui kajian saintifik manusia, manusia tidak mungkin dapat hidup pada zaman dinosaur. Mana mungkin manusia dapat bercucuk tanam seperti yang dilakukan oleh Anak Nabi Adam, Qabil dan mengembala binatang ternak oleh Habil.

“Dan ( ingatlah ) ketika Tuhanmu berfirman kepada Malaikat; “Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi”.
( Al-Baqarah : 30 )

Seperti yang tertulis di dalam al-Quran, Allah telah menciptakan bumi dengan kefungsian yang lengkap termasuklah berbagai jenis binatang dan Nabi Adam diciptakan selepas penciptaan bumi.

“Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi; dan ( pada ) pertukaran malam dan siang; dan ( pada ) kapal-kapal yang belayar di laut dengan membawa benda-benda yang bermanfaat kepada manusia; demikian juga ( pada ) air hujan yang Allah turunkan dari langit lalu Allah hidupkan dengannya tumbuh-tumbuhan di bumi sesudah matinya, serta Ia biakkan padanya dari berbagai-bagai jenis binatang; demikian juga ( pada ) peredaran angin dan awan yang tunduk ( kepada kuasa Allah ) terapung-apung di antara langit dengan bumi; sesungguhnya ( pada semuanya itu ) ada tanda-tanda ( yang membuktikan keesaan Allah kekuasaanNya, kebijaksanaanNya, dan keluasan rahmatNya ) bagi kaum yang ( mahu ) menggunakan akal fikiran.”
( Al-Baqarah : 164 )

“Dia menciptakan langit tanpa tiang yang kamu melihatnya dan Dia meletakkan gunung-gunung di bumi ( permukaan ) supaya bumi itu tidak menggoyangkan kamu; dan memperkembang-biakkan padanya segala macam jenis binatang. Dan Kami turunkan air hujan dari langit, lalu Kami tumbuhkan padanya segala macam tumbuh-tumbuhan yang baik.”
( Luqman : 10 ).

Ayat-ayat tersebut menunjukkan bahawa setelah penciptaan bumi, juga dikembangbiakkan binatang-binatang dan ini seharusnya adalah binatang-binatang prasejarah dan juga binatang- binatang yang kita lihat saat ini.

Dinosaur Hidup Semasa Zaman Nabi Adam?

Ada sesetengah pendapat mengatakan dinosaur itu ibarat ayam, itik dan haiwan biasa bagi Nabi Adam sebab Nabi Adam diriwayatkan sebagai bertubuh sangat besar dan tinggi.

“Dialah yang menciptakan langit dan bumi; Ia menjadikan bagi kamu pasangan-pasangan dari jenis kamu sendiri, dan menjadikan dari jenis binatang-binatang ternak pasangan-pasangan ( bagi binatang-binatang itu ); dengan jalan yang demikian dikembangkan-Nya ( zuriat keturunan ) kamu semua. Tiada sesuatupun yang sebanding dengan ( Zat-Nya, sifat-sifat-Nya dan pentadbiran )-Nya, dan Dia Maha Mendengar, Maha Melihat.”
( Asy-Syura : 11 )

Menurut hadits Muhammad yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari,  Nabi Adam memiliki postur badan dengan ketinggian 60 hasta ( kurang lebih 27,432 meter ). Hadits mengenai ini pula ditemukan dalam riwayat Imam Muslim dan Imam Ahmad, namun dalam sanad yang berbeza.”

Jadi persoalannya di sini, wujudkah burung gagak di zaman dinosaur? Burung gagak sepatutnya hanya wujud semasa wujudnya mamalia-mamalia yang lain. Adakah yang dimaksudkan dengan burung gagak itu adalah sebetul-betulnya gagak kini? Atau adakah ia burung dari jenis zaman dinosaur juga yang menyerupai seekor gagak? Sedikit sebanyak memang dinosaur itu wujud kerana kita sudah melihat bukti fosil dan kajian saintifik dari segi sains. Tetapi kemusykilan tentang dinosaur dalam Islam masih banyak yang belum kita ketahui terutamanya dari segi kehidupan manusia pertama iaitu sejak zaman Nabi Adam a.s.

Kesimpulannya

Dinosaur tidak disebut di dalam al-Quran secara tepat bukan bererti tidak penting tetapi itu adalah anugerah Allah untuk manusia supaya manusia mencari dan mengkaji masa lalu dan apa hubungannya degan kehidupan sekarang dan juga untuk masa depan . Bukankah itu salah satu tujuan Allah menciptakan manusia sebagai khalifah di muka bumi.

Khamis, 28 November 2019

Keunikan dan Kepelbagaian Spesies Dinosour


D
isebabkan dinosaur muncul sejak 230 juta tahun dahulu, manusia hanya mengenali haiwan tersebut menerusi buku-buku serta gambaran animasi yang dipaparkan di televisyen.Perkataan dinosaur sebenarnya berasal daripada perkataan Greek yang bermaksud “cicak yang dahsyat”.Haiwan reptilian yang hidup di zaman prasejarah itu dikategorikan dalam pelbagai spesies dan saiz selainmempunyai sifat semula jadi yang berbeza dari segi permakanan, pembiakan dan pergaulan.

           Dinosaur tertua ditemui dalam batu di Argentina dan Brazil dan berusia kira-kira 230 juta tahun.Jenis paling primitif Eoraptor merupakan dinosour pemakan daging paling kecil.Rangka Eoraptor menunjukkan kemajuan dan mungkin rangka yang lebih tua ditemui.Adakah semua dinosaur tinggal bersama pada masa yang sama yang menjadi persoalannya ?

          Komuniti dinosaur dipisahkan oleh masa dan geografi.Era dinosaur atau Era Mesozoik termasuk tiga jangka masa geologi berturut-turut iaitu  Triassic, Jurassic dan Cretaceous.Spesies dinosaur berlainan hidup dalam tiga zaman yang berlainan.Misalnya, dinosaur Jurassic, Stegosaurus telah pupus lebih kurang 80 juta tahun sebelum kemunculan dinosaur Cretaceous.dan Tyrannosaurus.

         Malah, jarak masa yang memisahkan Cretaceous.dan Tyrannosaurus lebih besar dibandingkan dengan jarak masa Tyrannosaurus dengan manusia.Pada permulaan sejarah dinosaur ( Era Triassic ) hanya terdapat satu daratan di Bumi yang dinamakan Pangea dan terdapat pelbagai jenis dinosaur di sana.Bagaimanapun apabila Pangea terpisah, dinosaur bertaburan di seluruh dunia dan beberapa spesies dinosaur berevolusi dalam setiap kawasan geografi. Berikut disenaraikan kepelbagian sifat yang terdapat pada spesies-spesies tersebut.



Allosaurus memburu secara berkumpulan




Spesies Allosaurus dikategorikan sebagai dinosaur gergasi yang hidup sekitar 145 hingga 155 juta tahun dahulu dan dikenali mempunyai tabiat menjalankan pemburuan secara berkumpulan.Ia merupakan pemangsa dua kaki dengan mempunyai tengkorok yang besar selain dilengkapi dengan berdozen gigi yang besar dan tajam. Allosaurus boleh mencecah panjang sehingga 12 meter dengan anggaran berat sekita 1,500 kilogram.Kesemua gigi dinosaur speseis ini memiliki bentuk seperti gergaji, pendek, runcing dan lebih condong kea rah belakang tengkorak.Sebahagian besar spesies  Allosaurus berasal dari Amerika Utara dan sebahagian lagi dijumpai di daerah Portugis dan Tanzania.


Tyrannosaurus Rex dinosaur popular




Dikenali dengan nama ringkas T.Rex, Tyrannosaurus Rex merupakan salah satu spesies dinosaur yang paling menonjol dan dikenali di seluruh dunia. Tyrannosaurus bermaksud “mengarung zalim” dikatakan berasal dari bahagian barat Amerika Utara yang merupakan haiwan karnivor berkaki dua serta mempunyai dua tangan yang kecil dengan hanya dua jari.Jika dilihat dari struktur badannya, T.Rex mempunyai tengkorok yang besar dan ia diimbangkan oleh ekornya yang panjang dan berat dengan sokongan lebih 40 tulang.Spesies tersebut mempunyai ukuran sepanjang 12 hingga 13 meter dengan anggaran jisim badannya lebih kurang7,200 kilogram.Selain itu,ia juga dilengkapi tulang yang tegap, bermata serat dan gigi yang mempunyai kuasa gigitan yang paling kuat berbading dinosaur-dinosour lain.


Baryonyx makan ikan




Baryonyx merupakan spesies dinosaur karnivor yang mempunyai kegemaran memakan ikan.Mempunyai bentuk tubuh sepanjang kira-kira enam meter,spesies tersebut mempunyai saiz rahang dan kuku yang besar.Ciri lainnya adalah seperti muncung yang panjang, bergigi halus dan tajam serta mempunyai penyangkuk bagi membantunya memburu mangsa. Dalam bahasa Yunani, Baryonyx merujuk kepada maksud cakaran.Fosil pertama spesies tersebut ditemui didalam lubang tanah liat di selatan Dorking, England dengan usia sekitar 125 juta tahun.


Brachiosaurus dinosaur terbesar




Selama berdekad-dekad zaman pra sejarah berlalu, Brachiosaurus dikatakan spesies dinosour terbesar yang pernah diketahui hidup di muka bumi.Dinosour jenis ini mempunyai anggota badan yang pelik kerana anggota depannya lebih panjang daripada anggota belakang.Berdasarkan rangka yang ditemui, tinggi Brachiosaurus mencecah sehingga 25 meter dengan berat anggaran sekitar 78 tan. Jika dikaji dari segi proses pertumbuhannya, spesies tersebut berupaya untuk membesar sehingga 15 peratus lebih panjang daripada fosil yang ditemui.Spesimen paling lengkap untuk spesies ini dipamirkan di Muzium Humboldt, Berlin di Afrika di mana ia merupakan rangka lengkap yang tertinggi di dunia.


Fosil Velociraptor paling banyak ditemui




Mungkin ramai yang mengenali spesies dinosaur Velociraptor ini kerana peranan pentingnya dalam novel Michael Crichton Jurassic Park dan siri filem Jurassic Park. Velociraptor yang membawa maksud “ perompak pantas” dalam bahasa Greek itu wujud kira-kira 70  hingga 80 juta tahun dahulu.Merupakan karnivor berkaki dua dengan ekor yang panjang serta kuku yang tajam bertujuan untuk mencakar dan membunuh mangsanya.Spesies ini boleh dibezakan daripada segi bentuk tengkoraknya yang panjang dan rendah, dengan muncung yang terbalik.Ia terkenal dikalangan pakar paleontology kerana lebih daripada  satu dozen rangka-rangka fosilnya dijumpai berbanding dengan spesies lain.


Ceratosaurus haiwan pemangsa akhir zaman




Nama Ceratosaurus dalam bahasa Greek membawa maksud “cicak bertanduk” merupakan dinosour yang hidup di akhir zaman batu di Amerika Utara.Spesies tersebut mempunyai ciri seperti rahang yang besar, gigi tajam dan tanduk yang tajam serta terdapat tanduk kecil di bahagian matanya.Kaki hadapannya bersaiz kecil dan pendek tetapi amat kuat dan kukuh. Ceratosaurus mempunyai panjang sehingga enam meter dengan berat boleh mencapai sehingga lima tan.Dinosour spesies ini boleh hidup bersama-sama spesies lain seperti Allosaurus, Torvosaurus, Apatosaurus, Diplodocus dan Stegosaurus.



Pterosaurus burung terbesar






Pterosaurus tidak kurang hebatnya sering ditonjolkan dalam filem-filem siri Jurassic  Park dan seumpanya. Pterosaurus dalam bahasa Greek dikenali sebagai "cicak bersayap". Dinosour ini merupakan spesies vertebrata paling awal ditemui dan berkebolehan terbang. Spesies ini wujud kira-kira 228 sehingga 66 juta tahun. Pterosaurus memiliki ciri seperti panjang, berekor panjang, rahang bergigi, keseluruhan tubuhnya dilitupi oleh bulu dari jenis filamen atau lebih dikenali sebagai pycnofibers, membiak secara bertelur, dietnya ialah ikan, buah-buahan, dan memburu dari spesies yang sama, beratnya boleh mencapai 250kg bagi dewasa, ketinggiannya sama seperti seekor zirafah yang terdapat pada hari ini dan saiz sayapnya bagi yang bersaiz kecil hanya 25cm dan yang besar mencecah 11m.


Triceratops dinosour bertanduk tiga




Triceratops hidup pada zaman Cretaceous iaitu sekitar 67-65 juta tahun dahulu.
Kebanyakkan fosilnya ditemui di Amerika Utara. Spesies ini dikatakan hidup secara bersendirian dan memakan tumbuh-tumbuhan. Triceratops yang membawa maksud “ muka bertanduk tiga ” dalam bahasa Greek memiliki berat sehingga 6 tan dan tingginya sekitar 3 meter serta panjang tubuhnya adalah 9 meter. Spesies ini hanya mampu bergerak dengan kelajuan 30 km/jam. Ciri lain yang terdapat pada 
dinosour ini ialah memiliki sepasang 
tanduk sepanjang 1 meter pada dahinya dan satu lagi pada bahagian hidung. Tanduk-tanduk ini berfungsi sebagai salah satu cara untuk mempertahankan diri dari pemangsa, berkomunikasi dan untuk menarik dinosour betina. Selain itu, Triceratops memiliki perisai bertulang berbentuk bulat dan nipis dibahagian belakang lehernya yang digunakan sebagai pelindung.



Stegosaurus Dinosour Berotak Kecil



Stegosaurus ialah spesies yang mudah dikenali kerana pada belakang badannya terdapat kepingan-kepingan besar seperti sisik dan mempunyai dua pasang duri di bahagian ekornya.Duri yang terdapat dibahagian ekornya digunakan sebagai senjata untuk melindungi diri. Spesies ini hidup sekitar 155 hingga 150 juta tahun dahulu di barat Amerika Syarikat dan Portugal. Merupakan spesies dinosour herbivor. Stegosaurus dalam bahasa Greek bermaksud "cicak bumbung". Spesies ini mempunyai panjang 4.6 meter dan tingginya adalah 2 meter. Beratnya adalah 2.6 tan dan mempunyai otak sebesar buah kenari atau lebih kecil dari bola golf.



Euoplocephalus Dinosour Berperisai


Euoplocephalus merupakan dinosaur herbivor yang hidup dalam kawanan. Sepanjang 5.5 meter ( 18 kaki ), beratnya sekitar 2 tan, badan dinosaur ini berbentuk seperti kereta kebal ( rendah dan amat leper dan lebar, berdiri atas empat kaki yang kukuh ) dan mempunyai ekor bertulang yang berat seperti belatan. Kepalanya memiliki muncung pendek menurun dengan paruh bergading bagi menggigit tumbuhan yang kemudiannya dihadamkan dalam usus besar. Euoplocephalus adalah dari genus terbesar dinosaur ankylosauria maun, yang hidup semasa Akhir Cretaceous di Kanada. Belakang badannya diselitupi dengan kepingan perisai bertulang, bersisik ( "scutes" ) bujur berabung tinggi besar. Lehernya dilindungi oleh dua tulang cecincin.

Isnin, 28 Oktober 2019

Surah Al-Humazah



Bismillahir Rahmaanir Rahiim

Wailul likulli humazatil lumazah ۝ Alladzii jama'a maalaw wa 'ad dadah ۝ Yahsabu anna maalahuuu akhladah ۝ Kallaa layumbadzanna fil-huthamah ۝ Wa maaa adraaka mal-huthamah ۝ Naarullaahil-muuqadah ۝ Al latii taththali'u 'alal af-idah ۝ Innahaa 'alaihim mu'shadah ۝ Fii 'amadin mumaddadah ۝


Maksudnya :

✒ Dengan nama Allah Yang Maha 
      Pemurah dan Maha Penyayang

✒ Kecelakaanlah bagi setiap pengumpat 
      lagi pencela,

✒ Yang mengumpulkan harta dan 
      menghitung-hitung,

✒ Dia mengira bahawa hartanya itu dapat 
      mengkekalkannya,

✒ Sekali-kali tidak! Sesungguhnya dia 
      benar- benar akan dilemparkan ke 
      dalam Huthamah

✒ Dan tahukah kamu apa Huthamah itu?

✒  ( Iaitu ) api ( yang disediakan ) Allah 
      yang dinyalakan,

✒ Yang ( membakar ) sampai ke hati.

✒ Sesungguhnya api itu ditutup rapat atas 
      mereka,

✒ ( Sedang mereka itu ) diikat pada tiang-
      tiang yang panjang.

Surah Al-Humazah ( Bahasa Arab سورة الهمزة ) adalah surah ke-104 dalam Al-Quran. Surah ini tergolong surah Makiyyah yang terdiri daripada 9 ayat. Dinamakan Al-Humazah  yang bererti " pengumpat " diambil daripada perkataan Al-Humazah yang terdapat pada ayat pertama surah ini.

Isi kandungan surah ini adalah ancaman Allah terhadap orang-orang yang suka mencela orang lain, suka mengumpat dan suka mengumpulkan harta tetapi tidak menafkahkannya di jalan Allah.

Ahad, 13 Oktober 2019

Pengorbanan Seorang Ibu


Kembalikan semula ingatan kita pada zaman kanak-kanak dahulu. Masihkah kita ingat lagi ketika merajuk, ibu datang memujuk, apabila terjatuh ketika bermain ibu berkejar mendapatkan kita dan apabila menerima berita gembira ibu orang pertama kita beritahu.

Pendek kata, semua kemahuan kita ibu tidak pernah hampakan. Namun, hati mana tidak tersentuh apabila menyaksikan terdapat banyak kes penderhakaan terhadap ibu.

Ada sanggup melawan dan menengking ibu, lari dari rumah kerana bosan mendengar nasihat ibu, membiarkan ibu berseorangan, tidak bertanya khabar ibu di kampung malah ada sanggup memukul ibu hanya kerana perselisihan kecil.

Firman Allah yang bermaksud:

“Dan Kami wasiatkan kepada manusia, terhadap ibu bapanya. Ibunya mengandungkan dengan ( menderita ) kelemahan di atas kelemahan dan menceraikannya daripada susuan dalam dua tahun ( iaitu ): Bersyukurlah kepada-Ku dan kepada ibu bapamu. Kepada-Ku tempat kembali.”
                             ( Surah al-Lukman ayat 14 ).

Hanya Allah mampu membalas bakti dan jasa ibu kepada anaknya. Ibu tidak pernah mengeluh atau kecewa apabila ditimpa kesusahan demi anak tersayang.  Justeru, kita dilarang menderhaka kepada ibu, mengecilkan hati, melawan atau mengherdik. Menderhaka kepada ibu bapa adalah satu dosa besar dan anak tidak akan mencium bau syurga meskipun mereka melakukan amal ibadat lain.

Sejak dalam kandungan, ibu menanggung segala kesakitan dengan penuh sabar. Begitu juga selepas kita dilahirkan, ibu mengasuh dan menjaga dengan penuh kasih sayang. Ketika kita sakit atau demam, ibu baring di sebelah kita untuk memastikan kita selesa.

Bukan menidakkan peranan ayah, namun ibu adalah segala-galanya. Yang sedihnya, selepas dewasa dan berdikari, kita tergamak melukakan hati ibu.  Justeru, jika anda masih mempunyai ibu, gunakan kesempatan ini untuk membelai, menjaga dan menziarahi di kampung kerana ia adalah amalan mulia.   Sepatutnya, anak tiada alasan tidak menziarahi atau menghubungi ibu apatah lagi dengan kemodenan teknologi maklumat.

Terdapat kisah pada zaman nabi apabila ada seorang lelaki yang datang berjumpa dengan baginda kemudian menyampaikan hasratnya menyertai baginda berjihad.  Baginda menjawab bukan seperti, “Adakah kamu handal dalam menunggang kuda?”, “Adakah kamu bijak bermain pedang”, “Adakah kamu mempunyai tubuh badan yang kuat dan sihat?” Tetapi baginda bertanya kepada lelaki berkenaan “Adakah kamu masih mempunyai ibu dan bapa?” Kemudian lelaki itu menjawab: “Saya sudah tiada bapa, tetapi masih mempunyai seorang ibu di rumah”. Baginda berkata “Adakah ibumu tidak memerlukanmu untuk menjaganya? Lelaki berkenaan menjawab: “Semestinya dia memerlukan saya”. Baginda menasihatinya: “Pulanglah kamu ke pangkuan ibu kamu kerana sekiranya kamu berbakti kepadanya, sesungguhnya pahala yang kamu akan terima adalah sama seperti pahala jihad fisabilillah”.

Jangan pula apabila sudah berkeluarga atau tiada dalam tanggungan keluarga kita semakin menyisihkan ibu. Perkara ini berdasarkan ‘tartibul kalimat’ iaitu susunan keutamaan seperti ditegaskan Allah menerusi beberapa firman-Nya sebagai contoh dalam Surah al-Israa’ ayat 23 yang bermaksud:

“Dan Tuhanmu perintahkan supaya engkau tidak menyembah melainkan kepada-Nya dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa”.

Antara ibu dan bapa pastilah ibu memiliki martabat tertinggi jika merujuk kepada Sahih Muslim, Abu Hurairah meriwayatkan pernah Muawiyah bin Haidah al-Qusairi bertanya kepada Rasulullah siapakah yang wajib ditaati? Jawab Rasulullah: “Ibumu.” Tiga kali Nabi ditanya dan itulah juga jawapan yang sama diberikan. Yang terakhir barulah baginda menyatakan: “Ayahmu, kemudian yang terdekat dan yang dari kerabat.”

Bahkan ulama menyatakan, ada tiga jenis perintah Allah yang berangkai dan tidak boleh dipisahkan antara satu sama lain iaitu yang pertamanya mendirikan solat dan mengeluarkan zakat; kedua, taat kepada Allah dan taat kepada Rasulullah dan ketiganya bersyukur kepada Allah serta berterima kasih kepada ibu bapa. Ketiga-tiga perintah ini mesti serangkai dan Allah tidak akan menerima yang satu tanpa gandingannya.Ibu mendapat martabat yang tinggi adalah kerana peranan terbesar mereka mengandungkan kita dan ia tidak mampu dipikul mana-mana lelaki.

Sambutan Hari Ibu belum cukup untuk membalas jasa ibu selama ini. Imam Bukhari meriwayatkan sebuah kisah daripada Said bin Abi Burdah berkenaan seorang lelaki Yaman yang bertawaf sambil mendukung ibunya dengan penuh cermat.Sesudah selesai tawaf, beliau bertanya Ibnu Umar: Apakah dengan khidmat dan pengorbananku ini dapat membalas jasa bakti ibuku? Jawab Ibnu Umar: Tidak, apa yang kamu lakukan tadi tidak akan dapat menebus jasa ibumu sekalipun sekadar hembusan nafas ketika kesakitan melahirkan kamu.

Namun, usaha adik-beradik untuk sama-sama meluangkan masa balik kampung dan berkumpul kemudian mengadakan majlis makan bersama meraikan ibu tercinta boleh menjadi permulaan kepada satu usaha yang baik. Kegembiraan ibu melihat anak pulang berkumpul itu saja sudah menjadi satu ibadah. Adalah menjadi dosa besar kepada anak yang menderhaka terhadap ibu bapa.

Dalam al-Adab al-Mufrad ada mencatatkan sembilan jenis dosa besar yang dimurkai Allah dan antaranya menghina ibu bapa dan ( menyebabkan ) ibu bapa menangis disebabkan kederhakaan ( anak kepada mereka berdua ). Allah mewajibkan anak memuliakan serta menghormati ibu sekalipun berlainan pegangan agama. Allah juga secara tegas mengharamkan segala bentuk penderhakaan kepada ibu bapa.

Dalam sebuah lagi hadis yang diriwayatkan Imam Muslim daripada Abu Hurairah r.a bahawa Rasulullah bersabda yang bermaksud: “Amat malanglah! Amat malanglah! Dan amat malanglah. Maka Rasulullah ditanya: Siapakah orang yang amat malang itu wahai Rasulullah? Baginda menjawab: Seseorang yang mendapati kedua-dua ibu bapanya atau seorang daripada mereka sudah tua namun dia masih gagal memasuki syurga ( lantaran gagal berkhidmat kepada mereka ).”

Justeru, berbaktilah kepada mereka sementara mereka masih hidup. Jangan apabila mereka sudah meninggal dunia, barulah kita mahu membina batu nisan terbaik atau mencetak surah Yasin khas untuk tahlil ke atas mereka.

Sabtu, 12 Oktober 2019

Jangan Bermegah Dengan Apa Yang Dimiliki


Seorang Executive muda yang berjaya sedang memandu di sebuah perkampungan di pinggir Bandar. Ia memandu agak laju dengan sebuah kereta WAJA yang berprestasi tinggi yang baru sahaja dibelinya. Sambil ia memandu perlahan-lahan ia sedang memerhatikan seorang anak kecil dicelah-celah kereta yang diletakkan di tepi jalan , ia memperlahankan keretanya untuk melihat sesuatu yang difikirkannya.

Seelok-elok sahaja kereta Waja tersebut melintasi kawasan tersebut ; anak kecil tidak kelihatan tetapi seketul batu dilontarkan tepat mengena pintu disebelah kanan kereta Waja tersebut.

Apalagi Executive muda tersebut menekan brek sekuat hatinya dan berundur ke tempat di mana anak kecil tadi berdiri. Dengan marahnya dia keluar dari kereta terus meluru ke arah anak kecil , menarik tangan anak kecil dan menghempasnya ke kereta yang terletak di tepi jalan dan terus memarahi anak kecil tadi :

” Apa ni ? Siapa awak ? dan apa ke jadahnya awak berada di sini ? Itu kereta baru , mahal dan susah nak baiki ? Awak tau tak ? Kenapa awak buat ini semua ? jerit Executive tersebut.

Anak kecil itu tunduk sedih , sayu dan memohon maaf ; ” Saya meminta maaf Pakcik, Saya tak tahu apa patut saya buat , ia merayu . Saya melontar batu kerana tak ada orang yang berhenti di sini apabila saya panggil”.

Dengan linangan air mata ia menunjukkan ke satu sudut yang tidak jauh dari situ. “Itu abang saya, ia jatuh dari kerusi roda dari tebing di sebelah dan tak ada orang yang dapat mengangkatnya kembali. Boleh tak Pakcik menolong saya, ia cedera dan ia terlalu berat untuk saya.

Dengan rasa terharu, Executive muda tersebut melepaskan anak kecil tersebut dan terus mengangkat abangnya dan meletakkannya kembali ke kerusi roda.

Terima kasih, pakcik, Saya doakan pakcik selamat dunia dan akhirat.

Tak dapat digambarkan dengan perkataan, Executive muda hanya melihat dengan sayu, anak kecil tersebut menyorong abangnya yang cacat dan cedera pulang menuju ke rumahnya. Anak sekecil itu boleh mendoakannya akan kesejahteraan hidupnya.

Executive muda tersebut berjalan perlahan ke arah kereta , WAJA kemek teruk tetapi ia membiarkan saja tanpa dibaiki. Ia mengingatkannya bahawa kita tidak perlu berkejar-kejar dalam kehidupan ini sehinggakan seseorang melontar batu hanya kerana hendakkan perhatian .

Pengajaran :

Tuhan tidak menjanjikan hidup ini tidak pernah susah, bersuka-ria tanpa kesedihan, panas tanpa hujan tetapi ia memberi kita kekuatan, menenangkan kita semasa kesedihan dan menunjukkan jalan yang sebenar-benarnya. Janganlah kita sombong dengan kelebihan yang sementara.

=========

Semoga menjadi iktibar dan renungan kita bersama…

Khamis, 10 Oktober 2019

Hargai Sebuah Persahabatan


Dalam dunia ini, kita tidak punya sesiapa kecuali diri sendiri...tetapi dalam kita bersendiri, kita beruntung kerana mempunyai seorang sahabat yang
memahami kita.

Sebagaimana kita mengharapkan keikhlasan dan kejujuran seorang sahabat, begitu juga dia.

Tetapi kita sering terlupa akan hal itu. Kita cuma mengambil kira tentang
harapan dan perasaan kita.

Kita rasa dikhianati bila dia tidak menepati janjinya.Kita tidak memberi dia peluang untuk menerang keadaannya.

Bagi kita, itu alasannya untuk menutup kesilapan dan membela diri.Kita
terlupa, kita juga pernah membiarkan dia ternanti-nanti....kerana kita juga ada janji yang tidak ditepati.Kita beri beribu alasan, 'memaksa' dia menerima alasan kita.

Waktu itu, terfikirkah kita tentang perasaannya??? Seperti kita, dia juga
tahu rasa kecewa....tetapi kita sering terlupa.

Untungnya mempunyai seorang kawan yang sentiasa di sisi kita pada waktu
kita memerlukan dia.

Dia mendengar luahan perasaan kita, segala rasa kecewa dan ketakutan,
harapan dan impian kita luahkan, dia memberi jalan sebagai laluan penyelesaian
masalah.

Selalunya kita terlalu asyik bercerita tentang diri kita hingga kadang-kadang terlupa kawan kita juga ada cerita yang ingin dikongsi bersama kita.

Pernahkah kita memberi dia peluang untuk menceritakan tentang rasa bimbangnya, rasa takutnya?

Pernahkah kita menenangkan dia sebagaimana dia pernah menyabarkan kita?

Ikhlaskah kita mendengar tentang kejayaan dan berita gembiranya?

Mampukah kita menjadi sumber kekuatannya seperti mana dia meniup semangat setiap kali kita merasa kecewa dan menyerah kalah?

Dapatkah kita yakinkan dia bahawa kita boleh dipercayai, kita boleh dijadikan tempat untuk bersandar bila terasa lemah, agar tidak rebah?

Bolehkah kita menjadi bahu untuk dia sandarkan harapan?

Sesekali jadilah kawan yang mendengar dari yang hanya bercerita. Ambillah
masa untuk memahami hati dan perasaan kawan, kerana dia juga seorang manusia,
dia juga ada rasa takut, ada rasa...bimbang,
sedih dan kecewa.

Dia juga ada kelemahan dan dia juga perlukan kawan sebagai kekuatan.
Jadilah kita kawannya itu. Kita selalu melihat dia ketawa, tetapi mungkin
sebenarnya dia tidak setabah yang kita sangka.

Disebalik senyumannya itu, mungkin banyak cerita sedih yang ingin diluahkan,
disebalik kesenangannya, mungkin tersimpan seribu kekalutan, kita tidak tahu....tetapi jika kita cuba jadi sahabat seperti dia, mungkin kita akan tahu.

"Tak bererti kita tak call orang tu kita tak ingat kat dia, tak bermakna kita tak tegur dia kita tak sayang kat dia, tak bermaksud kita tak rapat dengan dia kita tak pernah fikir cara untuk merapatkan diri dengan dia.

Kadang kala orang yang jauh beribu batu dengan kita, orang yang jarang call kita, orang yang jarang senyum dengan kita, orang yang kita jarang jumpa, adalah mereka yang selalu dok ingat kat kita.

Bersangka baiklah dengan Allah, bersangka baiklah dengan mereka terutama mereka yang bersangka baik dengan Allah. Salah faham adalah lumrah dalam hidup manusia. Tak semua orang boleh baca apa yang tersirat dalam hati kita, kalau kita tak luahkan masakan mereka tahu. Kita tak boleh expect orang nak go after us each time sebab kadangkala orang tu assume yang kita tak mahu diganggu walaupun hakikatnya kita mahu dihujani dengan
soalan-soalan, sebagai contoh, bertanya khabar.

Untuk menguji sejauh mana orang itu ikhlas bersahabat dengan kita adakah dia hanya sahabat ketika ketawa atau dia sahabat ketika mengalir air mata. Memang susah nak meluahkan sesuatu terutama pada mereka yang kita tidak percaya tapi tak rugi kalau kita membuang perasaan malu dan bercerita. Mungkin mereka dah tahu cerita kita sebelum kita ceritakan lagi tapi mereka tunggu kita bercerita sendiri, sebab nanti kalau silap tanya mereka akan dikata busy body.

Walhal mereka hanya mahu membantu apa yang terdaya. Hidup manusia terlalu complicated bagi mereka yang menganggap hidup ini complicated dan hidup ini mudah. Bagi mereka yang menganggap hidup ini mudah manusia itu bersifat ikhtiariah, boleh memilih apa yang dia mahu sebab dia ada akal.

Andai kita pilih untuk hidup dengan mudah maka kita akan dapat hidup dengan mudah. Andai kita pilih untuk hidup susah maka kita akan dapat untuk hidup susah. Andai kita pilih untuk hidup sebagai pejuang maka kita akan berusaha untuk hidup sebagai pejuang.



Allah sayangkan kita. Dia turunkan panduan Al-Quran dan As-sunnah, hanya mereka yang berakal akan menggunakannya dan mereka inilah yang mendapat petunjuk.

Renung-renungkanlah.....

Rabu, 9 Oktober 2019

Maaf Jika Aku Tak Sempurna


Topik kita hari ni, dosa dan pelaku dosa.Realiti masyarakat zaman sekarang, once seseorang tu dah buat satu kesalahan, kita hukum dia terus. Banned dia. Isolated dia. Bagi dia rasa lagi down. Sampaikan dia rasa,

"alang-alang dah jadi teruk, teruskan jelah. lagipun, bukan ada orang kesah. "

Malah, ada juga yang sampai rasa bunuh diri adalah jalan terbaik untuk keluar dari kemelut hidup ni.

Siapa kita nak judge seseorang tu…? Biarpun dia pernah buat dosa, takkan lah dia dah tak boleh bertaubat…? Dan lagi, boleh jadi, orang yang kita pandang hina tu, yang jahat tu, adalah orang yang lebih baik dari kita suatu hari nanti.

Siapakah kita yang hendak menghakimi orang lain…? Siapakah kita yang sesuka hati menjatuhkan hukuman kepada orang lain…? Siapakah kita untuk mencaci dan mencerita keburukan orang lain…? Dah sempurna sangat ke kita...? Padahal kita tak sedar diri kita juga sama… Kita juga hamba Allah.

Janganlah kita terlalu menghina seseorang akan masa silamnya…Mungkin seseorang itu murah harga dirinya satu ketika dulu, tapi tak mustahil satu hari nanti beliau akan menjadi wanita yang lebih solehah dari kita kan…? Kenapa kita tak boleh nak menerima perubahan pada orang lain…? Apa yang buruk, apa yang aib, apa yang dosa itulah yang sentiasa disebut-sebut, yang sering diungkit-ungkit. Tak sedarkah kita, kita mengata-ngata tu pun berdosa jugak…? Sepatutnya kita memperkatakan mengenai perubahannya.Sepatutnya kita bersyukur kerana orang itu mahu berubah ke arah yang lebih baik.

Oleh itu, hidup kat muka bumi ni jangan sombong.Sentiasa rendah diri. sentiasa muhasabah diri
.
Kita sibuk bercerita tentang KEAIBAN orang lain...Bagi kita TIDAK MENGAPA kerana orang itu tidak mengetahuinya..Sedangkan itu AMARAN ALLAH..Kita sudah MENFITNAH saudara kita..Seorang HAMBA ALLAH…Walaupun KEBENARAN itu tiada siapa yang tahu...Perbuatan kita itu sentiasa dalam PEMERHATIAN ALLAH...Kita merasa BERKUASA bila kita dapat MENGAWAL kehidupan ORANG LAIN...Tanpa sedar AZAB ALLAH sedang menanti kita di sana.

Jangan mudah membenci seseorang di atas kesalahan dia pada masa lampau. Benci perbuatan dia, bukan orangnya.Kita patut tolong dia, guide dia ke jalan yang benar.Jalan yang Allah redhai.

Melupakan dosa adalah satu dosa.Kemudian tidak pun takut dengan dosa yang telah dibuat adalah satu dosa pula.Kalau berbangga dengan dosa itu lebih-lebih lagi kesalahan itu bertambah membesar.Dosa itu bertambah besar dan bertimbun-timbun pula.Jika tidak takut dengan dosa sekalipun belum berbuat pun satu dosa satu kesalahan.Yang belum melakukannya satu kesalahan juga.Dosa itu bukan kerana sudah membuat kesalahan atau dosa.Tapi kerana tidak takut atau tidak bimbang terbuat dosa adalah satu kesalahan pula.Sebagai seorang hamba sepatutnya sentiasa takut dengan dosa.Sekalipun belum terbuat dosa.

Semua orang tak terlepas dari berbuat dosa. Saya pun sama. Sentiasa lakukan dosa tak kira waktu, Sama ada saya sedar ataupun tak. *Astaghfirullah.. malu!* Kalau nak banding keadaan kita dengan para sahabat nabi selepas mereka TERbuat dosa, memang jauh panggang dari bara.

Ada satu kisah di mana seorang Sahabat baru balik dari medan perang, dia tiba-tiba ternampak di pintu rumahnya betis seorang perempuan (isteri sahabatnya). Terus dia melompat keluar dari pintu dan berlari meninggalkan rumahnya bertahun-tahun, bertaubat dengan Allah kerana ketidak sengajaannya itu. Rintihan taubatnya itu turut menjadi amalan kita sehingga ke hari ini.

Maksudnya: “Tuhanku, aku tidak layak untuk ke Syurga-Mu. Tetapi aku tidak pula sanggup menanggung seksa Neraka-Mu.Dari itu,kurniakanlah keampunan kepadaku ampunkanlah dosaku  sesungguhnya Engkaulah pengampun dosa-dosa besar.”

Oleh itu, kita perlukan sahabat, teman, rakan yang baik. yang boleh bantu kita, yang mampu bimbing kita. yang mampu menyedarkan kita akan kesalahan kita, dan boleh memberi nasihat kepada kita. Lihat, betapa pentingnya tanggungjawab sebagai seorang sahabat ni.

"Dan tetaplah memberi peringatan, kerana sesungguhnya peringatan itu bermanfaat bagi orang-orang yang beriman." (adz Zariyat: 55)

Dan apabila diberikan nasihat, jangan pula kita tidak mengendahkannya. cuba dengar, praktikkan, dan sentiasa nilai balik diri kita.Berterima kasihlah kepada sahabat-sahabat, rakan-rakan, yang sudi menegur.Sudi memberi nasihat.Kerana itu tandanya mereka sayang akan kita.Beruntunglah kamu.

And last but not least, Ingat lagi tak cerita pasal tha'labah…?
Ianya tentang bagaimana keadaan sahabat nabi selepas TER buat dosa.Tha'labah adalah seorang sahabat nabi s.a.w.Beliau telah diperintahkan nabi untuk mencari sesuatu.Dalam perjalanan beliau melalui sebuah rumah yang pintunya terbuka.Angin yang bertiup membuatkan pintu tandas rumah itu juga terbuka.Dan Tha'labah ternampak seorang wanita tengah mandi.

"A'uzubillah! Ya Allah aku takut nanti malaikat Jibril memberitahu kepada Rasulullah s.a.w ! Ya Allah, aku takut turunnya ayat al-Quran yang menyenaraikan aku dalam golongan orang yang berbuat dosa! Ya Allah..."

Beliau merintih ketakutan sehingga terlupa akan pesanan nabi s.a.w.Beliau melarikan diri dan terjumpa satu bukit di pinggir Madinah yang dipuncaknya ada sebuah gua. Tha'labah masuk ke dalam gua tersebut dan asyik menangis. Tha'labah menangis dan menangis, beliau kesal amat dengan dosanya.

Pada masa yang sama, Rasulullah S.A.W menanti kepulangan Tha'labah beberapa hari namun Tha'labah tidak kunjung tiba. Lalu Rasulullah S.A.W mengarahkan Saidina Umar r.a untuk mencari Tha'labah dan beliau terjumpa Tha'labah di tempat dia bersembunyi di puncak bukit.

Umar berkata "Tha'labah, Rasulullah mahu berjumpa kamu."

"Kenapa? Sudah turunkah ayat al-Quran tentang dosaku, sudah beritahukah Jibril kepada Rasulullah, aku tidak mahu masuk neraka, aku tidak mahu masuk neraka." Kata Tha'labah dalam ketakutan yang amat sangat.

Oleh sebab Tha'labah sudah tersangat lemah, Saidina Umar r.a memimpinnya pulang ke rumah. Apabila Rasulullah s.a.w menziarah Tha'labah, Tha'labah sedang terlentang lalu Rasulullah s.a.w meriba kepala Tha'labah.

Tetapi Tha'labah mengetepikan kepalanya. Rasulullah bertanya, "kenapa wahai Tha'labah?"

"Wahai Rasulullah, kepala yang penuh dosa ini tidak layak untuk berada di ribamu," kata Tha'labah.

"Apa yang kamu mahu Tha'labah?"

"Ya Rasulullah, aku mahukan keampunan Allah"

"Apa cita-cita kamu wahai Ta'labah?"

"Cita-cita aku hanya syurga Allah. Tolonglah doakan moga Allah mengampunkan dosa-dosaku."

Lalu Rasulullah s.a.w berkata, "wahai Tha'labah aku menjamin kepadamu apa yang kamu mahu dan cita-citamu. Inilah bukti taubatmu."

Tidak lama selepas itu, Tha'labah menghembuskan nafasnya yang terakhir di riba Rasulullah s.a.w.

Ketika mayat Tha'labah siap dikafan dan tiba masa untuk dikebumikan, Rasulullah s.a.w datang agak lewat ketika itu. Para sahabat membuka jalan kepada Rasulullah untuk rapat ke kubur Tha'labah. Tetapi Rasulullah berjalan merapati kubur Tha'labah dalam keadaan berjalan yang perlahan, dan seperti tersekat-sekat.

Sahabat-sahabat bertanya, "wahai Rasulullah, kami telah membuka jalan, mengapa Rasulullah berjalan dengan tidak selesa?"

Rasulullah menjawab, "kamu tidak dapat melihat betapa ramainya malaikat yang hadir menghantar Tha'labah ke kubur."

Itulah kisah hidup seorang remaja hebat bernama Tha'labah. Betapa takutnya beliau dengan azab Allah SWT walaupun beliau tidak sengaja terpandang perempuan yang sedang mandi itu. Begitu malu bertemu Rasulullah, begitu mengharap keampunan Allah s.w.t, dan akhirnya menhembus nafas yang terakhir di ribaan insan mulia bernama Muhammad bin Abdullah, dan jasadnya diiringi malaikat ke kuburan. Subhanallah!

Semoga kita semua mengambil iktibar.

Selasa, 8 Oktober 2019

Belajar Menghadapi Kenyataan


        Ya Allah aku amat bersyukur dengan ujian yang telah engkau timpakan kepada diriku ini. Ujian ini walaupun kecil tetapi ia amat signifikan bagi diriku yang kerdil ini. Walaupun ujian ini nampak kecil, namun ia boleh meruntun hati setiap jiwa yang pernah melaluinya. Ujian ini bukan saja memaparkan penggantungan antara seorang hamba dengan penciptanya tetapi juga ia menguji kesabaran, ketabahan,
kekuatan mental, cara penyelesaian, dan bagaimana kita mengendalikan sesebuah masalah.

          Ujian atau dugaan yang datang adalah dari Allah, sama ada ujian itu sebagai ‘kifarah’ dosa yang telah kita lakukan atau untuk mengangkat darjat kita di sisi-Nya. Allah juga tidak akan menduga hamba-hamba-Nya tanpa mengambil kira kesanggupannya atau keupayaan mereka untuk menghadapinya, ujian dan dugaan yang diturunkan Allah kepada hambanya adalah seiring dengan keupayaan individu itu untuk menyelesaikan masalahnya. Ini bersesuaian dengan firman Allah dalam surah al-Baqarah ayat 286 yang
 bermaksud :  “Allah tidak membebankan seseorang melainkan dengan kesanggupannya”.

           Oleh itu, sekiranya kita berhadapan dengan masalah cubalah bawa bertenang, bersabar dan setkan dalam minda bahawa kita sedang diuji oleh Allah, orang yang melepasi ujian itu adalah orang yang berjaya dan mendapat kedudukan yang mulia di sisi Allah. Allah juga berfirman yang bermaksud dalam surah at-Taubah ayat 111 : “Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mukmin, diri dan harta mereka dengan memberikan Syurga untuk mereka."

        Alhamdulillah dengan adanya ujian ini aku dapat berlajar tentang erti sebuah kesabaran dalam kehidupan yang bakal aku lalui di suatu saat nanti. Ujian ini juga memperlihatkan keikhlasan hati insan-insan yang telah banyak memberi dan melontarkan kepadaku pandangan-pandangan yang bernas. Sehubungan dengan itu, aku sangat berterima kasih dan bersyukur dengan pertolongan Allah sebab telah menitipkan insan-insan ini untuk merungkaikan segala permasalahan yang aku hadapi selain daripada pertunjuk-Nya.

         Jalan yang terbaik untuk kita menyelesaikan setiap masalah  yang kita hadapi adalah dengan cara kita menghadapinya.Jika sekiranya kita enggan atau takut melaluinya dibimbangkan masalah itu akan menjadi bertambah kusut dan ini akan menyukarkan kita untuk merungkai segala permasalahan yang kita hadapi. Perkara ini juga akan menyebabkan diri kita berada dalam keadaan tertekan dan akan menyebabkan masalah yang kecil pada mulanya menjadi bertambah besar dan rumit. Buangkan sifat ego yang bersarang dalam hati kita jika masalah yang kita hadapi ini berkaitan dengan perhubungan antara dua insan. Ini kerana jika kita terlalu mementingkan diri dan bersifat ego serta tidak mahu bertolak ansur dan hanya mahu mengikut telunjuk diri sendiri penyelesaian masalah itu tidak akan pernah wujud. Malah ia akan berhadapan dengan situasi yang lebih tegang.

         Satu yang aku pinta kepada pembaca artikel yang aku tulis ini adalah jika kita menghadapi sesuatu masalah kita hadapilah ia dengan sabar, tabah, tenang dan redha. Kerana ini semua adalah ketentuan dari Allah untuk menguji keimanan dan ketakwaan diri kita kepadanya. Janganlah kita menyalahkan takdir  atau tidak  redha dengan segala ketentuan Allah. Kita sebagai hambanya sememangnya layak untuk diuji.
Sekiranya kita menyalahkan takdir Allah ia boleh membatalkan Iman kita sebab ia juga terkandung dalam rukun Iman yang ke-6 iaitu percaya kepada Qada dan Qadar Allah.
Firman Allah dalam surah al-Anbiya ayat 35 : "Tiap-tiap yang berjiwa akan merasakan mati. Kami akan menguji kamu dengan keburukan dan kebaikan sebagai ujian (yang sebenar-benarnya). Dan hanya kepada Kamilah kamu dikembalikan."

         Kesimpulan yang dapat aku simpulkan di sini ialah setiap ujian yang datang juga adalah tandanya Allah sayangkan kepada diri kita. Jadi ambillah masa untuk kita menilai diri dan meningkatkan ketakwaan kita kepada Allah dalam apa jua yang kita lakukan. Lakukanlah untuk mencari redha Allah. Fikir dengan positif bahawa setiap dugaan yang datang dari Allah pasti ada hikmah yang tersendiri. Firman Allah dalam surah al-Baqarah ayat 216 : “Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu padahal ia amat buruk bagimu. Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui.”

Singa, Tikus, Ular dan Lebah Madu


         Suatu malam seorang lelaki bermimpi, di dalam mimpinya seekor singa sedang mengejarnya. Lelaki itu berlari sekuat hati ke sepohon pokok besar, tanpa berlengah dia memanjat dan duduk di dahan yang paling tinggi. Dia memandang ke bawah, singa tidak berganjak menantinya dibawah pohon itu.


         Kemudian lelaki itu menoleh ke sebelah pada pangkal dahan itu ada dua ekor tikus. Seekor putih dan seekor lagi hitam sedang mengelilingi dahan dahan tempatnya duduk dan mengigit dahan tersebut. Pasti! Tidak lama lagi dahan tempatnya berehat itu akan patah dan jatuh. Dalam keadaan cemas lelaki itu sempat menjeling ke bawah, bukan sahaja ada singa tapi juga seekor ular hitam yang besar sedang mengangga mulutnya. Ular itu betul-betul berada di bawah tempanya duduk, andai kata dahan tempatnya berpaut itu patah sudah tentu dia akan jatuh terus masuk ke dalam mulut ular.


        Di dalam kegelisahan itu dia memandang pula ke atas, mencari kalau-kalau ada dahan yang lebih kukuh untuk dia berpaut. Tiba-tiba dia terpndang dahan di atas kepalanya ada sarang lebah yang penuh dengan madu. Beberapa tetes madu menitik dari sarang itu, lelaki itu tertarik dan teringin untuk merasai madu itu. Dijelirkan lidahnya dan dapatlah dia merasa madu yang menetes dari sarang lebah itu.


         Wau, sedap ! Hatinya berbunga riang. Dia ingin menikmati lebih banyak lagi madu, semakin banyak ditelan makin sedap hingga dia lupa pada bahaya yang sedang menantinya.


        Kemanisan madu menyebabkan dia lupa pada dua ekor tikus yang sedang mengigit dahan tempatnya duduk, pada ular besar yang sedang menanti menelanya dan pada singa yang setia menunggu di bawah. Tiba-tiba dahan tempatnya duduk patah, ketika itu dia teringatkan bahaya yang sedang menantinya. Lelaki itu pun terjaga daripada tidur.


         Keesokan harinya dia bertemu seorang alim untuk bertanyakan maksud mimpinya.Orang alim itu berkata, “ Singa itu adalah kematian kamu. Ia akan sentiasa mengejar dan mengikut ke mana saja kamu pergi. Dua ekor tikus hitam dan putih adalah siang dan malam. Hitam adalah malam dan putih adalah siang yang sentiasa silih berganti menarik kamu semakin hampir kepada kematian. Ular hitam besar yang sedang menganggakan mulutnya itu adalah kubur kamu. Kubur akan sentiasa menanti sampai tiba saatnya kamu dikebumikan.


       “Manakala sarang madu itu adalah dunia dan kemanisan madu yang menetes itu adalah kemewahan dunia. Kita tertarik untuk menjamah sedikit kemewahan dunia dan ia amat menyeronokan. Keseronokan kemewahan dunia menarik kita untuk merasanya lagi dan lagi. Akhirnya kita hanyut di dalam kemewahan  serta kemanisan dunia. Kita lupa tentang masa yang terus berputar, kita lupa tentang kematian yang begitu hampir dan kita lupa tentang kubur yang sentiasa menanti.”


Khamis, 26 September 2019

7 Tingkat Neraka Jahanam

NERAKA berasal daripada perkataan Ibrani bermaksud unggun api menjadi tempat seksaan Allah s.w.t yang dikhususkan untuk golongan ingkar kepada perintah-Nya ketika di dunia.

Di neraka, orang kafir termasuk golongan yang ingkar perintah Allah s.w.t diseksa sebagai pembalasan seperti dijanjikan Allah s.w.t dalam firman bermaksud :

“ Wahai orang beriman jagalah dirimu, keluargamu daripada api neraka. Bahan bakarnya adalah manusia dan batu. Sedangkan penjaganya adalah malaikat yang gagah lagi bengis. Mereka tidak menderhaka Allah, mereka melakukan apa saja yang diperintahkan kepadanya. ” 
                                        ( Surah At-Tahrim: 6 )


Bagaimana panasnya api neraka tu?

Abu Hurairah r.a. pernah berkata bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: “ Api neraka telah dinyalakan selama seribu tahun sehingga merah, kemudian dilanjutkan seribu tahun sehingga putih, kemudian dilanjutkan seribu tahun sehingga gelap bagaikan malam yang kelam. ”

Api neraka 70 kali panasnya dari api di dunia. Jika sebahagian kecil api neraka jatuh ke dunia, maka keringlah air laut.

Dalam satu riwayat disebutkan bahawa Malaikat Jibrail diutuskan untuk mengambil sebahagian api neraka untuk dihantar kepada Nabi Adam untuk bekalan memasak di dunia. Malaikat Malik bertanya berapa api yang kamu mahu? Maka Jibrail menjawab sebesar biji kurma. Maka, Malaikat Malik menjawab Wahai Jibril, sekiranya aku berikan kepadamu api neraka sebesar biji kurma, nescaya hancurlah tujuh langit dan tujuh bumi kerana panasnya.

Jibril bertanya lagj, bagaimana kalau hanya separuhnya saja? Malaikat Malik menjawab andai kata apa yang engkau kehendaki itu aku berikan, niscaya tidak akan ada air di langit walau setitis pun dan tidak akan tumbuh satu pun tumbuh-tumbuhan di bumi. Kemudian Malaikat Jibril menghadap Allah s.w.t dan berkata, Ya Tuhanku, banyak manakah aku harus mengambil api dari neraka? Allah s.w.t berfirman ambillah sebesar zarah.

Malaikat Jibril mengambil api sebesar zarah, lalu ia membawa dan membasuhnya ke dalam 70 buah sungai di syurga.Di setiap satu sungai dibasuhnya sehingga 70 kali.Setelah selesai dan dirasakannya tidak terlalu panas lalu malaikat Jibril membawa api neraka ke bumi.

Sebelum Malaikat Jibril menyerahkan api neraka tersebut kepada Nabi Adam a.s, Malaikat Jibril meletakan api neraka di atas gunung yang tinggi.Sebaik sahaja api neraka diletakkan di atas gunung, gunung tersebut terus hancur lebur disebabkan tidak mampu menahan kepanasan api neraka walaupun ia sebesar zarah.

Tanah, batu-bata, besi yang terdapat di sekitar gunung tersebut menjadi bara api yang sangat panas dan mengeluarkan asap yang tebal. Seterusnya, api neraka tersebut menembusi perut bumi sehingga muncul bara api yang sangat besar dalam perut bumi.
Api yang kita gunakan pada hari ini adalah dari sisa-sisa tinggalan bara api yang membakar tanah, batu dan besi yang panasnya telah berkurang beratus juta kali ganda dari panas api neraka yang sebenarnya.


Allah SWT telah menciptakan api neraka itu pada hari Ahad.Neraka itu mempunyai tujuh buah pintu, sebagaimana firman Allah SWT bermaksud :

”Jahannam itu mempunyai tujuh pintu.Tiap-tiap pintu ( telah ditetapkan ) untuk golongan tertentu dari mereka.” ( Al-Nijr:44 )


Tingkat-tingkat neraka iaitu :


1.Neraka Jahannam

➡️ Tingkat neraka ke-1.Merupakan pintu neraka yang paling atas ( pertama ).

➡️ Di dalamnya terdapat umat
( Nabi Muhammad s.a.w ) yang melakukan dosa-dosa besar dan tidak bertaubat sehingga mereka meninggal dunia.

Firman Allah SWT. Bermaksud :
” Dan sesungguhnya Jahannam itu benar-benar tempat yang telah diancamkan kepada 
( pengikut-pengikut syaitan ) semuanya. " 
( Al-Hijr: 43 )


2.Neraka Sa’ir

➡️ Tingkat neraka ke-2, dibawahnya adalah neraka Huthamah.

➡️ Di dalamnya di tempatkan orang-orang Nasrani dan para pengikutnya.

Firman Allah SWT bermaksud :
“ Dan dia akan masuk ke dalam sa’ir ( api neraka ) yang menyala-nyala. ”
 ( Al-Insyiqaq: 12 )


3.Neraka Huthamah

➡️ Tingkat neraka ke-3, dibawahnya adalah neraka Ladza.

➡️ Penghuninya orang-orang Yahudi dan para pengikutnya.

Firman Allah SWT bermaksud :
" Sesekali-kali tidak! Sesungguhnya dia benar-benar akan dilemparkan ke dalam Huthamah. " ( Al – Humazah : 4 )

" Dan tahukah kamu apa Huthamah itu ? "
( Al – Humazah : 5 )

“ ( Yaitu  ) api ( yang disediakan ) Allah yang dinyalakan, ” ( Al – Humazah : 6 )

" Yang ( membakar ) sampai ke hati " 
( Al – Humazah : 7 )


4.Neraka Ladza

➡️ Tingkat neraka ke-4, dibawahnya adalah neraka Saqar.

➡️ Di dalamnya di tempatkan Iblis laknatullah berserta orang-orang yang mengikutinya dan orang-orang yang terbujuk rayuannya. Kemudian orang-orang Majusi pun ikut serta ditempatkan dalam neraka Ladza ini. Mereka kekal bersama Iblis di dalamnya.

Firman Allah SWT bermaksud :
“ Sekali-kali tidak dapat, sesungguhnya neraka itu adalah api yang bergelojak ( ladza ) .”
 ( Al-Ma’arij: 15 )


5.Neraka Saqar

➡️ Tingkat neraka ke-5, dibawahnya adalah neraka Jahim.

➡️ Dihuni oleh orang-orang yang menyembah berhala.

Firman Allah SWT bermaksud :
” Apakah yang memasukkan kamu ke dalam Saqar ( neraka ) ?” ( Al – Muddatstsir: 42 )

Mereka menjawab " kami dahulu tidak termasuk orang-orang yang mengerjakan solat "  ( Al – Muddatstsir: 43 )

" Dan kami tidak ( pula ) memberi makan orang miakin "  ( Al – Muddatstsir: 44 )

" Dan adalah kami membicarakan yang bathil,
bersama dengan orang-orang yang membicarakannya "  ( Al – Muddatstsir: 45 )

" Dan adalah kami mendustakan hari pembalasan "  ( Al – Muddatstsir: 46 )

" Hingga datang kepada kami kematian "
( Al – Muddatstsir: 42 )


6.Neraka Jahim

➡️ Tingkat neraka ke-6, dibawahnya adalah neraka Hawiyah.

➡️ Di tempatkan orang-orang musyrik yang menyekutukan Allah.

Firman Allah SWT bermaksud :
“ Dan diperlihatkan dengan jelas Neraka Jahim kepada orang-orang yang sesat.”
( Asy-Syua’ ara : 91 )


7.Neraka Hawiyah

➡️ Neraka ini terletak paling bawah ( dasar ), merupakan neraka yang paling dahsyat seksaanya.

➡️ Penghuninya adalah terdiri daripada orang-orang munafik, orang kafir, termasuk juga keluarga Fir’aun.

Firman Allah SWT bermaksud :
” Maka tempat kembalinya adalah neraka Hawiyah.”( Al – Qariah : 9 )

" Dan tahukah kamu apakah neraka Hawiyah itu?" ( Al – Qariah : 10 )

" ( Yaitu ) api yang sangat panas. "
 ( Al – Qariah : 11 )

Kesimpulannya, itulah tujuh nama neraka dan tingkatannya. Di setiap tingkatannya terdapat kategori penghuni masing-masing. Oleh itu, marilah sama-sama kita mengingati selalu peringatan Allah SWT supaya sentiasa menjaga diri dan keluarga daripada menjadi bahan bakar api neraka yang di dalamnya sangat panas lagi pedih.Wallahu A’lam…