Wahai orang-orang yang beriman! Peliharalah dirimu dan keluargamu dari api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu;penjaganya malaikat-malaikat yang keras dan kasar,yang tidak durhaka kepada Allah s.w.t terhadap apa yang Dia perintahkan kepada mereka dan selalu mengerjakan apa yang diperintahkan. ( Surah At-Tahrim ayat 6 )
Selasa, 8 Oktober 2019
Singa, Tikus, Ular dan Lebah Madu
Suatu malam seorang lelaki bermimpi, di dalam mimpinya seekor singa sedang mengejarnya. Lelaki itu berlari sekuat hati ke sepohon pokok besar, tanpa berlengah dia memanjat dan duduk di dahan yang paling tinggi. Dia memandang ke bawah, singa tidak berganjak menantinya dibawah pohon itu.
Kemudian lelaki itu menoleh ke sebelah pada pangkal dahan itu ada dua ekor tikus. Seekor putih dan seekor lagi hitam sedang mengelilingi dahan dahan tempatnya duduk dan mengigit dahan tersebut. Pasti! Tidak lama lagi dahan tempatnya berehat itu akan patah dan jatuh. Dalam keadaan cemas lelaki itu sempat menjeling ke bawah, bukan sahaja ada singa tapi juga seekor ular hitam yang besar sedang mengangga mulutnya. Ular itu betul-betul berada di bawah tempanya duduk, andai kata dahan tempatnya berpaut itu patah sudah tentu dia akan jatuh terus masuk ke dalam mulut ular.
Di dalam kegelisahan itu dia memandang pula ke atas, mencari kalau-kalau ada dahan yang lebih kukuh untuk dia berpaut. Tiba-tiba dia terpndang dahan di atas kepalanya ada sarang lebah yang penuh dengan madu. Beberapa tetes madu menitik dari sarang itu, lelaki itu tertarik dan teringin untuk merasai madu itu. Dijelirkan lidahnya dan dapatlah dia merasa madu yang menetes dari sarang lebah itu.
Wau, sedap ! Hatinya berbunga riang. Dia ingin menikmati lebih banyak lagi madu, semakin banyak ditelan makin sedap hingga dia lupa pada bahaya yang sedang menantinya.
Kemanisan madu menyebabkan dia lupa pada dua ekor tikus yang sedang mengigit dahan tempatnya duduk, pada ular besar yang sedang menanti menelanya dan pada singa yang setia menunggu di bawah. Tiba-tiba dahan tempatnya duduk patah, ketika itu dia teringatkan bahaya yang sedang menantinya. Lelaki itu pun terjaga daripada tidur.
Keesokan harinya dia bertemu seorang alim untuk bertanyakan maksud mimpinya.Orang alim itu berkata, “ Singa itu adalah kematian kamu. Ia akan sentiasa mengejar dan mengikut ke mana saja kamu pergi. Dua ekor tikus hitam dan putih adalah siang dan malam. Hitam adalah malam dan putih adalah siang yang sentiasa silih berganti menarik kamu semakin hampir kepada kematian. Ular hitam besar yang sedang menganggakan mulutnya itu adalah kubur kamu. Kubur akan sentiasa menanti sampai tiba saatnya kamu dikebumikan.
“Manakala sarang madu itu adalah dunia dan kemanisan madu yang menetes itu adalah kemewahan dunia. Kita tertarik untuk menjamah sedikit kemewahan dunia dan ia amat menyeronokan. Keseronokan kemewahan dunia menarik kita untuk merasanya lagi dan lagi. Akhirnya kita hanyut di dalam kemewahan serta kemanisan dunia. Kita lupa tentang masa yang terus berputar, kita lupa tentang kematian yang begitu hampir dan kita lupa tentang kubur yang sentiasa menanti.”
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan