Bismillahir Rahmaanir Rahiim
Wailul likulli humazatil lumazah Alladzii jama'a maalaw wa 'ad dadah Yahsabu anna maalahuuu akhladah Kallaa layumbadzanna fil-huthamah Wa maaa adraaka mal-huthamah Naarullaahil-muuqadah Al latii taththali'u 'alal af-idah Innahaa 'alaihim mu'shadah Fii 'amadin mumaddadah
Maksudnya :
✒ Dengan nama Allah Yang Maha
Pemurah dan Maha Penyayang
✒ Kecelakaanlah bagi setiap pengumpat
lagi pencela,
✒ Yang mengumpulkan harta dan
menghitung-hitung,
✒ Dia mengira bahawa hartanya itu dapat
mengkekalkannya,
✒ Sekali-kali tidak! Sesungguhnya dia
benar- benar akan dilemparkan ke
dalam Huthamah
✒ Dan tahukah kamu apa Huthamah itu?
✒ ( Iaitu ) api ( yang disediakan ) Allah
yang dinyalakan,
✒ Yang ( membakar ) sampai ke hati.
✒ Sesungguhnya api itu ditutup rapat atas
mereka,
✒ ( Sedang mereka itu ) diikat pada tiang-
tiang yang panjang.
Surah Al-Humazah ( Bahasa Arab سورة الهمزة ) adalah surah ke-104 dalam Al-Quran. Surah ini tergolong surah Makiyyah yang terdiri daripada 9 ayat. Dinamakan Al-Humazah yang bererti " pengumpat " diambil daripada perkataan Al-Humazah yang terdapat pada ayat pertama surah ini.
Isi kandungan surah ini adalah ancaman Allah terhadap orang-orang yang suka mencela orang lain, suka mengumpat dan suka mengumpulkan harta tetapi tidak menafkahkannya di jalan Allah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan