D
|
isebabkan dinosaur muncul
sejak 230 juta tahun dahulu, manusia hanya mengenali haiwan tersebut menerusi
buku-buku serta gambaran animasi yang dipaparkan di televisyen.Perkataan
dinosaur sebenarnya berasal daripada perkataan Greek yang bermaksud “cicak yang
dahsyat”.Haiwan reptilian yang hidup di zaman prasejarah itu dikategorikan
dalam pelbagai spesies dan saiz selainmempunyai sifat semula jadi yang berbeza
dari segi permakanan, pembiakan dan pergaulan.
Dinosaur tertua ditemui dalam batu di
Argentina dan Brazil dan berusia kira-kira 230 juta tahun.Jenis paling primitif
Eoraptor merupakan dinosour pemakan daging paling kecil.Rangka Eoraptor
menunjukkan kemajuan dan mungkin rangka yang lebih tua ditemui.Adakah semua
dinosaur tinggal bersama pada masa yang sama yang menjadi persoalannya ?
Komuniti dinosaur dipisahkan oleh
masa dan geografi.Era dinosaur atau Era Mesozoik termasuk tiga jangka masa
geologi berturut-turut iaitu Triassic,
Jurassic dan Cretaceous.Spesies dinosaur berlainan hidup dalam tiga zaman yang
berlainan.Misalnya, dinosaur Jurassic, Stegosaurus telah pupus lebih kurang 80
juta tahun sebelum kemunculan dinosaur Cretaceous.dan Tyrannosaurus.
Malah, jarak masa yang memisahkan
Cretaceous.dan Tyrannosaurus lebih besar dibandingkan dengan jarak masa
Tyrannosaurus dengan manusia.Pada permulaan sejarah dinosaur ( Era Triassic )
hanya terdapat satu daratan di Bumi yang dinamakan Pangea dan terdapat pelbagai
jenis dinosaur di sana.Bagaimanapun apabila Pangea terpisah, dinosaur
bertaburan di seluruh dunia dan beberapa spesies dinosaur berevolusi dalam
setiap kawasan geografi. Berikut disenaraikan kepelbagian sifat yang terdapat
pada spesies-spesies tersebut.
Spesies Allosaurus
dikategorikan sebagai dinosaur gergasi yang hidup sekitar 145 hingga 155 juta
tahun dahulu dan dikenali mempunyai tabiat menjalankan pemburuan secara
berkumpulan.Ia merupakan pemangsa dua kaki dengan mempunyai tengkorok yang
besar selain dilengkapi dengan berdozen gigi yang besar dan tajam. Allosaurus
boleh mencecah panjang sehingga 12 meter dengan anggaran berat sekita 1,500
kilogram.Kesemua gigi dinosaur speseis ini memiliki bentuk seperti gergaji,
pendek, runcing dan lebih condong kea rah belakang tengkorak.Sebahagian besar
spesies Allosaurus berasal dari Amerika
Utara dan sebahagian lagi dijumpai di daerah Portugis dan Tanzania.
Dikenali dengan nama ringkas
T.Rex, Tyrannosaurus Rex merupakan salah satu spesies dinosaur yang paling
menonjol dan dikenali di seluruh dunia. Tyrannosaurus bermaksud “mengarung
zalim” dikatakan berasal dari bahagian barat Amerika Utara yang merupakan
haiwan karnivor berkaki dua serta mempunyai dua tangan yang kecil dengan hanya
dua jari.Jika dilihat dari struktur badannya, T.Rex mempunyai tengkorok yang
besar dan ia diimbangkan oleh ekornya yang panjang dan berat dengan sokongan
lebih 40 tulang.Spesies tersebut mempunyai ukuran sepanjang 12 hingga 13 meter
dengan anggaran jisim badannya lebih kurang7,200 kilogram.Selain itu,ia juga
dilengkapi tulang yang tegap, bermata serat dan gigi yang mempunyai kuasa
gigitan yang paling kuat berbading dinosaur-dinosour lain.
Baryonyx merupakan spesies
dinosaur karnivor yang mempunyai kegemaran memakan ikan.Mempunyai bentuk tubuh
sepanjang kira-kira enam meter,spesies tersebut mempunyai saiz rahang dan kuku
yang besar.Ciri lainnya adalah seperti muncung yang panjang, bergigi halus dan
tajam serta mempunyai penyangkuk bagi membantunya memburu mangsa. Dalam bahasa
Yunani, Baryonyx merujuk kepada maksud cakaran.Fosil pertama spesies tersebut
ditemui didalam lubang tanah liat di selatan Dorking, England dengan usia
sekitar 125 juta tahun.
Selama berdekad-dekad zaman
pra sejarah berlalu, Brachiosaurus dikatakan spesies dinosour terbesar yang
pernah diketahui hidup di muka bumi.Dinosour jenis ini mempunyai anggota badan
yang pelik kerana anggota depannya lebih panjang daripada anggota
belakang.Berdasarkan rangka yang ditemui, tinggi Brachiosaurus mencecah
sehingga 25 meter dengan berat anggaran sekitar 78 tan. Jika dikaji dari segi
proses pertumbuhannya, spesies tersebut berupaya untuk membesar sehingga 15 peratus
lebih panjang daripada fosil yang ditemui.Spesimen paling lengkap untuk spesies
ini dipamirkan di Muzium Humboldt, Berlin di Afrika di mana ia merupakan rangka
lengkap yang tertinggi di dunia.
Mungkin ramai yang mengenali
spesies dinosaur Velociraptor ini kerana peranan pentingnya dalam novel Michael
Crichton Jurassic Park dan siri filem
Jurassic Park. Velociraptor yang
membawa maksud “ perompak pantas” dalam bahasa Greek itu wujud kira-kira
70 hingga 80 juta tahun dahulu.Merupakan
karnivor berkaki dua dengan ekor yang panjang serta kuku yang tajam bertujuan
untuk mencakar dan membunuh mangsanya.Spesies ini boleh dibezakan daripada segi
bentuk tengkoraknya yang panjang dan rendah, dengan muncung yang terbalik.Ia
terkenal dikalangan pakar paleontology kerana lebih daripada satu dozen rangka-rangka fosilnya dijumpai
berbanding dengan spesies lain.
Nama Ceratosaurus dalam bahasa Greek membawa maksud “cicak bertanduk” merupakan
dinosour yang hidup di akhir zaman batu di Amerika Utara.Spesies tersebut
mempunyai ciri seperti rahang yang besar, gigi tajam dan tanduk yang tajam
serta terdapat tanduk kecil di bahagian matanya.Kaki hadapannya bersaiz kecil
dan pendek tetapi amat kuat dan kukuh. Ceratosaurus mempunyai panjang sehingga
enam meter dengan berat boleh mencapai sehingga lima tan.Dinosour spesies ini
boleh hidup bersama-sama spesies lain seperti Allosaurus, Torvosaurus,
Apatosaurus, Diplodocus dan Stegosaurus.
Pterosaurus burung terbesar
Pterosaurus burung terbesar
Pterosaurus tidak kurang hebatnya sering ditonjolkan dalam filem-filem siri Jurassic Park dan seumpanya. Pterosaurus dalam bahasa Greek dikenali sebagai "cicak bersayap". Dinosour ini merupakan spesies vertebrata paling awal ditemui dan berkebolehan terbang. Spesies ini wujud kira-kira 228 sehingga 66 juta tahun. Pterosaurus memiliki ciri seperti panjang, berekor panjang, rahang bergigi, keseluruhan tubuhnya dilitupi oleh bulu dari jenis filamen atau lebih dikenali sebagai pycnofibers, membiak secara bertelur, dietnya ialah ikan, buah-buahan, dan memburu dari spesies yang sama, beratnya boleh mencapai 250kg bagi dewasa, ketinggiannya sama seperti seekor zirafah yang terdapat pada hari ini dan saiz sayapnya bagi yang bersaiz kecil hanya 25cm dan yang besar mencecah 11m.
Triceratops dinosour bertanduk tiga
Triceratops dinosour bertanduk tiga
Triceratops hidup pada zaman Cretaceous iaitu sekitar 67-65 juta tahun dahulu.
Kebanyakkan fosilnya ditemui di Amerika Utara. Spesies ini dikatakan hidup secara bersendirian dan memakan tumbuh-tumbuhan. Triceratops yang membawa maksud “ muka bertanduk tiga ” dalam bahasa Greek memiliki berat sehingga 6 tan dan tingginya sekitar 3 meter serta panjang tubuhnya adalah 9 meter. Spesies ini hanya mampu bergerak dengan kelajuan 30 km/jam. Ciri lain yang terdapat pada
dinosour ini ialah memiliki sepasang
tanduk sepanjang 1 meter pada dahinya dan satu lagi pada bahagian hidung. Tanduk-tanduk ini berfungsi sebagai salah satu cara untuk mempertahankan diri dari pemangsa, berkomunikasi dan untuk menarik dinosour betina. Selain itu, Triceratops memiliki perisai bertulang berbentuk bulat dan nipis dibahagian belakang lehernya yang digunakan sebagai pelindung.
Stegosaurus Dinosour Berotak Kecil
Stegosaurus ialah spesies yang mudah dikenali kerana pada belakang badannya terdapat kepingan-kepingan besar seperti sisik dan mempunyai dua pasang duri di bahagian ekornya.Duri yang terdapat dibahagian ekornya digunakan sebagai senjata untuk melindungi diri. Spesies ini hidup sekitar 155 hingga 150 juta tahun dahulu di barat Amerika Syarikat dan Portugal. Merupakan spesies dinosour herbivor. Stegosaurus dalam bahasa Greek bermaksud "cicak bumbung". Spesies ini mempunyai panjang 4.6 meter dan tingginya adalah 2 meter. Beratnya adalah 2.6 tan dan mempunyai otak sebesar buah kenari atau lebih kecil dari bola golf.
Euoplocephalus Dinosour Berperisai
Euoplocephalus merupakan dinosaur herbivor yang hidup dalam kawanan. Sepanjang 5.5 meter ( 18 kaki ), beratnya sekitar 2 tan, badan dinosaur ini berbentuk seperti kereta kebal ( rendah dan amat leper dan lebar, berdiri atas empat kaki yang kukuh ) dan mempunyai ekor bertulang yang berat seperti belatan. Kepalanya memiliki muncung pendek menurun dengan paruh bergading bagi menggigit tumbuhan yang kemudiannya dihadamkan dalam usus besar. Euoplocephalus adalah dari genus terbesar dinosaur ankylosauria maun, yang hidup semasa Akhir Cretaceous di Kanada. Belakang badannya diselitupi dengan kepingan perisai bertulang, bersisik ( "scutes" ) bujur berabung tinggi besar. Lehernya dilindungi oleh dua tulang cecincin.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan