Rabu, 14 Julai 2021

Senarai Syarikat Pengeluar Vaksin COVID-19

1. Moderna

          Moderna adalah sebuah syarikat farmaseutikal baru yang ditubuhkan pada tahun 2010 dan beribu pejabat di Cambridge, Amerika Syarikat.Tujuan utama Institusi ini ditubuhkan adalah bagi menghasilkan vaksin.

           Moderna adalah pelopor terawal dalam bidang penyelidikan vaksin jenis DNA & mRNA. Disebabkan syarikat ini masih baru jadi kemampuan fasiliti produksi dan pengeluaran adalah yang terhad. Mereka hanya mampu memasarkan produk ke beberapa buah negara sahaja dan terpaksa meletakkan harga yang jauh lebih tinggi berbanding vaksin lain. Keadaan ini dilakukan bagi menjamin kestabilan syarikat berkenaan.

Nama Syarikat : Moderna
Negara Asal : Amerika Syarikat
Status Kelulusan : Diluluskan WHO,
                                  Kesatuan Eropah, 
                                  Greenland, Iceland, 
                                  Norway, dll
Jenis Vaksin : Vaksin mRNA
Nama Vaksin : Moderna COVID-19 
                          Vaccine @ MRNA 1273

Perkembangan Semasa
- Sebanyak 33,000 ujian fasa ketiga masih
  dijalankan di beberapa negara asing 
  termasuk di Kanada, Singapura dan
  Switzerland.

Sifat Khas
- Memerlukan kaedah logistik ‘cold chain’  
  & perlu disimpan di peti sejuk beku -20  
  darjah celsius.


2. Pfizer-BioNTech

       Vaksin ini adalah hasil gabungan dua buah syarikat farmaseutikal yang hebat dan terkemuka. Pfizer adalah sebuah firma gergasi yang bertaraf antarabangsa.
Ditubuhkan pada tahun 1849 dan beribu pejabat di New York, Amerika Syarikat. Manakala, BioNTech pula merupakan syarikat dari Jerman. Ditubuhkan pada tahun 2008 dan memiliki kepakaran khas dalam bidang pembangunan vaksin ( teknologi baru ) jenis mRNA.

       Apabila kepakaran BioNTech digabungkan bersama syarikat Pfizer yang mempunyai pengalaman dan kemahiran yang cukup luas dalam bidang perubatan sudah pasti mereka mampu mencipta vaksin COVID-19 pertama dan mendapat kelulusan WHO.

       Menurut laporan semasa, vaksin COVID 19 Pfizer merupakan vaksin coronavirus pertama yang tiba di Malaysia pada bulan Februari 2021. Oleh itu, ia telah digunakan untuk merasmikan Pelan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan.

Nama Syarikat : Pfizer & BioNTech
Negara Asal : Amerika Syarikat & Jerman
Status Kelulusan : Diluluskan WHO, 
                                Kesatuan Eropah, Arab 
                                Saudi, Australia,                                              Malaysia (KKM), dll.
Jenis Vaksin : Vaksin mRNA
Nama Vaksin : Comirnaty @ BNT16262

Perkembangan Semasa
- Sebanyak 41,000 ujian fasa ketiga masih 
  dijalankan di beberapa negara asing   termasuk di Amerika Syarikat, Argentina 
  dan Brazil.
- Tiba di Malaysia pada bulan Februari 
  2021.

Sifat Khas
- Mempunyai kadar efikasi tertinggi.
- Memerlukan kaedah logistik ‘cold chain’ 
  dan disimpan dalam peti sejuk beku -70 
  darjah celcius.


3. Bharat Biotech

     Bharat Biotech adalah sebuah syarikat bioteknologi yang berpangkalan di Hyderabad, India.Syarikat ini ditubuhkan pada tahun 1996 dan sangat mahir serta berpengalaman jauh dalam bidang penyelidikan, pemprosesan dan pengeluaran vaksin. Syarikat ini telah berjaya
menghasilkan vaksin COVID-19 India yang pertama dan akan memasarkan produk tersebut ke Amerika Syarikat tidak lama lagi.

       India adalah merupakan pengeksport terbesar vaksin ke serata dunia. Sebanyak 60% vaksin dunia dihasilkan oleh India termasuklah vaksin HiB, Polio, DPT, Measles, Mumps, Rubella, Hepatitis B dan lain-lain. Keadaan ini bukanlah sesuatu perkara yang mustahil memandangkan India mempunyai pusat pengilangan dan pembuatan vaksin terbesar di dunia dibawah pengelolaan Serum Institute of India di Pune.

Nama Syarikat : Bharat Biotech
Negara Asal : India
Status Kelulusan : Tiada maklumat
Jenis Vaksin : Vaksin inactivated virus
Nama Vaksin : Covaxin @ BBV152

Perkembangan Semasa
- Sebanyak 26,000 ujian fasa ketiga 
  masih dijalankan di beberapa negara 
  termasuk India

Sifat Khas
- Boleh disimpan di peti sejuk 
  konvensional.
- Kadar efikasi masih belum jelas.


4. Janssen Pharmaseutica

         Merupakan anak syarikat kepada sebuah firma gergasi iaitu Johnson & Johnson. Umum sudah mengetahui bahawa jenama ini begitu sinonim dengan produk kesihatan dan kebersihan bayi di Malaysia. Syarikat ini mempunyai 8 buah pusat penyelidikan dan 9 buah pusat perindustrian produk-produk kesihatan di seluruh benua Eropah.

        Secara perbandingan antara vaksin keluaran Janssen dan CanSinoBIO jika dibandingkan syarikat pengeluar vaksin yang lain, vaksin Janssen diciptakan hanya memerlukan satu kali suntikan sahaja. Jika ia berhasil, satu dos sudah mampu menghasilkan imunisasi penuh terhadap virus COVID-19. Kejayaan ini akan memberikan manfaat yang sangat luas terhadap masyarakat dunia dan institusi kesihatan.   

Nama Syarikat : Janssen Pharmaseutica
Negara Asal : United Kingdom & Sweden
Status Kelulusan : n/a
Jenis Vaksin : Vaksin adenovirus vector
Nama Vaksin : Janssen COVID-19 Vaccine                            @ Ad26.cov2-s

Perkembangan Semasa
- Sebanyak 90,000 ujian fasa ketiga masih
  dijalankan (operasi gergasi ‘ENSEMBLE’) 
  di beberapa negara termasuk US, 
  Belgium, Argentina, Brazil, Columbia, dll.

Sifat Khas
- Hanya memerlukan 1x suntikan sahaja.
- Boleh disimpan di peti sejuk 
  konvensional.

   
5. Institusi Gamaleya 

         Merupakan sebuah institusi penyelidikan yang berpangkalan di Moscow, Russia yang sememangnya pakar dalam bidang epidemiologi dan mikrobiologi. Institusi Gamaleya mempunyai sedikit kelainan berbanding dengan syarikat pengeluar vaksin yang lain, hal ini demikian kerana, mereka diletakkan dibawah penyelenggaran penuh Kementerian Kesihatan Russia.

        Nama Institusi Gamaleya, diambil semperna nama seorang saintis tersohor dari abad ke-20 yang bernama Nikolay Fyodorovich Gamaleya. Beliau merupakan seorang saintis yang pakar dalam bidang mikrobiologi dan penyelidikan vaksin.

       Antara kejayaan mereka ialah berjaya menghasilkan vaksin adenovirus vector dengan teknologi hybrid yang baru dan berada dalam fasa terakhir dalam mencipta vaksin COVID-19 yang tersedia dalam bentuk serbuk.

Nama Syarikat : Institusi Penyelidikan
                             Gamalaya
Negara Asal : Russia
Status Kelulusan : Diluluskan Rusia, 
                                 Belarus, Argentina,  
                                 Algeria, Bolivia,
                                Serbia, Hungary, UAE, dll
Jenis Vaksin : Vaksin adenovirus vector
                          ( hybrid )
Nama Vaksin : Sputnik V @Gam-Covid-Vac

Perkembangan Semasa
- Sebanyak 38,500 ujian fasa ketiga masih
  dijalankan di beberapa negara termasuk 
  di Rusia, India, dll.
- Dalam proses berkolaborasi dengan 
  COVAX

Sifat Khas
- Memerlukan kaedah logistik ‘cold chain’ 
  dan perlu disimpan di peti sejuk beku -20 
  darjah celsius.
- Merupakan vaksin hybrid dengan kadar
  efikasi yang memberangsangkan.
- Sementara mengkaji kaedah penyediaan
  vaksin dalam bentuk serbuk 
  (lyophilisate).
  

6. AstraZeneca-Oxford

        Merupakan kerjasama antara Universiti Oxford dan syarikat gergasi 
( AstraZeneca ) dalam menghasilkan vaksin dengan menggunakan teknologi kontemporari, iaitu vaksin adenovirus vector. Syarikat Anglo-Sweden yang bertaraf antarabangsa ini ditubuhkan pada tahun 1999.

        Syarikat farmaseutikal & universiti tersohor itu juga telah berjanji untuk tidak mengambil keuntungan terhadap vaksin buatan mereka. Ini menjadikan kos perolehan dan operasi vaksin COVID 19 UK antara yang termurah di pasaran ketika ini.

         Syarikat ini telah mendapat kelulusan WHO dan Kesatuan Eropah, namun masih memerlukan beberapa penyelarasan dan kajian akhir bagi menjamin keberhasilan vaksin berada ditahap yang terbaik. Syarikat ini juga akan bekerjasama dengan Institusi Gamaleya dari Russia sebagai salah satu langkah proaktif demi kepentingan masyarakat dunia.

Nama Syarikat : AstraZeneca & Universiti 
                             Oxford
Negara Asal : United Kingdom & Sweden
Status Kelulusan : Diluluskan WHO &                                           Kesatuan Eropah
Jenis Vaksin : Vaksin adenovirus vector
Nama Vaksin : Covishield @ AZD 1222

Perkembangan Semasa
- Sebanyak 64,000 ujian fasa ketiga masih
  dijalankan di beberapa negara termasuk 
  di US, UK, Chile, Peru, Brazil, Afrika 
  Selatan, dll.
- Sedang bekerjasama dengan Institusi 
  Penyelidikan Gamaleya.
- Akan tiba di Malaysia sekitar
  pertengahan tahun 2021.

Sifat Khas
- Harga termurah di pasaran
- Boleh disimpan di peti sejuk 
  konvensional.


7. Novavax

        Ditubuhkan pada tahun 1987 di Maryland, Amerika Syarikat. Mempunyai pengalaman dan kepakaran terhadap patogen dari coronavirus family. Novavax adalah syarikat bioteknologi yang telah berjaya menghasilkan vaksin virus MERS 
( sebuah wabak yang berasal dari haiwan unta yang ditemukan di benua Timur Tengah sekitar tahun 2012 ).

        MERS, SARS & COVID-19 berasal dari virus induk yang sama. Namun begitu, belum terdapat penawar untuk merawat ketiga-tiga jangkitan tersebut.Oleh itu, imuniti kelompok dan norma baharu tetap menjadi senjata utama kita. Novavax telah berkerjasama secara langsung dengan organisasi global CEPI bagi tujuan menghasilkan vaksin untuk kegunaan masyarakat dunia khususnya bagi negara yang memerlukan.

Nama Syarikat : Novavax
Negara Asal : Amerika Syarikat
Status Kelulusan : n/a
Jenis Vaksin : Vaksin protein subunit
Nama Vaksin : Novavax COVID-19 vaccine                            @ NVX-Cov2373

Perkembangan Semasa
- Sebanyak 45,000 ujian fasa ketiga masih
  dijalankan di beberapa negara asing 
  termasuk di US, UK, Mexico, dll.

Sifat Khas
- Boleh disimpan di peti sejuk 
  konvensional.
- Kadar efikasi masih belum jelas.


8. PT Bio Farma

          Ditubuhkan pada tahun 1980, di Bandung, Indonesia. Ia merupakan syarikat pertama di Asia Tenggara yang akan bekerjasama dengan syarikat pengeluar vaksin ( Sinovac ). Kerjasama tersebut semestinya menjadi dorongan terhadap penciptaan vaksin coronavirus Indonesia pertama yang dijangka tidak lama lagi.

           Menurut sumber dari Kementerian Penyelidikan dan Teknologi Indonesia, mereka telah menyasarkan pengeluaran vaksin secara besar-besaran seawal suku keempat tahun 2021.Oleh itu, pelbagai institusi penyelidikan dan teknologi sedang berlumba-lumba bagi menghasilkan vaksin yang dikenali sebagai
"Merah Putih".

          Berikut ialah senarai 4 institusi yang sedang bersaing iaitu Lembaga Molekular Eijkman (vaksin protein subunit), Institusi Teknologi Bandung (vaksin adenovirus vector), Universitas Udayana (vaksin mRNA) dan Universitas Indonesia (vaksin DNA). Walau bagaimanapun, hanya institusi yang berjaya sahaja akan bekerjasama dengan syarikat PT Bio Farma bagi melanjutkan fasa Kajian Klinikal dan proses industri selanjutnya.

Nama Syarikat : PT Bio Farma
Negara Asal : Indonesia
Status Kelulusan : n/a
Jenis Vaksin : Vaksin protein subunit /
                           adenovirus vector / mRNA /
                           DNA
Nama Vaksin : Merah Putih

Perkembangan Semasa
- Masih di peringkat kajian pra klinikal

Sifat Khas
- n/a


9. Sinopharm

        Adalah sebuah syarikat farmaseutikal gergasi dari China yang ditubuhkan pada tahun 2003 dan mempunyai institusi penyelidikan di Beijing dan Wuhan. Syarikat Sinopharm mempunyai kelebihan dan tanggungjawab yang besar dalam memastikan vaksin yang dicipta mereka mempunyai kualiti yang sangat memberangsangkan.Ianya bukan sahaja untuk komuniti tempatan malah seluruh dunia.

         Kebanyakkan syarikat pengeluar vaksin dari negara barat dan syarikat-syarikat China telah mengorak langkah untuk berkolaborasi dengan komuniti antarabanga seperti gagasan COVAX. COVAX ialah sebuah inisiatif yang dipimpin oleh WHO, GAVI dan CEPI bagi memastikan pengagihan vaksin dapat di laksanakan secara adil khususnya kepada negara dunia ketiga.

Nama Syarikat : Sinopharm @ China National
                              Pharmaceutical Group Croup
                              (CNPGC)
Negara Asal : China
Status Kelulusan : Diluluskan China, UAE &
                                  Bahrain
Jenis Vaksin : Vaksin inactivated virus
Nama Vaksin : BBIBP-CorV

Perkembangan Semasa
- Sebanyak 33,000 ujian fasa ketiga masih
  dijalankan di beberapa negara termasuk di   
  Kanada, Switzerland, dll.
- Sedang dalam proses kelulusan WHO

Sifat Khas
- Boleh disimpan di peti sejuk konvensional
- Mampu dihasilkan dalam jumlah banyak 
  dalam satu-satu masa.


10. Sinovac

        Sinovic ditubuhkan pada tahun 2001 dan bertempat di Beijing. Ia adalah antara syarikat yang berjaya menghasilkan vaksin SARS ketika dunia dilanda wabak selesema antara tahun 2002-2004. Virus SARS dan COVID-19 adalah merupakan suatu virus dari induk yang sama. Oleh itu, penciptaan vaksin COVID-19 akan menjadi lebih mudah dan cepat.

         Syarikat farmaseutikal Sinovac sangat terbuka dalam melakukan kerjasama antara negara.Turki, Indonesia dan Brazil telah melakukan kerjasama dengan Sinovac dan tidak terkecuali juga Malaysia akan mengikuti jejak langkah mereka setelah Pharmaniaga mendapat kelulusan dari Lembaga Farmasi Malaysia. Dengan kerjasama itu, diharapkan industri tempatan bakal memainkan peranan penting dalam proses akhir pembotolan (fill & finish) vaksin COVID 19 di Malaysia tidak lama lagi.

Nama Syarikat : Sinovac
Negara Asal : China
Status Kelulusan : Diluluskan China,                                   Indonesia, Turkey
Jenis Vaksin : Vaksin inactivated virus
Nama Vaksin : CoronaVac

Perkembangan Semasa
- Sebanyak 28,000 ujian fasa ketiga masih   
  dijalankan di beberapa negara termasuk
  Brazil, Turkey, dll.
- Sedang dalam proses kelulusan WHO & 
  NPRA.
- Tiba di Malaysia pada bulan Februari 2021.

Sifat Khas
- Boleh disimpan di peti sejuk konvensional.
- Kadar efikasi bervariasi namun sangat
  memuaskan.


11. CanSino

           Syarikat CanSino merupakan syarikat paling muda dan kecil berbanding syarikat Sinopharm dan Sinovic yang juga berasal dari China. CanSino juga telah berjaya menghasilkan vaksin COVID-19 pada tahun 2020. Selain itu, CanSino Biologics telah berjaya menghasilkan vaksin tuberkulosis, vaksin pneumokokal dan vaksin virus Ebola mereka sendiri.

           Terkini, syarikat ini akan menghasilkan vaksin COVID-19 dalam bentuk semburan.Dan sekiranya berjaya ia akan memberi keselesaan kepada individu yang fobia dengan jarum suntik. Dengan ini, ia akan meningkatkan kadar pengambilan vaksin di kalangan masyarakat.

         Syarikat ini juga dikatakan akan berkerjasama dengan salah satu syarikat Malaysia bernama Solution Biologics. Dengan terhasilnya kerjasama itu nanti, Malaysia akan mendapat kepakaran dan kefahaman teknologi dalam penciptaan vaksin covid 19.

Nama Syarikat : CanSino Biologics
Negara Asal : China
Status Kelulusan : Diluluskan di negara China
                                  sahaja setakat ini
Jenis Vaksin : Vaksin adenovirus vector
Nama Vaksin : Convidicea @ Ad5-nCov

Perkembangan Semasa
- Sebanyak 41,000 ujian fasa ketiga masih
  dijalankan di beberapa negara termasuk di
  Pakistan, Argentia, Chile, Mexico, Russia, dll.


Sifat Khas
- Boleh disimpan di peti sejuk konvensional
- Hanya memerlukan 1x suntikan sahaja.
- Sementara mengkaji kaedah vaksinasi yang
  menggunakan teknik semburan hidung   (nasal spray).

Sumber : Kementerian Kesihatan Malaysia

Khamis, 8 Julai 2021

Nicknames of Countries in the World

Every country is special. Sometimes a place possesses so unique characteristics that people begin to refer to the place with a nickname. Several countries all across the world have acquired such aliases.Let’s take a look at what are the nicknames of different countries.


ASIA

Afghanistan – Graveyard of Empires
Bhutan – Land of the Thunder Dragon
Brunei Darussalam -- The Land of 
                                      Unexpected 
                                     Treasures
Cambodia -- The Land of the Khmer
China – The Red Dragon
Hong Kong – Asia’s World City
Indonesia – the Emerald of the Equator
Iraq – Cradle of Ancient Civilization
Japan – Land of the Rising Sun
Loas -- The Land of a Milion Elephants
Macau – Vegas of the East
Malaysia -- The Land of Indigenous Malay
Mongolia – Land of Blue Sky
Myanmar – Land of the Golden Pagodas
North Korea – The Hermit Kingdom
Philippines – The Pearl of the Orient Seas
Singapore – The Lion City
South Korea – Land of the Morning Calm
Sri Lanka – India’s Teardrop
Thailand – Land of Smiles
Vietnam -- The Land of Blue Dragon

EUROPE

Albania – Land of the Eagles
Austria – Land of Beauty and Music
Belarus – The White Rus
England – Land of Hope and Glory
Finland – Land of Thousand Lakes
France – L’hexagoneIceland – Land of Fire and Ice
Ireland – The Emerald IsleItaly – The Boot
Slovenia – The Sunny Side of the Alps
Switzerland – Land of Milk and Honey
Ukraine – The Bread Basket of Europe


AFRICA

Burkina Faso – Land of the Upright Men
Egypt – The Gift of the Nile
Lesotho – The Kingdom In the Sky
Madagascar – The Red Island
Rwanda – Land of a Thousand Hills
South Africa – Rainbow National


AMERICAS

Brazil – Land of the Palms (Pindorama)
Canada – The Great White North
Chile – Land of Poets
Guyana – Land of Many Waters
Paraguay – The Island Surrounded by Land
Peru – Land of the Incas
United States of America – The Land of the Free / Uncle Sam
Venezuela – Land of Grace


MIDDLE EAST

Israel – The Holy Land
Lebanon – Switzerland of the Middle East


OCEANIA

Australia – Land Down Under
New Zealand – Land of the Long White Cloud