Sabtu, 25 Januari 2020

As long as you know

In life, there are only 4 BASIC principles

You know what is good (pahala {I don’t know what is it in English}), what is bad (sin)

You know what is Halal (can do) what is HARAM (cannot do or shouldn’t be near to). You know that there is a heaven and hell. Where you do good you can get into heaven, when you do bad, you can get into hell. But here, nobody knows His Qadar. Keep in mind, only by a prayer [du’a] can change the qadho’. That’s the power of du’a as Allah stated. Although Allah set everything but He still has His Mercy for His servant. As we still can has a part, and only He we should pleased for His Mercy. You are not going to heaven or hell by only your own deed but it is all because of His Mercy on you.

You know that you will DIE. You know that your life not everlasting. And you never know when you are going to die. You want to enjoy? What’s the purpose of your life? What’s the meaning of life to you? After you die, no one could help you unless what you did when you are alive.

4 things. As long u know, dosa pahala, syurga neraka you will always be good.
As long as you know why you are a servant. a creature that the most decent that made by cement , you will always remember the purpose of yourlife and the matter of life.

Be good to others. Be good to anyone. No big nose. No greediness. No selfishness. As you know, perhaps you will die by the time after this, or tomorrow.

This is what a muslim believes as he believe there is a day of Hereafter. Where all our deed will be count either good or bad. Because of that, we cannot do bad things no matter to ourselve, or other people and things.Rich people should help the poor, as their wealth is a TEST and a responsibility. It is not just for fun and play.

Well ya, perhaps some people think we muslim just believe nonsense. A thing that you can't see for real. Now let's look, if you believe it's not a matter of fact. It can make sense to make you believe in something. I believe no one has a power that Allah The Almighty. He the one that I pleased that has power on us. Why?

A baby was born and a kid or an old man is dying, both has no power to hold or to postpone their deliver or death. not even a single second. They have no power on their own body. Then who the one that has the power? You tell me.

Fair enough. I should be good to myself and my parents right now.

p/s: to be really a damn GOOD child one, not easy task for me same as to be a GOOD SERVANT. The only reason, I should not only because of mercy but because I please Him I do.

Selasa, 21 Januari 2020

Don't judge people before you truly know them

In our society today, there are so many people judging others. They judge them based on their looks, their job, where they live, how much they earn, and so many more things. Some people think if you're not like them it's a crime, and they judge you from what they see, not caring how you feel. People these days only care about what's on the outside and what you have, they don't care about your feelings or your struggles. It shouldn't be like that, but sadly it is.

Everyday I see at least one person judging someone else, whether it's in person or on social media. I don't understand why people do that; it's wrong and hurtful. It's like we constantly look for something wrong with someone so we can laugh at them or ridicule them, not caring about their feelings. Why do we constantly do that to people? Why are we always looking for flaws? Why can't we accept people for who they are?

Whenever I see someone being mean or rude to someone I always say something. But when I hear about it on social media, it's hard because I don't know them. It's times like these when I wish I could help everyone because no one deserves to feel bad about themselves or their situation. Everyone has a different story and they don't deserve to be judged, especially on who they are and what they look like.

If you don't like someone then that's fine, but you don't have to criticize them just because you don't get along with them. People are constantly being judged on their appearances and their weight. You know what? You're not them, so stop judging them because you don't think that's what they should look like. Everyone is beautiful no matter what they look like, because beauty is what's in their heart and how they treat others!


If you don't think that's what they are supposed to look like, dress, or what their social status is, it's too bad. You shouldn't judge them because that's not what "you" think they should look like or be. Don't judge anyone based on what you see, you probably have no idea what they went through or what they are currently going through. Everyone has a different background as to why they do the things they do.

So the next time you or your friends judge someone, think twice. "Maybe I shouldn't do this because it's going to make them feel bad and it's not right to treat people that way." Maybe instead of judging someone, you could get to know them and be their friend. There are so many people who don't think before they say some things which can hurt another in the long run. Even just a whisper about someone can hurt because odds are, they can hear what you say. Put yourself in their shoes, if you don't want to be judged, then why do you think it's alright to judge others? That's the question, it's like treat people the way you would want to be treated. So if you don't want people to judge you, then don't judge them!

Sabtu, 18 Januari 2020

Menara Condong Teluk Intan

Kali pertama penulis menjejakkan kaki di bumi Teluk Intan ini ialah pada tahun 2013. Teluk Intan dahulunya dikenali sebagai Teluk Anson, diambil sempena nama seorang Gabenor British iaitu Jeneral Archibald Anson yang datang melawat Teluk Intan pada ketika itu. Pada 1 Januari 1982, secara rasminya nama Teluk Anson telah digantikan kepada nama baru iaitu Teluk Intan.

Menurut sejarah, nama Teluk Intan diambil dari nama seorang janda yang berasal dari Mandahiling, Sumatera, Indonesia, iaitu Mak Intan. Beliau adalah seorang peneroka yang telah membuka kawasan Teluk Intan pada awal abad ke-19. Pada ketika itu, kawasan yang diterokai oleh Mak Intan dikenali sebagai Pekan Mak Intan. Semasa pemerintahan British di Tanah Melayu, nama Teluk Mak Intan telah ditukarkan kepada Teluk Anson.



Lokasi Menara Condong

Bangunan Menara Condong Teluk Intan telah dibina pada tahun 1885.Walaupun usianya telah menjangkau lebih 135 tahun, namun bangunan ini tetap untuh dan tersergam indah. Lokasinya terletak di antara pertemuan dataran segi empat, iaitu Jalan Pasar dan Jalan Ah Cheong dengan Jalan Selat dan Jalan Bandar di kiri dan kanan menara. Sebagai menghargai jasa dan sumbangan Encik Leong Choon Cheong yang telah membina menara tersebut, sebatang jalan yang berhampiran dengan menara jam telah dinamakan sempena dengan nama beliau iaitu Jalan Ah Cheong.


Reka bentuk menara

Menara Condong Teluk Intan atau nama asalnya Jam Tinggi adalah sebuah menara jam.Menara ini mempunyai keunikkan yang tersendiri dan menjadi mercu tanda Teluk Intan sejak sekian lama.Binaannya yang condong itu, mirip The Leaning Tower of Pisa di Itali.Kecondongan menara ini sering dibandingkan Menara Condong Pisa.Walau bagaimanapun, menara ini hanya berketinggian 25 meter ( 82 kaki ) 
dengan 110 anak tangga ( setiap aras tingginya 15.5 kaki ) jika hendak dibandingkan dengan Menara Condong Pisa yang mempunyai ketinggian 55 meter. Bangunan tiga tingkat ini tidak lagi digunakan kini dan hanya dijadikan sebagai daya tarikan pelancong yang melawat bandar Teluk Intan.
Sungguhpun begitu, jam yang terdapat pada menara tersebut masih lagi berfungsi dan akan berbunyi setiap 15 minit.Panorama disekeliling bangunan ini cukup menggujakan. Apa tidaknya dibahagian bawah bangunan ini dikelilinggi oleh landskap yang indah seperti pasu bunga, lantai marmar dan kerusi rehat yang sesuai untuk aktiviti bersantai bersama keluarga.

Apabila diamati dengan teliti, didapati pengaruh senibina Cina lebih dominan pada Menara Jam Teluk Intan ini. Ini adalah kerana ia berkonsepkan sebuah "Pagoda" seperti yang terdapat di Negara China. Menara ini dibina oleh anak tempatan yang dikenali sebagai Leong Choon Cheong atau lebih mesra di sapa sebagai Ah Cheong. Walaupun pembinaannya pada zaman pemerintahan British, namun pengaruh Cina dan kontraktor telah berjaya dalam memperjuangkan budaya mereka. Keadaan ini jelas memperlihatkan senibina Cina yang terdapat pada gerbang, bumbung genting, hiasan jubin dan sebagainya  yang menunjukkan budaya dan senibina Cina.

Dari bahagian luar kelihatan seolah-olah menara ini mempunyai 8 tingkat, namun apabila masuk sahaja ke bahagian dalam, menara ini hanya mempunyai 3 tingkat sahaja. Terdapat sebuah tangki air terletak di aras tiga yang diperbuat daripada keluli setinggi 16 kaki. Tangki ini boleh memuat sejumlah 680 kaki isi padu air ( 19.26 meter isipadu air ). Namun hari ini, tangki air tersebut tidak lagi berfungsi.Struktur binaan bangunan ini terdiri daripada batu dan kayu. Pada setiap tingkat menara ini ia dilengkapi oleh lorong jalan kaki. Lapisan bawah bangunan ini berukuran garis pusat 12.9 meter atau 42.3 kaki dan menguncup ke atas 8.1 meter.

Menara ini pada asalnya bukanlah secondong seperti mana yang dapat kita lihat pada ketika ini.Ianya berlaku adalah di sebabkan oleh faktor geografi iaitu banjir besar yang menenggelami kawasan sekitar menara tersebut pada tahun 1895 iaitu 10 tahun selepas pembinaan menara ini siap sepenuhnya.Menara ini mula condong ke arah barat laut adalah disebabkan oleh binaan asasnya yang lemah dan terpakasa menanggung bebanan tangki air yang berat.



Tujuan pembinaan menara ini :

🗼 Suatu ketika dahulu, menara ini berfungsi sebagai loji takungan air, bekalan air terutamanya ketika musim kemarau dan persediaan ketika menghadapi kebakaran.

🗼 Ketika zaman penjajahan Jepun sekitar tahun 1942 - 1945, menara ini dijadikan sebagai menara kawalan bagi memerhati pergerakkan musuh.Sekiranya musuh datang menyerang, menara kawalan inilah yang menjadi sasaran utama mereka.

 ðŸ—¼ Selain itu, menara ini juga dijadikan sebagai penanda waktu dan petunjuk kapal ke Pelabuhan Teluk Anson suatu ketika dulu bagi pedagang yang berlabuh dipelabuhan itu.

🗼 Kini, Menara Condong Teluk Intan hanya berperanan sebagai menara jam. Jam menara ini, yang dipasang pada tahun 1894 masih lagi berada dalam keadaan elok. Untuk pengetahuan umum, jam ini dibeli dari London, buatan firma J.W. Benson-Ludhgathill.

🗼 Di samping itu, menara jam ini telah diangkat menjadi mercu tanda kepada Bandar Teluk Intan.


Waktu Lawatan :

Bagi anda yang ingin datang melawat ke Menara Condong Teluk Intan bolehlah berbuat demikian dengan datang pada waktu yang tetera dibawah :

Isnin - Jumaat : 8.00 pagi - 5.00 Petang

Sabtu - Ahad /  : 9.00 pagi - 6.00 petang
Cuti Am


Kesimpulan

Bagi diri penulis sendiri, Menara Condong Teluk Intan sememangnya unik dan kaya dengan sejarahnya yang tersendiri. Sehubungan dengan itu, kita haruslah menjaga dan memulihara menara ini dari segala bentuk aktiviti tidak sihat termasuklah vandalisme. Keadaan ini penting bagi tatapan generasi akan datang. Kalau bukan kita menjaganya siapa lagi.

Jumaat, 10 Januari 2020

Tokoh-Tokoh Zaman Rasulullah s.a.w


Keluarga Rasulullah s.a.w:
  1. Abdullah bin Abdul Muttalib : Bapa Nabi s.a.w.
  2. Aminah binti Wahab - ibu Nabi s.a.w

Ummul Mukminin (isteri-isteri Rasulullah )
  1. Khadijah binti Khuwalid - wanita pertama memeluk Islam
  2. Saudah binti Zam'aah - wanita pertama dinikahi oleh baginda selepas kewafatan Khadijah. 
  3. Aisyah binti Abu Bakar - satu-satunya anak gadis yang nikahi oleh Rasulullah s.a.w. 
  4. Hafsah binti Umar Al-Khattab - anak kepada Saidina Umar Al Khattab. Gelarannya adalah Hafizatul Mashaf (Penjaga Al Quran). 
  5. Zainab binti Khuzaimah - Gelarannya ialah Ummul Masakin (ibu orang-orang Miskin). 
  6. Hindun binti Abi Umaiyah - gelarannya Ummu Salamah. Antara wanita yang paling banyak meriwayatkan hadis. 
  7. Zainab binti Jahsy - sepupu Nabi s.a.w, bekas isteri Zaid bin Haritsah (anak angkat Nabi s.a.w). Perkahwinannya dengan Rasulullah s.a.w adalah perintah lansung dari Allah s.w.t. berkenaan hukum menikahi bekas isteri anak angkat. 
  8. Juwairiyah binti Haris
  9. Ramlah binti Abi Sufiyan Sakhar : adik kepada Mu'awiyah bin Abi Sufiyan (pengasas Kerajaan Bani Ummaiyah). 
  10. Saffiyah binti Huyyai - keturunan Yahudi yang menjadi tawanan perang dalam Perang Khaibar. 
  11. Maimunah binti Haris - Ummul Mukminin yang terakhir. 
Isteri Rasulullah s.a.w dikalangan hamba:
  1. Mariah binti Sam'un Al-Qibtiyah : satu-satunya isteri Nabi s.a.w. yang melahirkan anak selain Khadijah. 
  2. Raihanah binti Sam'un bin Zaid. 
Anak-anak Rasulullah s.a.w:
  1. Al-Qasim bin Muhammad - wafat ketika berusia 2 tahun. 
  2. Zainab binti Muhammad
  3. Ruqayyah binti Muhammad - isteri Khalifah Uthman bin Affan. 
  4. Ummi Kalsom binti Muhammad - berkahwin dengan Uthman bin Affan setelah kewafatan kakaknya Ruqayyah. 
  5. Fatimah binti Muhammad -isteri Saidina Ali bin Abi Talib r.a.
  6. Abdullah bin Muhammad - wafat sewaktu kecil. 
  7. Ibrahim bin Muhammad - anak dari Mariah Al-Qitiyah , wafat sewaktu kecil.

Al-Sabiqun al-Awwalun ( yang terawal memeluk islam )

1. Ummul Mukminin Khadijah bt Khuwalid
2. Zaid bin Tsabit
3. Ali bin Abi Thalib
4. Abu Bakar as-Siddiq
5. Uthman bin Affan
6. Zubair bin Awwam
7. Abdul Rahman bin Auf
8. Sa'ad bin Abi Waqqas
9. Talhah bin Ubaidillah
10. Bilal bin Rabbah
11. Ubaidah Amir bin Jarrah
12. Abu Salamah bin Abd Al-Asad
13. Al-Arqam bin Abi Al-Arqam
14. Uthman bin Maz'un
15. Qudamah bin Maz'un
16. Abdullah bin Maz'un
17. Ubaidah bin Al-Harith
18. Sa'id bin Zaid
19. Fatimah bt Al-Khattab
20. Khabbab bin al-Aratt
21. Abdullah bin Mas'ud

10 Sahabat yang dijamin Syurga oleh Nabi S.A.W  :
  1. Abu Bakar As Siddiq
  2. Umar bin Al Khattab
  3. Uthman bin Affan
  4. Ali bin Abi Talib
  5. Zubair bin Awwam
  6. Sa'ad bin Abi Waqash
  7. Abu Ubaidah bin Al-Jarrah
  8. Abdul Rahman bin Auf
  9. Talhah bin Ubaidillah
  10. Sa'id bin Zaid

Orang- orang di sekeliling Rasulullah s.a.w :
  1. Abbad bin Bishir : Pembawa Al Quran semasa dalam peperangan. Pernah dipanah oleh musuh sewaktu mengerjakan solat namun dia tetap meneruskan solatnya. Beliau gugur syahid dalam Perang Yamamah. 
  2. Abbad bin Sahli : antara syuhada yang gugur syahid dalam Perang Uhud.
  3. Abban bin Sa'id : gugur syahid dalam peperang menentang tentera Rom bersama saudaranya Amr bin Sa'id. 
  4. Abbas bin Abdul Muttalib : Bapa saudara Nabi s.a.w. Telah meriwayatkan 35 hadis dari Nabi s.a.w. 
  5. Abbas bin Ubadah : antara syuhada yang gugur syahid dalam Perang Uhud.
  6. Abd ar-Rahman bin Abd al_Qari : Tabiin yang lahir ketika Nabi s.a.w masih hidup. Murid kepada Saidina Umar al-Khattab. Meninggal dunia pada tahun 81 Hijrah ketika berusia 78 tahun. 
  7. Abdul Manaf bin Atiq : anak tiri Rasulullah s.a.w (anak Khadijah dengan suaminya yang dahulu). 
  8. Abdul Muthalib ibn Hasyim : Datuk kepada Nabi s.a.w. 
  9. Abdul Rahman bin Abu Bakar : anak Saidina Abu Bakar as-Siddiq. Sebelum memeluk Islam, beliau merupakan penentang kuat Nabi s.a.w. Setelah memeluk Islam, beliau turut serta dalam peperangan menentang musuh Islam. 
  10. Abdul Rahman bin Auf : antara sahabat yang terawal memeluk Islam dan juga antara 10 sahabat yang dijamin syurga. Seorang hartawan yang paling banyak menginfakkan harta ke jalan Allah. Beliau telah meriwayatkan 65 hadis dari Nabi s.a.w. 
  11. Abdullah bin Abbas @ Ibnu Abbas : sepupu Nabi s.a.w. Pakar tafsir al-Quran. Meriwayatkan 1660 hadis dari Nabi s.a.w. antara sahabat yang paling banyak meriwayatkan hadis. 
  12. Abdullah bin Abdul Muttalib : Bapa kepada Rasulullah s.a.w.
  13. Abdullah bin Abdullah bin Ubai bin Salul : Ayahnya Abdullah bin Ubai adalah ketua Munafik di Madinah. Beliau meriwayatkan 3 hadis dari Nabi s.a.w dan gugur syahid dalam Perang Al-Yamamah. 
  14. Abdullah bin Abu Bakar : Putera Abu Bakar as-Siddiq yang menjadi pengingip kegiatan orang Quraisy yang menjejak kehilangan Rasulullah s.a.w dan Abu Bakar. 
  15. Abdullah bin Al-Arqam : Penulis kepada Nabi s.a.w
  16. Abdullah bin Al-Harith : Saudara susuan Rasulullah s.a.w daripada Halimah. 
  17. Abdullah bin Amir : Gabenor Basrah - yang pertama membuat kolam-kolam air di Padang Arafah. 
  18. Abdullah bin Amru @ Abu Jabir : antara 70 orang yang berbai'ah dengan Nabi s.a.w dalam Bai'atul Aqabah yang kedua. Syahid dalam Perang Uhud. 
  19. Abdullah bin Amru bin Al-As : seorang yang akan berada dibarisan hadapan ketika peperangan dan apabila perang selesai, dia ditemui beribadah dalam masjid. Beliau telah meriwayatkan 700 hadis Nabi s.a.w. 
  20. Abdullah bin Amr bin Haram : Salah seorang di kalangan 70 orang Ansar yang membai'at Rasulullah s.a.w. Beliau gugur syahid dalam perang Uhud. 
  21. Abdullah bin Arqat : Jurupandu Rasulullah s.a.w ketika hijrah ke Madinah bersama Saidina Abu Bakar r.a. 
  22. Abdullah bin Hudhafah al-Sahmi : Utusan Rasulullah s.a.w kepada Kisra Maharaja Parsi. 
  23. Abdullah bin Jabir : Ketua Batalion Memanah di Bukit Uhud. antara syuhada yang gugur syahid dalam Perang Uhud.
  24. Abdullah bin Jahay : saudara susuan Rasulullah s.a.w dari Tsuwaibah. 
  25. Abdullah bin Jahsy : Sepupu Nabi s.a.w. Adik perempuan beliau Zainab binti Jahsy adalah Isteri Rasulullah s.a.w. Beliau antara tentera Islam yang gugur syahid dalam Perang Uhud. 
  26. Abdullah bin Mas'ud : sahabat yang paling baik bacaan Al-Quran. Beliau berjaya menebas leher Abu Jahal dalam Perang Uhud sebelum  Mu'az berjaya membunuhnya. Beliau telah meriwayatkan sebanyak 848 hadis dari Nabi s.a.w. 
  27. Abdullah bin Mughaffal : sahabat Nabi s.a.w, antara yang menyertai Bai'atur Ridhwan. 
  28. Abdullah bin Rawahah : salah seorang dari Rombongan Madinah yang berbai'ah dengan Rasulullah s.a.w. Beliau adalah yang mula-mula menyambut Rasulullah s.a.w ketika Baginda tiba di Madinah semasa Hijrah. Beliau Syahid dalam Perang Mut'ah ketika menentang Tentera Rom. 
  29. Abdullah bin Sa'ad : Penunggang Kuda Quraisy yang sangat Masyur. Beliau adalah salah seorang juru tulis wahyu Nabi s.a.w. Beliau berjaya membebaskan Afrika, Cyprus dan memerangi angkatan laut Romawi. 
  30. Abdullah bin Sahl : pahlawan Islam yang gugur syahid dalam Perang Khandaq. 
  31. Abdullah bin Salam : pendeta Yahudi yang nama asalnya adalah Mu'ammar bin Sulaim. Nama Abdullah bin Salam diberi oleh Rasulullah s.a.w. Beliau telah meriwayatkan sebanyak 25 hadis dari Nabi s.a.w. 
  32. Abdullah bin Salamah : antara syuhada yang gugur syahid dalam Perang Uhud.
  33. Abdullah bin Sarjis al-Muzani : sahabat Rasulullah s.a.w yang menetap di Basrah. 
  34. Abdullah bin Ubay Ibn Salul : Bapa Munafik, seorang Yahudi yang menganut Islam tetapi berniat untuk menghancurkan Islam dari dalam. 
  35. Abdullah  bin Umair : sahabat yang menolak jawatan pemimpin. Telah meriwayatkan 2630 hadis dari Nabi s.a.w dan merupakan sahabat yang terakhir meninggal di Mekah pada tahun 73 H. 
  36. Abdullah bin Umar : anak kedua Saidina Umar al-Khattab. Termasuk orang yang paling banyak meriwayatkan hadis selepas Abu Hurairah r.a. iaitu sebanyak 2,630 hadis. 
  37. Abdullah bin Ummi Maktun : salah seorang muazin Rasulullah s.a.w. Beliau seorang yang buta dan ayat pertama Surah Abasa diturunkan yang menegur Nabi s.a.w kerana tidak mengindahkan soalan Abdullah. Beliau syahid dalam Pertempuran Al-Qadisiyyah. 
  38. Abdullah bin Unais : Ahli Perjanjian Aqabah dan Perang Uhud. 
  39. Abdullah bin Uthman : cucu Rasulullah s.a.w - anak kepada Ruqayyah dengan Saidina Uthman bin Affan r.a. 
  40. Abdullah bin Zaid : anak lelaki kepada Nusaibah bt Ka'ab. Beliau gugur dalam peperangan menentang KhalifahYazid bin Mu'awiyah.
  41. Abdullah bin Zubair : anak kepada Zubair bin Awwam dan Asma binti Abu Bakar. Seorang pahlawan yang hebat dan berani. Terkorban dalam peperangan menentang Kerajaan Bani Ummaiyyah. Beliau telah meriwayatkan 32 hadis dari Nabi s.a.w. Beliau mengetuai Pasukan Pemanah di Jabal Ruman semasa Perang Uhud dan gugur syahid. 
  42. Abu Abdilah al-Arqam bin Abi al-Arqam : antara yang terawal memeluk Islam. Rumah beliau yang terletak di Bukit Safa menjadi tempat umat Islam mendalami Agama Islam secara rahsia. 
  43. Abu Abdullah al-Amiri Jabir dan Samurah : Sahabat Nabi s.a.w dan Panglima Perang yang handal. 
  44. Abu Aiman, Maula Amru bin Hadidah : antara syuhada yang gugur syahid dalam Perang Uhud.
  45. Abu Aiman , Maula Amru bin Al-Jamuh : antara syuhada yang gugur syahid dalam Perang Uhud.
  46. Abu al-Abbas Sahl bin Saad al-Ansari : Meriwayatkan 188 hadis, beliau berusia 15 tahun ketika Rasulullah s.a.w wafat. 
  47. Abu Amir Ar Rahid : Pemimpin golongan munafik dari puak Khazraj di zaman Rasulullah s.a.w.
  48. Abu Ayub Al-Ansari @ Khalid bin az-Zaid :Salah seorang dikalangan 70 orang Ansar yang turut serta dalam Bai'at Aqabah II.  Ketika Rasulullah s.a.w tiba di Madinah, Baginda telah menumpang di rumah Abu Ayub selama 7 bulan sebelum rumah baginda siap dibina. Gugur syahid di Konstatinopel dan dikebumikan di sana. Beliau telah meriwayatkan 155 hadis dari Nabi s.a.w. 
  49. Abu Bakar as-Siddiq : Sahabat Rasulullah s.a.w yang paling rapat dan juga Khalifah Islam yang pertama. Lelaki yang pertama memeluk Islam. Dikebumikan bersebelahan maqam Rasulullah s.a.w di Masjid Nabawi, Madinah. Beliau meriwatkan 142 hadis dari Rasulullah s.a.w. 
  50. Abu Darda' : Mukbiran bin Zaid bin Qais. sahabat yang bijak dalam mengungkapkan kata-kata hikmah. Turut serta dalam beberapa peperangan bersama Rasulullah s.a.w.Salah seorang sahabat yang hafal al-Quran. Beliau telah meriwayatkan 179 hadis dari Nabi s.a.w. 
  51. Abu Dujanah : Nama sebenar Sammak bin Kharsyah Al-Khazraji. Dalam Perang Uhud, dia berperang dengan Pedang milik Rasulullah s.a.w. Beliau gugur syahid dalam Perang Yamamah pada tahun 11 H. 
  52. Abu Juhaifah : nama sebenar Wahab as-Sawa' - perawi hadis yang kuat hafalannya dan dapat dipercayai. 
  53. Abu Dzar Al-Ghifari : perawi hadis Rasulullah s.a.w. Orang pertama yang mengucapkan salam kepada Rasulullah s.a.w dengan ucapan "Assalamu' alaikum". Beliau telah meriwayatkan 281 hadis dari Nabi s.a.w.
  54. Abu Fakihah - antara umat Islam yang diseksa oleh orang Quraisy ketika awal Islam. 
  55. Abi Habbah bin Umair : antara syuhada yang gugur syahid dalam Perang Uhud.
  56. Abu Haithani bin Taihan : seorang petani yang juga seorang pahlawan Islam yang handal di zaman Rasulullah s.a.w.
  57. Abu Aiman Anshari: pahlawan islam yang gugur syahid dalam Perang Uhud. 
  58. Abu al-Haisar : syuhada Perang Uhud. 
  59. Abu Hubbah bin Amru :  pahlawan Islam yang gugur syahid dalam Perang Uhud. 
  60. Abu Hurairah : Nama penuhnya Abdul Rahman bin Shakhr. Orang yang paling banyak meriwayatkan dan menghafal hadis-hadis Rasulullah s.a.w. Beliau telah meriwayatkan sebanyak 5,374 hadis dari Nabi s.a.w. 
  61. Abu Hurairah bin Al-Harits : antara syuhada yang gugur syahid dalam Perang Uhud.
  62. Abu Huzaifah bin Uthban r.a : Antara yang terawal memeluk Islam bersama isterinya Sahlal binti Suhail. Beliau telah diseksa oleh orang-orang Quraisy dengan berbagai seksaan. Beliau gugur syahid dalam peperangan menetang nabi palsu Musailamah al-Kazzab. 
  63. Abu Maryam al-Hanafi: Sebelum Islam beliau telah membunuh Zaid bin Khattab r.a. saudara kepada Saidina Umar bin Khattab r.a. dalam satu peperangan. 
  64. Abu Musa Al-Ansya'ari : antara 4 orang Qadi atau hakim dizaman Rasulullah s.a.w. Telah meriwayatkan 355 hadis Rasulullah s.a.w. 
  65. Abu Qais bin al-Aslat : Pemimpin Kaum Aus di Madinah yang memeluk agama Islam selepas hijrah Nabi s.a.w ke Madinah. 
  66. Abu Qatadah Harith bin Rib'i : Pakar Tentera Berkuda terlibat dalam Perang Uhud. 
  67. Abu Rimtsah at-Taymi : Sahabat Nabi s.a.w. 
  68. Abu Sa'id al-Khudri : sahabat dari kalangan Ansar Madinah. Beliau telah meriwayatkan sebanyak 1170 hadith. Ayahnya Malik bin Sinan gugur syahid dalam Perang Uhud. 
  69. Abu Saad Khaitsamah bin Khaitsamah : antara syuhada yang gugur syahid dalam Perang Uhud.
  70. Abu Said Abdullah bin Mughaffal : Pernah ikut serta dalam Bai'ah Syarah ar-Ridhwan. Meriwayatkan 43 hadis Nabi. 
  71. Abu Said al-Khudri : nama sebenar Saad bin Malik bin Sinan al-Khudri. Sahabat Nabi dari golongan Ansar dari suku Khazraj. Turut menghadiri Bai'ah Syajarah ar-Ridhwan di Hudaibiyyah pada tahun 6H. Beliau meriwayatkan sebanyak 1,170 hadis dan telah mengikuti lebih dari 12 peperangan. Meninggal di Madinah pada tahun 74H. 
  72. Abu Salamah Abdullah bin Abdul Asad Al-Makhzumi : saudara susuan Rasulullah s.a.w dari Thuwaibah. Termasuk yang terawal memeluk Islam. Turut sama dalam pertempuran Uhud dimana beliau mengalami cedera yang teruk. Beliau meninggal dunia akibat luka tersebut selepas Perang. Rasulullah s.a.w menikahi balunya Ummu Salamah r.a. 
  73. Abu Sinan bin Mahshan: pahlawan Islam yang gugur syahid dalam Perang Bani Quraizha. 
  74. Abu Sufiyan bin al-Harits : antara syuhada yang gugur syahid dalam Perang Uhud.
  75. Abu Sufiyan bin Harb  : sepupu Nabi s.a.w. Orang yang paling kuat menentang Rasulullah s.a.w disamping Abu Lahab. Beliau akhirnya memeluk Islam sewaktu pembukaan Kota Mekkah. Rasulullah s.a.w pernah mengatakan bahawa beliau adalah ketua Pemuda di Syurga. 
  76. Abu Talhah : Nama lengkap Zaid bin Sahl bin Aswad Al-Ansari. Seorang pemanah yang ulung di zaman Nabi. Ketika Nabi s.a.w wafat, beliau ialah orang yang menggali kubur Nabi sendiri. Telah meriwayatkan 25 hadis dari Nabi s.a.w. Syahid di Lautan ketika berangkat menuju medan Perang di zaman Khalifah Uthman bin Affan. 
  77. Abu Thufail : nama sebenar Amir bin Watsilah al-Laitsi al-Kina'iy. Antara sahabat yang terakhir meninggal dunia di Mekkah pada tahun 110 Hijrah. 
  78. Abu Ubaidah bin Al-Jarrah : antara yang terawal memeluk Islam. Antara 10 sahabat yang dijamin syurga. Orang yang paling amanah. Beliau telah membunuh anaknya sendiri yang menentang Islam dalam peperangan Badar. Beliau meriwayatkan 14 hadis dari Nabi s.a.w. 
  79. Abu Ubaidah al-Tsaqafi : Panglima Tentera Islam yang terkorban di Iraq. 
  80. Abu Umamah al-Bahili : Sahabat Rasulullah s.a.w yang sangat terkenal terutama di Syam. Meriwayatkan 250 hadis Rasulullah s.a.w. Beliau adalah sahabat yang paling akhir meninggal di Syra pada tahun 81H. 
  81. Abu Umarah Bara' bin Azib al-Ansari: sahabat Nabi, ikut serta dalam Perang Uhud dan lain-lain peperangan. Meriwayatkan 305 hadis. 
  82. Abu Walid Ubadah bin Shamit al-Ansari : sahabat Nabi s.a.w yang paling tua. Ikut serta bersama Nabi dalam Perang Badar dan peperangan yang lain. Meriwayatkan 181 hadis. 
  83. Abul As ibn ar-Rabiah : berkahwin dengan Zainab binti Muhammad (anak perempuan Rasulullah s.a.w.). Dia menjadi tawanan pihak Muslim dalam Perang Badar, dimana Zainab menebusnya dengan kalung ibunya Siti Khadijah. Setelah Abul As memeluk Islam, Rasulullah s.a.w mengembalikan anak baginda, Zainab kepada Abul As. 
  84. Adi ibn Hatim : asalnya beragama Kristian dan memusuhi Islam selama hampir 20 tahun. Setelah memeluk Islam, beliau terlibat dalam beberapa peperangan menentang Musuh Islam. Beliau juga ditakdirkan oleh Allah s.w.t dapat melihat 2 daripada 3 mukjizat Nabi s.a.w. Beliau telah meriwayatkan 66 hadis dari Rasulullah s.a.w. 
  85. Ahnaf bin Qais : Pemimpin Bani Tamim
  86. Aiman bin Abid : pembantu Rasulullah s.a.w.
  87. Ali bin Abi Talib r.a. : Khalifah Islam ke 4 dan juga sepupu Rasulullah s.a.w. Kanak-kanak yang pertama memeluk Islam. Terkenal dengan keberanian dan ketangkasannya dalam peperangan. Meriwayatkan 586 hadis Rasulullah s.a.w. 
  88. Al-'Ala Al-Hadrami : berasal dari Hadramaut Yaman. Pernah ditugaskan oleh Rasulullah s.a.w menjadi Gabenor Bahrain. Beliau Muslim pertama mengharungi lautan untuk berperang dan antara sahabat Nabi s.a.w yang mustajab doanya. 
  89. al-Arqam bin Abi al-Arqam al-Makhzumi : antara yang terawal memeluk Islam. Rumahnya dijadikan tempat orang Islam mendalami Agama ketika di awal Islam.
  90. Al-Bara' bin 'Azib : sahabat Rasulullah s.a.w. 
  91. Al-Bara' bin Malik : tentera Islam yang paling gagah dan berani. Saudara kepada Anas bin Malik.Beliau telah gugur syahid dalam peperangan menentang Musailamah bin Al-Kazzab (orang yang mengaku Nabi). 
  92. Al-Haris bin Hisyam : sepupu Ikrimah bin Abu Jahal, memeluk Islam ketika penaklukan Kota Mekah. 
  93. Al-Harith bin Anas : antara syuhada yang gugur syahid dalam Perang Uhud. 
  94. Al-Harith bin Umayr Al-Azdi : sahabat Rasulullah s.a.w - ditangkap dan dipancung oleh Gabenor di Mutah semasa membawa pesanan Rasulullah s.a.w yang menyebabkan berlakukan Peperangan Mutah. 
  95. Al-Hubab bin Al-Munzir : pahlawan Islam di Perang Badar. 
  96. Al-Khansa binti Umar : Ibu para Syuhada. Seorang wanita yang tabah, 4 anaknya gugur syahid dalam pertempuran, namun beliau tabah dan redha dengan ketentuan Allah s.w.t. 
  97. Al-Mujdar bin Zaid : antara syuhada yang gugur syahid dalam Perang Uhud.
  98. Al-Mughirah bin Syu'bah : Penulis Rasulullah s.a.w
  99. Al-Sakran bin Amru: suami kepada Saudah binti Zam'ah. Selepas Al-Sakran meninggal dunia, Rasulullah s.a.w telah melamar Saudah. 
  100. al-Mut'im bin Adiy : antara orang Quraisy yang melindungi Rasulullah s.a.w walaupun dia bukan Islam. Rasulullah tidak lupa jasa Al-Mut'im kepada baginda. 
  101. Ali bin Abi Al-Ash : cucu Rasulullah s.a.w. anak kepada Zainab. Ketika Pembukaan Mekah, dia menaiki unta bersama Rasulullah s.a.w. Meninggal ketika hampir baligh. 
  102. Amah binti Khalid : Lahir di Habsyah ketika kedua ibubapanya yang pertama berhijrah ke Habsyah. Isteri kepada Zubair bin Awwam. 
  103. Amar bin Thabit : pahlawan Islam yang gugur syahid sejurus dia mengucapkan syahadah. Rasulullah saw mengatakan istimewanya Amar ini ialah kerana dia masuk syurga sedangkan dia tidak pernah bersolat sekalipun kepada Allah. 
  104. Aminah binti Abi Qays Al-Ghifari : antara jururawat Islam yang merawat tentera-tentera Islam di medan pertempuran di zaman Rasulullah s.a.w. 
  105. Aminah binti Qais : antara 21 wanita kumpulan ke 2 berhijrah ke Habsyah. 
  106. Amir bin Fahirah : penulis Rasulullah s.a.w 
  107. Amir bin Fuhairah : Hamba kepada Abu Bakar as-Siddiq yang membantu Rasulullah s.a.w. dan Abu Bakar bersembunyi di Gua Thur. 
  108. Amir bin Hadrami : Pahlawan Islam di zaman Rasulullah s.a.w. 
  109. Amir bin Mukhallid : antara syuhada yang gugur syahid dalam Perang Uhud.
  110. Ammar bin Yasir : antara yang terawal memeluk Islam. Beliau dan keluarganya telah diseksa oleh orang Quraisy, malah ibunya Summayah adalah wanita pertama syahid dalam Islam. Beliau turut serta dalam setiap peperangan bersama Rasulullah s.a.w. Beliau telah meriwayatkan 62 hadis dari Nabi s.a.w. Beliau gugur syahid dalam Perang Siffin. 
  111. Ammarah bin Zayyad : pahlawan Islam yang gugur syahid di Perang Badar. 
  112. Amr bin Ash : Panglima Tentera Islam di zaman Khalifah Abu Bakar as-Siddiq r.a. Antara yang terawal masuk Islam dan diseksa oleh orang-orang Quraisy. 
  113. Amr bin Sa'id: gugur syahid dalam peperangan menentang tentera Rom.. antara yang terawal masuk Islam. 
  114. Amr bin Thufail: Panglima Tentera Islam yang gugur syahid dalam Perang Yarmuk. 
  115. Amru bin Al-As : sebelum memeluk Islam, pernah diutus oleh Abu Jahal ke Habyah untuk mengambil kembali orang Islam yang berhijrah ke sana. Setelah memeluk Islam bersama Khalid Ibn Walid , beliau diutus ke Mesir untuk membebaskan Mesir daripada Rom dan Parsi. Beliau dikenali sebagai "Pembebas Mesir". Beliau telah meriwayatkan 39 hadis dari Nabi s.a.w. 
  116. Amru bin Iyas : antara syuhada yang gugur syahid dalam Perang Uhud.
  117. Amru bin Jamuh : seorang yang telah lanjut usia dan cacat kaki yang gugur syahid dalam Peperangan Uhud. 
  118. Amru bin Mu'az : antara yang gugur syahid dalam Perang Uhud. Saudara kepada Saad bin Mu'az. 
  119. Amru bin Muthraf' Alqamah : antara syuhada yang gugur syahid dalam Perang Uhud.
  120. Amru bin Tsabit : antara syuhada yang gugur syahid dalam Perang Uhud.
  121. Amru bin Qais : antara syuhada yang gugur syahid dalam Perang Uhud.
  122. An-Nuayman Bin Amr : penduduk Madinah dikalangan kaum Ansar. Sahabat Nabi s.a.w yang suka bergurau. Turut serta dalam Perang Badar, Uhud, Khandaq dan lain-lain perang yang utama. 
  123. Anas bin An-Nadhri : antara syuhada yang gugur syahid dalam Perang Uhud.
  124. Anas bin Aus : pahlawan Islam yang gugur syahid dalam Perang Khandaq. 
  125. Anas bin Malik : pembantu Rasulullah s.a.w. Beliau telah meriwayatkan 2,286 hadis dari Nabi s.a.w dan merupakan sahabat yang paling akhir meninggal dunia pada tahun 91H di Basrah.
  126. Anis bin Qatadah : pahlawan Islam yang gugur syahid dalam perang Uhud. 
  127. Anisah binti Al-Harith : saudara susuan Rasulullah s.a.w dengan Halimah as-Sadiah. 
  128. Aqil bin Abi Talib : adik beradik Ja'afar bin Abi Talib dan Ali bin Abi Talib. Beliau menjadi buta kerana terlibat dalam beberapa peperangan. 
  129. Aqil bin Bakir : Pahlawan Islam yang gugur syahid dalam Perang Badar. 
  130. Arqam bin Abi Arqam : Sahabat Nabi saw yang mempergunakan rumahnya sebagai tempat pertemuan Rasulullah saw dengan sahabat-sahabat Baginda di Mekah.
  131. Ar-Rubai binti An-Nadhr : antara wanita yang terawal memeluk Islam. Ibu kepada Anas bin Malik
  132. Arwa binti Kuraiz : Ibu kepada Khalifah Uthman bin Affan. Serikandi Islam yang terkenal dengan sifat dermawan, murah hati dan menghormati orang lain. 
  133. Arwaa binti Abdul Muttalib : ibu saudara Rasulullah s.a.w. Beliau paling kuat membela Rasulullah s.a.w. dengan lisannya. 
  134. Arfaja al-Bariqi : berasal dari Yaman memeluk Islam di zaman Rasulullah s.a.w. 
  135. As'ad bin Zurarah : anak muda Yathrib yang menyebarkan Risalah Islam kepada Penduduk Madinah. 
  136. Ashim bin Amr - Ketua Pasukan Pemusnah Islam yang dilantik oleh Saad bin Abi Waqqas.
  137. Asim bin Abu' Auf : Pahlawan Islam yang gugur syahid dalam Perang Badar. 
  138. Asim bin Adi : Pahlawan Islam Perang Uhud. Menjadi wakil Nabi di Quba. 
  139. Asim bin Tsabit : Pahlawan Islam yang telah berjaya membunuh Uqbah bin Abu Mu'it dalam Perang Uhud. 
  140. Asla' bin Syarik : pembantu dan teman dalam perjalanan Rasulullah s.a.w. 
  141. Asma' binti Abu Bakar : anak kepada Saidina Abu Bakar as-Siddiq. Beliau banyak berjasa kepada Rasulullah s.a.w dan bapanya semasa baginda dan Abu Bakar berhijrah ke Madinah dan bersembunyi di Gua Thur dengan membawa bekalan makanan kepada mereka. Ketika itu beliau sedang sarat mengandung. Beliau telah meriwayatkan 56 hadis dari Nabi s.a.w. 
  142. Asma binti Salamah : antara 21 wanita kumpulan ke 2 berhijrah ke Habsyah. 
  143. Asma' binti Umais Al-Khas'amiah : antara yang terawal memeluk Islam. Isteri kepada Ja' afar bin Abi Talib dan bersama suaminya berhijrah ke Habsyah.  Beliau telah meriwayatkan 60 hadis dari Nabi s.a.w. 
  144. Asma binti Yazid : antara wanita yang terawal menerima Islam dikalangan kaum Ansar. Juga antara wanita Muslimah yang paling banyak meriwayatkan hadis. Pernah membunuh 9 tentera musuh Islam dengan hanya menggunakan tiang khemah. Beliau telah meriwayatkan 80 hadis dari Nabi s.a.w. 
  145. Asy' Syifa binti Abdullah : Berhijrah bersama Rasulullah s.a.w ke Madinah. Salah seorang perawi Hadis Nabi. 
  146. Asy-Syifa binti Abdul Rahman : Bidan Rasulullah s.a.w.
  147. At-Tufail Ibn Amr ad-Dawsi : Bangsawan Arab yang terkemuka. Gugur syahid dalam Perang Yamamah. 
  148. Atikah binti Abdul Muttalib : ibu saudara Nabi s.a.w dan juga ibu kepada Ummu Salamah (isteri Nabi s.a.w.). Beliau memiliki keistimewaan boleh mentafsir mimpi. 
  149. Atiqah binti Zaid : Adik kepada Said bin Zaid. Pernah menjadi Isteri kepada beberapa sahabat Nabi s.a.w antaranya Abdullah bin Abu Bakar, Saidina Ummar Al-Khattab, Zubair bin Awwam dan Ali bin Abi Talib. 
  150. Aus bin Al-Arqam : antara syuhada yang gugur syahid dalam Perang Uhud.
  151. Aus bin Tsabit : antara syuhada yang gugur syahid dalam Perang Uhud.
  152. Auf bin Harts : Pemuda Ansar yang turut sama dalam Perang Badar. Beliau adalah tentera Islam yang ke 4 gugur syahid. 
  153. Awais Al- Qarni : Seorang hamba Allah yang tidak dikenali oleh penduduk dunia tetapi besar kedudukannya di sisi penduduk langit kerana ketinggian taqwanya kepada Allah swt. 
  154. Awn bin al-Harith : anak muda Yathrib yang menyebarkan Risalah Islam kepada Penduduk Madinah.
  155. Awwas bin Mughairah Al-Jamhi @ Abu Mahzurah : Muazin Rasulullah s.a.w di Mekkah. 
  156. Ayas bin Aus : Pahlawan Islam yang gugur syahid dalam Perang Uhud. 
  157. Ayyasy bin Abi Rubai'ah : Saudara seibu dengan Abu Jahal. Termasuk yang terawal memeluk Islam. 
  158. Az-Zabarqan bin Badar : Pegawai kepada Nabi s.a.w. 
  159. Azdah binti Haris : Muslimah yang menyertai peperangan dan banyak memperolehi kemenangan. 
  160. Bara' bin Ma'rur : Pemimpin Bani Salamah yang berbaiah dengan Nabi. 
  161. Barakah binti Tha'labah @Ummu Aiman : Pengasuh Rasulullah s.a.w. Baginda amat menyayangi Ummu Aiman dan menganggapnya seperti ibu baginda sendiri. Beliau adalah ibu kepada Usamah bin Zaid. 
  162. Barakah binti Yasar : antara 21 wanita kumpulan ke 2 berhijrah ke Habsyah. 
  163. Bazan bin Sasan : Gabenor Yang pertama. Beliau adalah juga orang yang pertama di utus oleh Nabi s.a.w menjadi Gabenor. 
  164. Bilal bin al-Hariths al-Muzani :Sahabat Nabi s.a.w. , penjaga Baitulmal pada zaman Saidina Umar. 
  165. Bilal bin Rabah : Muazin pertama dalam Islam. Beliau antara umat Islam yang paling teruk diseksa oleh pihak Quraisy.  Perkataan "Bilal" sehingga kini digunakan untuk para jura azan di Masjid. Beliau telah meriwayatkan 44 hadis dari Nabi s.a.w. 
  166. Buraidah bin al-Hushaib : sahabat Rasulullah s.a.w yang memeluk Islam sebelum Perang Badar tetapi tidak sempat menyertai peperangan tersebut. 
  167. Dhuba'ah binti Zubair : Sepupu Rasulullah s.a.w. Bernikah dengan pelopor Pasukan Berkuda Islam iaitu Miqdad bin Amr. 
  168. Dhurar bin Azwar : Pahlawan Islam di zaman Rasulullah s.a.w. 
  169. Dihyah ibnu al-Khalifatu al-Kalbiy : sahabat Rasulullah s.a.w yang turut menyertai Perang Badar. Beliau adalah utusan Rasulullah s.a.w bertemu dengan Heraclius diHimish. Kadangkala malaikat Jibril datang menemui Rasulullah s.a.w menyerupai Dihyah. 
  170. Dimad al-Azdiy : seorang yang pandai menjampi. Beliau asalnya berjumpa Rasulullah s.a.w untuk menjampi Baginda. Tapi akhirnya memeluk Islam setelah mendengar kata-kata Rasulullah s.a.w. 
  171. Durrah binti Abu Lahab : anak kepada Abu Lahab. Berhijrah bersama Nabi s.a.w ke Madinah. 
  172. Dzakwan bin Abdu Qais: antara syuhada yang gugur syahid dalam Perang Uhud.
  173. Fahitah binti Abi Thalib : antara yang paling banyak meriwayatkan hadis Rasulullah s.a.w. 
  174. Fairuz Ad-Dailami : pemuda berketurunan Arab-Parsi. Beliau telah membunuh seorang Nabi palsu bernama Aswad Al-Ansi. 
  175. Fari'ah binti Abi Shalt : Memeluk Islam selepas penaklukan kota Thaif. 
  176. Fariah binti Abu Sufyan : Saudara perempuan kepada Ramlah binti Abu Sufyan (Ummul Mukminin). Isteri kepada Abdullah Bin Jahsy (saudara lelaki kepada Zainab binti Jahsy isteri Nabi s.a.w). Termasuk kumpulan ke 2 berhijrah ke Habsyah. 
  177. Fatimah binti Al-Khattab : adik kepada Saidina Umar Al-Khattab dan isteri kepada Sa'id bin Zaid (antara 10 yang dijamin syurga). Fatimah adalah diantara yang terawal memeluk Islam. Saidina Umar memeluk Islam setelah mendengar beliau dan suaminya membaca Al-Quran (surah Thahaa). 
  178. Fatimah binti Al-Qamah : antara 21 wanita kumpulan ke 2 berhijrah ke Habsyah. 
  179. Fatimah binti Assad : ibu kepada Saidina Ali bin Abi Talib r.a. Pernah menjadi pengasuh Rasulullah s.a.w. dan Nabi menganggap beliau seperti ibunya sendiri. Meriwayatkan 46 hadis Rasulullah s.a.w. 
  180. Fatimah binti Mujallil : antara 21 wanita kumpulan ke 2 berhijrah ke Habsyah. 
  181. Fatimah binti Qais : Isteri Usamah binti Zaid, antara perawi hadis Rasulullah s.a.w. Beliau termasuk rombongan yang pertama berhijrah. 
  182. Fatimah binti Shafwan : antara 21 wanita kumpulan ke 2 berhijrah ke Habsyah. 
  183. Fatimah binti Utbah : Saudara Hindun binti Utbah. Termasuk rombongan wanita yang berbaiah di hadapan Rasulullah s.a.w. selepas pembukaan Mekah. 
  184. Fatimah binti Walid : Saudara perempuan kepada Khalid bin Walid. Khalid selalu meminta pendapat Fatimah mengenai beberapa strategi peperangan. 
  185. Fatimah binti Yaman : Mujahidah yang hebat, meriwayatkan beberapa hadis dari Nabi. 
  186. Fukaihah binti Yasar : antara 21 wanita kumpulan ke 2 berhijrah ke Habsyah. 
  187. Furai'ah binti Malik : Sahabiah Nabi s.a.w, yang membenarkan apa yang dijanjikan Allah. Anak perempuan Malik bin Sinan. 
  188. Gazalah al-Haruriah : wanita yang berani dan tangkas. Turut sama berperang dalam beberapa peperangan.
  189. Gaziah binti Jabir : antara yang terawal memeluk Islam. Banyak meriwayatkan hadis. 
  190. Habbab bin Qaizhi : antara syuhada yang gugur syahid dalam Perang Uhud.
  191. Habib bin Yazid : antara syuhada yang gugur syahid dalam Perang Uhud.
  192. Habib bin Zaid : pemegang bendera Islam dalam peperangan bersama Rasulullah s.a.w. Beliau telah dibunuh oleh Musailamah bin Al-Kazzab yang mengaku Nabi. 
  193. Habibah binti Ubaidillah : antara 21 wanita kumpulan ke 2 berhijrah ke Habsyah. 
  194. Habit bin Abi Balta'ah : Wakil / utusan Rasulullah s.a.w. kepada Raja Muqawqis di Mesir. 
  195. Hakim ibn Hazm : salah seorang dari 2 individu yang lahir dalam Kaabah selain Saidina Ali bin Abi Talib r.a. 
  196. Halimah binti Abu Dzu'aib Al-Sa'diah : Ibu susuan Rasulullah s.a.w.
  197. Hamnah binti Jahsy @ Ummu Habibah : sepupu Nabi s.a.w. Beliau turut serta dalam beberapa peperangan bersama Nabi s.a.w. 
  198. Hamnah binti Sufyan : Ibu kepada Saad bin Abi Waqqas
  199. Hamzah bin Abdul Muttalib : Bapa saudara Nabi s.a.w.  Gugur syahid dalam Perang Uhud. 
  200. Hanzalah bin Abu Amir : antara syuhada yang gugur syahid dalam Perang Uhud. Jasadnya dimandikan oleh Malaikat kerana beliau masih berjunub ketika syahid. 
  201. Hanzalah bin Rabi'al Asadi : Penulis Rasulullah s.a.w. 
  202. Haris bin Uthbah: Gugur syahid dalam Perang Uhud bersama bapa saudaranya Wahab bin Qabus. 
  203. Harith bin Abdul Muttalib : Bapa saudara Nabi s.a.w. 
  204. Harith bin Anas : Antara tentera Pemanah di Medan Uhud yang tetap bertahan walaupun sebahagian dari mereka engkar arahan Rasulullah s.a.w agar bertahan di Bukit Pemanah itu (Jabal Ruman).
  205. Harithah bin Nu'man : Ahli Perang Badar dan Uhud, pernah melihat malaikat Jibrail.
  206. Harits bin Hisham : Bapa Saudara Ikrimah bin Abu Jahal. Beliau gugur syahid di Perang Yarmuk bersama Ikrimah. 
  207. Harits bin Udai' : antara syuhada yang gugur syahid dalam Perang Uhud.
  208. Haritsah bin Suraqah : Tentera Islam yang kedua gugur syahid dalam Perang Badar akibat terkena panah sesat seorang tentera Islam. 
  209. Hasan bin Ali : cucu Rasulullah s.a.w. -anak kepada Fatimah az-Zarah dan Saidina Ali bin Abi Talib r.a. Beliau telah meriwayatkan 13 hadis Nabi s.a.w. 
  210. Hasanah Ummu Syarahbil : antara 21 wanita kumpulan ke 2 berhijrah ke Habsyah. 
  211. Hassan bin Thabit : Seorang penyair yang sering mendampingi Rasulullah saw dalam menangkis ejekan musuh-musuh Islam melalui syair. 
  212. Hashim bin Abdul Manaf - Datuk Rasulullah s.a.w.
  213. Hashim bin Utbah : anak saudara Saad bin Abi Waqqas. Turut serta dalam beberapa peperangan setelah kewafatan Rasulullah s.a.w. 
  214. Hasil bin Jahir: Pahlawan Islam yang agak berumur yang menyertai Perang Uhud. 
  215. Hawa binti Yazid bin As-Sakan : antara wanita pertama berbaiat dengan Rasulullah s.a.w. 
  216. Hind bin Abi Halah : anak tiri Rasulullah s.a.w. (anak Siti Khadijah dengan suaminya yang dahulu). Beliau termasuk orang yang paling banyak menceritakan sifat Rasulullah s.a.w.  
  217. Hind binti Atiq : anak tiri Rasulullah s.a.w. (anak Siti Khadijah dengan suaminya yang dahulu).
  218. Hindun bt Abu Umayyah: isteri Abu Salamah yang ikut berhijrah bersama suaminya ke Habsyah. 
  219. Hindun binti Amr : Wanita yang tabah ditinggalkan keluarganya. 
  220. Hindun binti Utbah : isteri Abu Sufiyan bin Harb, pemimpin Musyirikan Quraisy sebelum memeluk Islam. Beliau dikatakan pernah memamah hati Saidina Hamzah bin Abdul Muttalib dalam Perang Uhud kerana dendamnya kepada Hamzah yang telah membunuh ayah dan saudaranya dalam Perang Badar. Setelah memeluk Islam, beliau turut terlibat dalam beberapa peperangan melawan musuh Islam dan turut membakar semangat tentera Muslimin.
  221. Hisyam bin Ash : Antara sahabat Rasulullah s.a.w yang terawal masuk Islam dan diseksa oleh bapa dan abang dengan berbagai seksaan.  
  222. Hubab bin Munzir : Ketua suku Aus yang turut berperang di Uhud. 
  223. Hubaib bin Zaid : anak lelaki Nusaibah bt Ka'ab. Beliau telah dibunuh oleh Nabi Palsu Musailamah al-Kazzab al-Hanafi ketika ditugaskan menghantar surat kepada Musailamah. 
  224. Hudhayfah al-Bariqi : sahabat Nabi s.a.w dari Yaman. Panglima tentera Islam yang menentang Tentera Parsi. 
  225. Humaydah al-Bariqi : sahabat Nabi s.a.w. Beliau mengetuai tentera Islam berjaya melumpuhkan seluruh  angkatan Tentera Parsi. 
  226. Husail bin Jabir : Seorang yang telah berusia tua dan terlalu inginkan syahid, beliau akhirnya gugur syahid dalam Perang Uhud.
  227. Husein bin Ali bin Abi Talib: Cucu Rasulullah s.a.w Penghulu pemuda penghuni syurga. Syahid dalam peristiwa Karbala pada tahun 61H.
  228. Huzaifah bin al-Harith : saudara susuan Rasulullah s.a.w  daripada Halimah. 
  229. Huzaifah bin Al-Yamani : pemegang rahsia Rasulullah s.a.w dan juga menjadi perisik Nabi s.a.w. Beliau telah meriwayatkan 225 hadis dari Nabi s.a.w. 
  230. Hujaimah binti Huyyai @ Ummu Darda : isteri Abu Darda' . Seorang yang faqih ilmu agamanya dan juga perawi hadis Nabi. 
  231. Hussin bin Ali : cucu Rasulullah s.a.w, anak kepada Fatimah. 
  232. Ibad bin Basyar : menjaga Rasulullah s.a.w dan tentera Islam semasa peperangan. 
  233. Ibnu Abbas : Nama sebenar Abdullah bin Abbas, anak kepada Abbas bin Abdul Muthalib iaitu bapa saudara Nabi s.a.w. Sahabat kelima yang banyak meriwayatkan hadis selepas Saidatina Aisyah r.a.  iaitu sebanyak 1,660 hadis. Meninggal dunia di Taif pada tahun 68H dalam keadaan buta. 
  234. Ibnu Ummi Maktum : Nama penuh Abdullah bin Qais. Seorang sahabat Nabi yang buat dan terkenal berani. Beliau adalah muazin kedua selepas Bilal bin Rabah. Kerana beliau, Rasulullah s.a.w ditegur Allah s.w.t dalam Surah Abasa ayat 1-2. Beliau telah meriwayatkan 3 hadis dari Nabi s.a.w. 
  235. Ikrimah bin Abu Jahal : anak kepada Abu Jahal. Pada awal Islam, beliau adalah musuh ketat orang Islam seperti bapanya. Beliau memeluk Islam sewaktu Pembukaan Kota Mekkah. Ikrimah gugur Syahid dalam Perang Yarmuk menentang tentera Rom Byzantine. 
  236. Imarah bin Ziad : antara syuhada yang gugur syahid dalam Perang Uhud. 
  237. Imran bin Hussain : berbai'ah dengan Nabi s.a.w ketika Perang Khaibar. Salah seorang Ulama di kalangan sahabat. Telah meriwayatkan 130 hadis dari nabi s.a.w. 
  238. Iyas bin Abi Rabi'ah al-Makhzumi al-Quraisy : termasuk sahabat Nabi yang mula-mula masuk Islam. Ketika berhijrah ke Madinah, beliau ditahan oleh Abu Jahal dan Harits bin Hisyam dibawa kembali ke Mekah dan diseksa. Rasulullah s.a.w membacakan doa qunut untuk beliau dan yang lain-lain. 
  239. Iyas bin Aus : antara syuhada yang gugur syahid dalam Perang Uhud.
  240. Iyas bin Mu'adh : tokoh yang menyebarkan Islam di Madinah di zaman Rasulullah s.a.w. 
  241. Iyas bin udai : antara syuhada yang gugur syahid dalam Perang Uhud.
  242. Iyasy bin Abu Rabi'ah : antara sahabat Nabi yang terawal masuk Islam dan diseksa oleh orang-orang Quraisy. 
  243. Ja'afar bin Abi Talib : Sahabat yang memimpin rombongan Islam berhijrah ke Habsyah. Salah seorang Panglima Tentera Islam. Beliau gugur syahid dalam Perang Mut'ah ketika menentang tentera Rom.
  244. Jabir bin Abdullah : anak muda Yathrib yang menyebarkan Risalah Islam kepada Penduduk Madinah.
  245. Jabir bin Samurah : beliau dan ayahnya adalah sahabat Rasulullah s.a.w.  
  246. Julaibib : berasal dari Madinah. Sifat fizikalnya yang rendah dan tidak menarik menyebabkan beliau kurang dikenali. Namun Julaibib adalah sahabat Rasulullah s.a.w yang amat disayangi oleh baginda. Nabi sendiri telah melamar seorang gadis untuk Julaibib. Beliau gugur syahid dalam satu pertempuran setelah berjaya membunuh 7 orang musyrikin. 
  247. Jumanah bin Abi Talib : sepupu Nabi s.a.w.
  248. Juwairiah binti Abu Sofyan : Sahabiyah dan pejuang wanita yang turut menggempur musuh Islam dalam Perang Yarmuk. \
  249. Ka'ab bin Amru : Ahli Perang Badar dan Uhud. 
  250. Ka'ab bin Malik : Penyair Rasulullah s.a.w. Beliau telah meriwayatkan 80 hadis dari Nabi s.a.w. 
  251. Ka'ab bin Zaid: pahlawan Islam yang gugur syahid dalam Perang Khandaq. 
  252. Ka'ab bin Zuhair : Sahabat Nabi s.a.w dan penyair
  253. Kabsyah binti Rafi' : Ibu para pahlawan Islam. 2 orang anaknya Saad bin Muadz dan Amru bin Muadz gugur syahid di medan pertempuran. 
  254. Khabbab bin Al-Art : antara sahabat yang paling teruk diseksa oleh orang Quraisy sehinggakan dagingnya masak akibat dibakar dengan besi panas. Beliau adalah orangnya yang mengajar Al-Quran kepada Fatimah Al-Khattab (Adik Umar Al-Khattab) ketika Umar datang ke rumah Fatimah. Sahabat yang pertama dikebumikan di Kufah. 
  255. Khairah binti Abu Hadrad Al-Aslami @ Ummu Darda : sahabat wanita yang terkemuka - banyak meriwayatkan hadis Nabi s.a.w. 
  256. Khalid bin Sa'id : antara 5 yang terawal memeluk Islam, turut menyertai rombongan Hijrah ke Habsyah. 
  257. Khalid ibnu Walid : Ketua Angkatan Berkuda Quraisy ketika Perang Uhud yang berjaya menumpaskan tentera Islam yang kucar kacir ketika itu akibat berebut harta rampasan perang. Setelah memeluk Islam, Khalid dilantik menjadi Panglima Tentera Islam dan digelar "Pedang Allah". Dia meriwayatkan 18 hadis dari Nabi s.a.w. Strategi Perang Khalid ibn Walid masih dipelajari di berbagai Universiti di German dan Negara Eropah. 
  258. Khallad bin Sawid: pahlawan Islam yang gugur syahid dalam perang Bani Quraizha. 
  259. Khaitsumah r.a. : Pemimpin Bani Amr bin Auf, gugur syahid di Medan Uhud. 
  260. Khansa' binti Khazam : Antara wanita terawal Madinah memeluk Islam. 
  261. Kharijah bin Abu Suhair: Pahlawan Islam yang gugur dalam Perang Uhud.
  262. Kharijah bin Zaid : antara syuhada yang gugur syahid dalam Perang Uhud.
  263. Khaulah binti Azur : "The Black Rider" - seorang Muslimah yang turut serta bersama tentera Islam di bawah Khalid bin Walid menentang tentera Rom.
  264. Khaulah binti Hakim : isteri kepada Usman bin Maz'un (Muhajirin pertama meninggal dunia di Madinah dan yang pertama dikebumikan di perkuburan Baqi') beliau juga wanita yang mencadangkan kepada Nabi s.a.w untuk menikahi Saudah Binti Zum'ah. 
  265. Khaulah binti Malik : Wanita yang Allah dengar kata-katanya dari langit dan diturunkan ayat Al-Mujadalah ayat 1-2. 
  266. Khaulah binti Tha'labah : pernah berdebat dengan Nabi s.a.w. berkenaan suaminya sehingga turun surah al-Mujadalah ayat  1-2. 
  267. Khawla binti al-Azwar : seorang wanita sahabat Nabi s.a.w yang turut serta dalam Perang Yarmuk menentang tentera Rom Byzantine. Beliau dikatakan memiliki tahap kepahlawanan setaraf Khalid ibn Walid. 
  268. Khubaib bin Adi al-Ansari : Pahlawan Islam yang berani mati. Gugur syahid dalam Perang Badar akibat disula. Sebelum dibunuh oleh pihak Quraisy, beliau telah ditawarkan untuk menggantikan tempatnya dengan Rasulullah s.a.w namun Khubaib enggan kerana sayangnya kepada Rasulullah s.a.w. Beliau adalah orang yang pertama disalib kerana berjuang di jalan Allah dan yang pertama menunaikan solat sunat sebelum dibunuh oleh orang Quraisy. Di Perang Badar juga beliau telah berjaya membunuh seorang pemimpin Quraisy bernama al-Hariths bin Amir bin Naufal. 
  269. Khubair bin Yasaf: Pahlawan Islam yang telah membunuh Umayyah bin Khalaf dalam Perang Uhud. 
  270. Khuzaimah binti Jahm : antara 21 wanita kumpulan ke 2 berhijrah ke Habsyah. 
  271. Laila binti Abi Hatsmah : isteri Amir bin Rabiah, antara wanita pertama berhijrah ke Habsyah dan wanita pertama memasuki kota Madinah semasa Hijrah. 
  272. Laila Al-Ghifariah : sahabiyah yang sering mengikut Rasulullah s.a.w. ke medan perang dan merawat perajurit Islam yang cedera. 
  273. Lailah binti Khatim : wanita yang menawarkan dirinya untuk dinikahi Rasulullah s.a.w namun Rasulullah s.a.w menolaknya. 
  274. Lubabah binti Harith : ibu saudara Nabi s.a.w. Merupakan wanita kedua memeluk Islam sejurus selepas Siti Khadijah. 
  275. Ma'abad bin Wahab: suami Hurairah bt Zam'ah, adik Ummul Mukminin Saudah bt Zam'ah. Beliau gugur syahid dalam Perang Badar. 
  276. Ma'an bin Ady : Sahabat Nabi di kalangan kaum Ansar. Ikut serta dalam peperangan bersama Rasulullah s.a.w. Gugur syahid dalam Perang Yamamah. 
  277. Malik bin Dakhsam : Pahlawan Islam yang berjaya membunuh Suhail bin Amru  dalam Perang Uhud. 
  278. Malik bin Iyas : antara syuhada yang gugur syahid dalam Perang Uhud.
  279. Malik bin Sinan : antara syuhada yang gugur syahid dalam Perang Uhud.
  280. Malik bin Tumailah : antara syuhada yang gugur syahid dalam Perang Uhud.
  281. Mihja @ Mujahha Maula Umar bin Khattab : Hamba Sahaya Umar bin Khattab, beliau gugur syahid dalam Perang Badar dan adalah merupakan Tentera Islam yang pertama gugur dalam Perang. 
  282. Miqdad bin Al-Aswad : Sahabat Nabi s.a.w. 
  283. Miqdad bin Amru : antara yang terawal memeluk Islam. Beliau adalah pelopor pasukan Berkuda tentera Islam dalam peperangan. Meriwayatkan 48 hadis dari Nabi s.a.w.
  284. Mu'awiyah bin Abi Sufiyan : orang yang terawal menulis bagi Rasulullah s.a.w. Beliau mengasaskan Kerajaan Bani Umaiyyah. Beliau juga adalah Muslim pertama mengharungi lautan untuk tujuan berperang. Beliau meriwayatkan 130 hadis dari Nabi s.a.w. 
  285. Mu'awiyah bin Harts : Seorang Pemuda Ansar yang turut dalam Perang Badar. 
  286. Muaz bin Amr : Salah seorang dari 70 orang Ansar yang turut serta dalam Bai'at Aqabah II. 
  287. Muaz bin Jabal : sahabat Nabi s.a.w yang paling arif dalam soal Halal dan Haram dan hafal al-Quran. Salah seorang dari 6 sahabat yang mengumpulkan al-Quran. Pemimpin para Ulama di Hari Kiamat nanti. Beliau meriwayatkan 157 hadis dari Nabi s.a.w. 
  288. Muazah binti Abdullah Al-Adawiah : pakar hadis yang banyak meriwayatkan hadis dari Aisyah r.a. dan Ali bin Abi Talib r.a. Termasuk perawi yang mencapai tingkat siqah dan hujjah dalam ilmu hadis. 
  289. Mubasyir bin Adu al-Mundzir : Pahlawan Islam yang gugur syahid dalam Perang Badar. 
  290. Mughirah bin Syu'bah : antara sahabat Rasulullah s.a.w. yang turut serta dalam Perjanjian Hudaibiyah. Dilantik menjadi Gabenor Kufah semasa zaman Mu'awiyah dan merupakan orang yang pertama menyusun pentadbiran di Kota Basrah. Telah meriwayatkan 136 hadis dari Nabi s.a.w. 
  291. Muhammad bin Abi Al-Ash : cucu Rasulullah s.a.w. anak kepada Zainab. 
  292. Muhammad bin Maslamah : Sahabat Rasulullah s.a.w. Ahli Perang Badar. 
  293. Muhammad bin Salamah : menjaga Rasulullah s.a.w ketika Perang Uhud. 
  294. Mujasyi' bin Mas'ud : Panglima Tentera Islam menentang Tentera Parsi. 
  295. Mus'ab bin Umair : golongan bangsawan Quraisy yang memeluk Islam, beliau menjadi duta orang Islam ketika Perjanjian Aqabah. Beliau adalah duta besar Islam yang pertama di Madinah. Beliau telah mengislamkan ramai penduduk Madinah ketika awal Islam. Beliau telah gugur syahid dalam Perang Uhud. 
  296. Mutsanna bin Haritsah : pahlawan Islam yang berani, orang yang pertama menyerang wilayah Persia. 
  297. Nafisah binti Muniyyah - wanita yang menemui Rasulullah s.a.w untuk menyampaikan hasrat Khadijah bt Khuwallid untuk mempersuamikan baginda. 
  298. Nailah binti al-Farafishah : isteri Khalifah Uthman bin Affan r.a. Beliau terputus jarinya ketika cuba menyelamatkan suami dari serangan pemberontak islam. 
  299. Nasibah binti Harits @ Ummu Athiyah Al-Anshariah : banyak meriwayatkan hadis Nabi s.a.w. dan turut serta dalam beberapa peperangan.
  300. Nasibah binti Ka'ab @ Ummu Umarah : berbai'ah kepada Rasulullah s.a.w ketika Bai'ahtul Aqabah yang kedua. Dalam perang Uhud beliau bertindak melindungi Rasulullah s.a.w dari serangan musuh sehingga beliau mengalami kecederaan yang teruk. 
  301. Naufal bin Abdullah : antara syuhada yang gugur syahid dalam Perang Uhud.
  302. Nu'man bin Abd Amr :Syuhada Perang Uhud. 
  303. Nu'man bin Al-Harits : antara syuhada yang gugur syahid dalam Perang Uhud.
  304. Nu'man bin Malik: antara syuhada yang gugur syahid dalam Perang Uhud.
  305. Nu'man ibn Basyir : sahabat Nabi s.a.w dari golongan Ansar. Rasulullah s.a.w pernah mengatakan bahawa beliau kelak akan mati syahid dalam pertempuran. 
  306. Nu'man ibn Muqarrin : ketua suku Bani Muzainah yang memeluk Islam bersama 10 orang saudara lelakinya bersama 400 orang penunggang kuda ketika Nabi s.a.w berada di Madinah. Gugur syahid ketika menentang tentera Parsi. Dia meriwayatkan 6 hadis dari Nabi s.a.w. 
  307. Nusaibah binti Harith @ Ummu Atiyah : seorang wanita yang berani yang turut serta dalam peperangan bersama Rasulullah s.a.w. 
  308. Qa'Qa ibnu Amr : Pemimpin pasukan Berkuda di zaman Rasulullah s.a.w. 
  309. Qais bin Mikhrats : Pahlawan Islam yang gugur syahid dalam Perang Uhud. 
  310. Qais bin Mukhallid : antara syuhada yang gugur syahid dalam Perang Uhud.
  311. Qais bin Sa'ad bin Ubadah : telah diserahkan oleh bapanya (Sa'ad bin Ubadah) untuk menjadi pembantu Nabi s.a.w . Beliau adalah pakar dalam strategi peperangan dan juga panglima perang Islam yang gagah berani. Beliau telah meriwayatkan 16 hadis dari Nabi s.a.w. 
  312. Qailah binti Makhramah : Sahabat wanita. 
  313. Qatilah binti Harits : penyair wanita yang banyak meriwayatkan hadis-hadis Rasulullah s.a.w. 
  314. Qutham bin Abbas : sepupu Rasulullah s.a.w. Orang yang paling mirip dengan Rasulullah s.a.w. Gugur syahid semasa pembukaan Samarqand tahun 55 H. 
  315. Qutailah binti Nadhar : penyair wanita yang hebat dizaman Nabi. 
  316. Qutbah bin Amir : anak muda Yathrib yang menyebarkan Risalah Islam kepada Penduduk Madinah.
  317. Rabayi' binti Mi'waz : Sahabat wanita yang turut Ba'it Al Ridhwan dan turut serta dalam banyak peperangan bersama Rasulullah s.a.w. dimana beliau membantu membawa minuman dan merawat tentera Islam yang cedera. 
  318. Rabiah binti Muawwad : turut serta dalam Bai'at Ridwan. Telah meriwayatkan 21 hadis Nabi s.a.w. 
  319. Rafi' bin Malik m: anak muda Yathrib yang menyebarkan Risalah Islam kepada Penduduk Madinah.
  320. Rafi' bin Mu'la : Pahlawan Islam yang gugur syahid dalam Perang Badar.
  321. Raithah binti Harits : Antara 21 wanita kumpulan ke 2 berhijrah ke Habsyah. 
  322. Raithah binti Munabbih : isteri Amru bin As. Mempelajari Islam daripada anaknya. 
  323. Ramlah binti Abu Auf : Antara 21 wanita kumpulan ke 2 berhijrah ke Habsyah. 
  324. Rasyid Al-Ansari al-Fari : Pahlawan Islam yang turut serta dalam peperang menentang tentera Musyrik. 
  325. Rifa'ah bin Amru : antara syuhada yang gugur syahid dalam Perang Uhud.
  326. Rifa'ah bin Rafi' az-Zurqi :Sahabat Nabi yang pernah menyaksikan Perjanjian Aqabah. Turut menyertai Perang Badar dan perang-perang selepas itu. 
  327. Rifa'ah bin Wahsyi : antara syuhada yang gugur syahid dalam Perang Uhud.
  328. Rifa'ah bin Waqasih : Pahlawan Islam yang agar berumur, turut serta dalam perang Uhud dan gugur syahid. 
  329. Rubayya' binti Muawwiz : Selalu mendampingi perjuangan Rasulullah s.a.w. 
  330. Rufaidah al-Aslamiyah : Jururawat Islam semasa Perang Khandak. 
  331. Rufaidah binti Sa'ad : jururawat Islam pertama. Wanita dari golongan Ansar di Madinah adalah pelopor bidang kejururawatan lebih awal dari Florence Nightingale. Beliau hidup dizaman Rasulullah s.a.w 
  332. Rukanah bin Abdul Aziz : orang yang lawan gusti dengan Rasulullah s.a.w.
  333. Rumaisha binti Milhan : Ibu kepada Anas bin Malik. Turut serta dalam beberapa peperangan seperti Perang Uhud, Perang Hunain dan lain-lain.Beliau memberi minuman dan merawat tentera Islam yang cedera. 
  334. Rumiah Al-Hasanian : Jururawat Muslim yang terulung, memberi banyak sumbangan dalam bidang Kejururawatan Islam. 
  335. Ruqayyah binti Ali : cucu Rasulullah s.a.w , anak kepada Fatimah. 
  336. Saad bin Ar-Rabi' : antara syuhada yang gugur syahid dalam Perang Uhud.Ketika Hijrah, Rasulullah s.a.w telah mempersaudarakan beliau dengan Abdul Rahman bin Auf. 
  337. Sa'ad bin Abi Waqqas : Antara 10 sahabat yang jamin Syurga oleh Rasulullah s.a.w. Beliau adalah yang pertama memanah dalam perang dijalan Allah.  Pernah menjadi tawanan perang Uhud oleh pihak Quraisy dan dibebaskan oleh Rasulullah s.a.w. Meriwayatkan 271 hadis dari Rasulullah s.a.w . Saad adalah sahabat yang terakhir meninggal dari kalangan Muhajirin. 
  338. Sa'ad bin Al-Qaraz : muazin Rasulullah s.a.w di Masjid Quba, Madinah. 
  339. Sa'ad bin Khaitsumah : Pahlawan Islam yang gugur syahid dalam Perang Badar. 
  340. Sa'ad bin Khuzaimah : Pahlawan Islam yang turut serta dalam Perang Badar.
  341. Sa'ad bin Mua'z : pemimpin kaum Aus yang paling banyak membantu kaum Muhajirin Mekkah ketika hijrah umat Islam ke Madinah. Terlibat dalam Perang Badar, Uhud dan Khandaq. Gugur syahid dalam Perang Khandaq pada tahun 5 H. 
  342. Sa'ad bin Ubaidillah : Qari di zaman Nabi s.a.w. dan juga pahlawan Islam yang hebat. Gugur syahid dalam Perang Qadisiah. 
  343. Sa'ad bin Ubadah : Pemimpin Suku Khazrah. Beliau merupakan satu-satunya penduduk Madinah yang diseksa seperti penduduk Mekkah. Beliau telah meriwayatkan 21 hadis dari Nabi s.a.w.
  344. Sa'ib bin Yazid : Sahabat Nabi. Ketika usia 7 tahun, dibawa oleh kedua orang tuanya melaksanakan Haji Wada bersama Nabi Muhammad s.a.w. 
  345. Sa'id bin Amir : Berhijrah bersama Nabi s.a.w ke Madinah. Antara Gabenor yang paling miskin. 
  346. Sa'id bin Suwaid : antara syuhada yang gugur syahid dalam Perang Uhud.
  347. Sa'id bin Zaid : antara sahabat yang dijamin syurga oleh Rasulullah s.a.w. Berkahwin dengan Fatimah bt Al-Khattab. Beliau telah meriwayatkan 48 hadis dari Nabi s.a.w.
  348. Safanah binti Hatim : antara beberapa wanita yang santun dan fasih bertutur kata. 
  349. Safiyah binti Abdul Muttalib : ibu saudara Rasulullah s.a.w. dan juga ibu kepada Zubair bin Awwam. Berhijrah bersama Nabi s.a.w. ke Madinah. Seorang wanita yang berani yang turut serta dalam Perang Uhud. Wanita pertama yang berjaya membunuh musuh Islam dalam Perang Khandak. 
  350. Saffiyyah binti Syaibah : antara sahabiyyah Nabi s.a.w yang banyak meriwayatkan hadis Rasulullah s.a.w. 
  351. Sahal bin Qais : antara syuhada yang gugur syahid dalam Perang Uhud.
  352. Sahl bin Sa'ad : Sahabat Nabi s.a.w yang paling akhir meninggal dunia di Madinah pada tahun 88 Hijrah. 
  353. Sahlah binti Suhail : Isteri Abu Huzaifah bin Uqbah, antara wanita pertama berhijrah ke Habsyah. 
  354. Saifi bin Qhaizi : antara syuhada yang gugur syahid dalam Perang Uhud.
  355. Salim bin Al-Harits : antara syuhada yang gugur syahid dalam Perang Uhud.
  356. Salim bin Umair : Ahli Perjanjian Aqabah dan Badar. 
  357. Salafah binti Saad : Pemegang kunci Kaabah. 
  358. Salim bin Amru : antara syuhada yang gugur syahid dalam Perang Uhud.
  359. Salim bin Harits : antara syuhada yang gugur syahid dalam Perang Uhud. 
  360. Salim Maula Abi Hudzaifah : berasal dari keturunan Persia dan termasuk salah seorang Panglima besar dikalangan sahabat. Beliau gugur syahid dalam Perang Yamamah pada tahun 11 H. 
  361. Salamah bin Akwa' : tentera Pejalan kaki yang paling hebat dan kuat. pernah menghalau tentera Musyrikin keluar dari Madinah seorang diri tanpa menghiraukan keselamatan dirinya. Beliau pernah menyerang Afrika dizaman pemerintahan Khalifah Uthman bin Affan r.a. Beliau telah meriwayatkan 77 hadis dari Nabi s.a.w. 
  362. Salamah bin Hisyam : antara sahabat Nabi s.a.w yang terawal masuk Islam dan diseksa oleh orang-orang Quraisy. 
  363. Salamah bin Tsabit : antara syuhada yang gugur syahid dalam Perang Uhud.
  364. Salman Al-Farisi : sahabat Rasulullah s.a.w yang berasal dari Parsi (Iran). Beliau adalah orang yang memberikan idea supaya menggali parit untuk Perang Khandaq. Beliau telah meriwayatkan 60 hadis dari Nabi s.a.w. 
  365. Saqaf bin Farwah : antara syuhada yang gugur syahid dalam Perang Uhud.
  366. Sawad bin Ghizyah: Tentera Islam dalam Perang Badar yang dipukul diperutnya oleh Rasulullah s.a.w. kerana dia tidak duduk lurus dalam Barisan Tentera Islam.. Sawad meminta balas namun dia mencium perut Nabi agar jika di syahid dia mahu syahid dengan kulitnya bersentuh dengan kulit nabi. 
  367. Shafwan bin Baidha' : Pahlawan Islam yang gugur syahid dalam Perang Badar. 
  368. Shafwan bin Wahab: pahlawan Islam yang gugur syahid dalam Perang Badar. 
  369. Shammas bin Uthman : antara syuhada yang gugur dalam Perang Uhud. 
  370. Subai' bin Hathib : antara syuhada yang gugur syahid dalam Perang Uhud.
  371. Subaiah binti Harits : sahabiyah yang banyak meriwayatkan hadis Nabi s.a.w. 
  372. Suhaib bin Sinan :dikenali dengan Suhaib Ar-Rumi, berasal dari seorang hamba yang menjadi kaya hasil dari perniagaan. Beliau telah melepaskan segala kekayaannya untuk berhijrah ke Madinah. Beliau telah meriwayatkan 307 hadis dari Nabi s.a.w.
  373. Suhail bin Amru : tawanan Tentera Islam dalam Perang Badar. Pernah diutuskan oleh kaum Quraisy untuk bertemu Nabi s.a.w bagi menghalang Umat Islam dari memasuki Mekkah untuk menunaikan umrah ziarah. Beliau memeluk Islam ketika pembukaan Kota Mekkah. 
  374. Suja' bin Wahab r.a. : pahlawan Islam yang gugur syahid dalam Perang Yayamah. 
  375. Sumaira' binti Qais :Wanita Bani Nadhir yang turut serta dibaiah oleh Rasulullah s.a.w. Beliau mempunyai 2 anak yang gugur syahid di Perang Uhud. 
  376. Sumaiyyah binti Khayyat : wanita pertama yang mati syahid dalam Islam. Ibu kepada Ammar bin Yasir. 
  377. Suwad bin Ghaziah : Pahlawan Islam di Perang Badar. Rasulullah s.a.w telah menegurnya kerana beliau terkeluar sedikit daripada barisan tentera Islam dengan memukul perutnya. Suwad meminta balas kepada Nabi dan Nabi mengizinkannya. Suwad mencium perut Nabi kerana menginginkan syahid dengan menyentuh kulit Nabi. 
  378. Suwayd bin Samit : seorang penyair yang handal dari Yathrib, dia memeluk Islam dan gugur dalam Perang Bu'ath. 
  379. Syahar bin Bazan : Gabenor Yaman
  380. Syaddad bin Aus : Pernah dilantik menjadi Gabenor wilayah Himsh oleh Khalifah Umar Al-Khattab r.a. Telah meriwayatkan 50 hadis dari Nabi s.a.w. 
  381. Syaima : saudara susuan Rasulullah s.a.w. , anak kepada Halimahtul Sa'adiah. 
  382. Syammas bin Affan : Pahlawan Islam yang gugur syahid dalam Perang Uhud ketika menjadikan dirinya perisai melindungi Rasulullah s.a.w.
  383. Syifa binti Abdullah Al-Adawiah : sahabiyah yang pandai menulis dan membaca.
  384. Syurahbil bin Hasanah : sahabat Nabi s.a.w dan juga Panglima Tentera Islam.
  385. Talhah bin Ubaidillah : Antara 10 sahabat yang dijamin syurga oleh Nabi s.a.w., sahabat yang sentiasa melindungi Nabi s.a.w ketika Perang Uhud. Beliau telah meriwayatkan 38 hadis dari Nabi s.a.w. Beliau gugur syahid dalam Perang Jamal.
  386. Tamadhir binti Umar @ Khansa' : seorang ibu yang turut serta bersama 4 orang anak lelakinya dalam Perang Al-Qadisiyah menentang tentera Parsi dimana keempat anaknya gugur syahid. 
  387. Thabit bin Qais : Jurucakap Rasulullah s.a.w. Turut serta dalam peperangan bersama Rasulullah s.a.w. Gugur syahid dalam perang Al-Yamamah.
  388. Thauban bin Majdad : Hamba Rasulullah s.a.w. 
  389. Thufail bin Amr : Pemimpin suku Daus yang memeluk Islam dihadapan Rasulullah s.a.w. Anaknya Amr bin Thufail r.a. gugur syahid dalam Perang Yarmuk. 
  390. Thufail bin Nu'man : pahlawan Islam yang gugur syahid dalam Perang Khandaq. 
  391. Thulaihah bin Khuwalid as-Asadi : Panglima Tentera Islam. 
  392. Thuwaibah : Hamba kepada Abu Lahab yang dimerdekakan oleh tuanya semasa kelahiran Rasulullah s.a.w. Beliau juga adalah ibu susuan Rasulullah s.a.w. 
  393. Tsa'labah bin Ghunmah: pahlawan Islam yang gugur syahid dalam Perang Khandaq. 
  394. Tsa' labah bin Sa'ad bin Malik : antara syuhada yang gugur syahid dalam Perang Uhud.
  395. Tsabit bin Akram: Perajurit berkuda di kalangan kaum Ansar di zaman Nabi s.a.w.  Gugur syahid dalam Peperangan Yamamah. 
  396. Tsabit bin Amru bin Qais : antara syuhada yang gugur syahid dalam Perang Uhud.
  397. Tsabit bin Amru bin Zaid : antara syuhada yang gugur syahid dalam Perang Uhud.
  398. Tsabit bin Wahsyi : antara syuhada yang gugur syahid dalam Perang Uhud.
  399. Tsauban bin Bajdad Tsauban : seorang hamba yang dibebaskan oleh Rasulullah s.a.w. 
  400. Tsuaib bin Muqrin: Panglima Tentera Islam menentang Tentera Parsi. 
  401. Tsumamah bin Utsal : Sebelum Islam dia telah membunuh beberapa orang sahabat Nabi s.a.w. sehingga Rasulullah s.a.w menghalalkan darahnya untuk dibunuh. Setelah Islam dia turut serta dalam pertempuran melawan orang yang murtad dan berjaya membunuh Musailamah Al-Kadzdzab. 
  402. Tufail bin Amru Al-Dausi : seorang bangsawan yang turut serta dalam Perang Badar, Uhud, Khandaq dan pembebasan Kota Mekkah. Beliau gugur syahid dalam Perang Yamamah. 
  403. Ubadah bin Al-Hashas : antara syuhada yang gugur syahid dalam Perang Uhud.
  404. Ubadah bin Samit : Utusan kaum Ansar Madinah yang pertama yang pertama datang ke Mekkah untuk berbai'ah dengan Rasulullah s.a.w. Beliau adalah salah seorang dari 5 orang Ansar yang halaf al-Quran. Beliau telah meriwayatkan 181 hadis dari Nabi s.a.w. 
  405. Ubai bin Ka'ab : penulis wahyu dan surat Rasulullah s.a.w. Turut serta dalam beberapa peperangan bersama Rasulullah s.a.w. Meriwayatkan 164 hadis dari Nabi s.a.w. 
  406. Ubaid bin Al-Mu'alla : antara syuhada yang gugur syahid dalam Perang Uhud.
  407. Ubaid bin At-Taihan : antara syuhada yang gugur syahid dalam Perang Uhud.
  408. Ubaid bin Umair : Sahabat Nabi.
  409. Ubaidah bin al-Harith : sepupu Nabi s.a.w. Antara Al-Sabiqun Al-Awwalun, beliau adalah pemegang Panji-Panji Tentera Islam Islam yang pertama di Perang Badar. Gugur Syahid dalam Perang Badar. 
  410. Ubaydah Amir bin al-Jarrah : antara yang terawal memeluk Islam. 
  411. Ukasyah bin Mushshan r.a. : Perajurit berkuda Islam yang hebat. Beliau turut serta dalam semua peperangan yang dipimpin oleh Rasulullah s.a.w. Gugur syahid dalam Perang Yamamah. 
  412. Umainah binti Khalaf : Antara 21 wanita kumpulan ke 2 berhijrah ke Habsyah. 
  413. Umar bin Abi Waqqas : Pahlawan Islam yang gugur syahid di Perang Badar. 
  414. Umar bin Al-Khattab: Khalifah Islam yang kedua. Termasuk sahabat yang paling dikasihi oleh Rasulullah s.a.w. Beliau adalah orang yang pertama menetapkan tahun hijrah sebagai kalendar Islam. Beliau dikebumikan berdekatan maqam Rasulullah s.a.w dan Abu Bakar as Siddiq r.a. di Masjid Nabawi, Madinah. Meriwayatkan 527 hadis daripada Rasulullah s.a.w.
  415. Umar bin Ikrimah : anak Ikrimah bin Abu Jahal. Beliau gugur syahid bersama bapanya di medan perang Yarmuk. 
  416. Umar bin Ma'dikarib : Panglima Tentera Islam menentang Tentera Parsi. 
  417. Umar bin Tsana : Panglima Tentera Islam menentang tentera Parsi. 
  418. Umair bin Abdu-Amru bin Nadhlah : pahlawan Islam yang gugur syahid dalam Perang Badar. 
  419. Umair bin Hammam : Tentera Islam yang ketiga gugur syahid dalam Perang Badar. 
  420. Umair bin Sa'ad : sahabat yang kuat beribadah sehinggakan tidak berpisah dengan Mihrab. Ayahnya ialah Sa'ad Al-Qari (Penghafal al-Quran).Ayahnya gugur syahid dalam Perang Al-Qadisiyah. 
  421. Umair bin Wahab : pernah berniat membunuh Rasulullah s.a.w. Akhirnya memeluk agama Islam kerana merasakan kehebatan Rasulullah s.a.w yang mengetahui niatnya untuk membunuh baginda. 
  422. Umamah binti Abi Al-Ash : cucu Rasulullah s.a.w. , anak kepada Zainab. Ketika kecilnya pernah didukung oleh Rasulullah s.a.w ketika baginda sedang bersolat. 
  423. Umarah binti Sa'ad : antara 21 wanita kumpulan ke 2 berhijrah ke Habsyah. 
  424. Ummu Amir binti Yazid As-Sakar : antara wanita pertama berbaiat dengan Rasulullah s.a.w.
  425. Ummu Ayub Al-Ansariah : isteri kepada Abu Ayub Al-Ansari. Rasulullah s.a.w menumpang dirumah beliau dan suaminya sewaktu baru tiba dari Mekkah, sebelum rumah Nabi s.a.w siap dibina. 
  426. Ummu Basyar binti Bara' : seorang yang faham ilmu Hadis. 
  427. Ummu Habib binti Sa'id : antara 21 wanita kumpulan ke 2 berhijrah ke Habsyah. 
  428. Ummu Habibah binti Abbas : sepupu Nabi s.a.w.
  429. Ummu Habibah binti Abi Sufyan : isteri Ubaidillah bin Jahsy, antara 21 wanita kumpulan ke 2 berhijrah ke Habsyah. 
  430. Ummu Hakam binti Zubair : sepupu Nabi s.a.w. salah seorang perawi Hadis Nabi. 
  431. Ummu Hakim binti Al-Harith : isteri kepada Ikrimah bin Abu Jahal. Pernah menyertai peperangan bersama suaminya Ikrimah menentang tentera Rom dimana suaminya Ikrimah gugur syahid. 
  432. Ummu Hani' binti Abi Talib : Nama sebenar Fakhitah binti Abi Talib, sepupu Nabi s.a.w - juga perawi Hadis. Telah meriwayatkan 46 hadis dari Nabi s.a.w. 
  433. Ummu Haram binti Milhan : Nama sebenar Ar-Rumaysha binti Mulhan. ibu saudara kepada Anas bin Malik. 
  434. Ummu Haritsah binti Saraqah : syahid yang dinyatakan oleh Nabi s.a.w akan berada di syurga Firdaus. 
  435. Ummu Harmalah : antara 21 wanita kumpulan ke 2 berhijrah ke Habsyah.
  436. Ummu Kalthum binti Ali : cucu Rasulullah s.a.w , anak kepada Fatimah. 
  437. Ummu Kalthum binti Uqbah : wanita yang ikut berhijrah dengan kumpulan pertama. Beliau berjalan kaki dari Mekah ke Madinah. Meriwayatkan 10 hadis dari Nabi s.a.w. 
  438. Ummu Kaltsum binti Suhail : Antara 21 wanita kumpulan ke 2 berhijrah ke Habsyah. 
  439. Ummu Qais binti Mihsan : wanita yang ikut berhijrah dan membait dengan Rasulullah s.a.w. 
  440. Ummu Ruman binti Amir : isteri Saidina Abu Bakar as-Siddiq, dan ibu kepada Saidatina Aisyah r.a. Turut berhijrah ke Madinah . 
  441. Ummu Sulaim : ibu Anas bin Malik r.a.  termasuk golongan pertama masuk Islam daripada kalangan Ansar. 
  442. Ummu Sulaim binti Malhan : Nama sebenar Syahlah binti Mulhan. Sahabat besar Rasulullah s.a.w yang digelar Ar-Rumaisha. 
  443. Ummu Waraqah binti Abdullah : sahabat wanita yang ikut bertempur dalam peperangan melawan musuh Islam. 
  444. Unais bin Qatadah : antara syuhada yang gugur syahid dalam Perang Uhud.
  445. Uqbah bin Amir Al-Jahni : pemandu baghal Rasulullah s.a.w.
  446. Uqbah bin Amir bin Nabi : anak muda Yathrib yang menyebarkan Risalah Islam kepada Penduduk Madinah.
  447. Urwah al-Bariqi : sahabat Nabi s.a.w. Seorang peniaga yang selalu yang selalu mengikuti rombongan perniagaan sekitar daerah Syam dan Damsyik. 
  448. Urwah bin Mas'ud : Sahabat Nabi s.a.w. masuk Islam selepas peperangan Hunain. 
  449. Usaid bin Hudhair : memeluk Islam ditangan Mus'ab bin Umair ketika mendengar ucapan Mus'ab walaupun kedatangannya pada awalnya adalah untuk mengusir Mus'ab. 
  450. Usamah bin Zaid : anak kepada Zaid bin Harithsah dan Ummu Aiman (Ibu susuan Nabi s.a.w.). Dilantik menjadi panglima perang ketika baru berusia 18 tahun. 
  451. Utbah bin Gazuan : antara yang terawal berhijrah ke Habsyah. Pakar dalam melempar tombak dan memanah. Pernah memimpin tentera Islam membebaskan wilayah yang ditawan oleh Parsi. Beliau meriwayatkan 4 hadis dari Nabi s.a.w. 
  452. Utbah bin Rabi' : antara syuhada yang gugur syahid dalam Perang Uhud.
  453. Uthman bin Affan r.a. : Khalifah Islam yang ke 3. Beliau bertanggungjawab mengumpulkan naskah Al Quran dan dijadikan sebuah kitab sebagaimana yang kita dapati sekarang ini. Beliau meriwayatkan 146 hadis dari Nabi s.a.w.
  454. Uthman bin Hunaif : sahabat Nabi s.a.w, meriwayatkan hadis tentang seorang buta yang bertawassul dengan Rasulullah s.a.w. 
  455. Uthman bin Madz'un : sahabat yang terawal memeluk Islam. Beliau adalah Muhajirin pertama wafat di Madinah dan yang pertama dikebumikan di Perkuburan Baqi' di Madinah
  456. Uthman bin Talhah : Pemegang kunci Kaabah sejak zaman Jahiliyah hingga ke zaman Rasulullah s.a.w. setelah memeluk Islam. 
  457. Utsman bin Mauhab : seorang perawi hadis yang dipercayai. 
  458. Uwais bin Arqam Anshari : pahlawan Islam yang gugur syahid dalam Perang Uhud. 
  459. Uwais al-Qarni : Masuk Islam dizaman Rasulullah s.a.w namun beliau tidak pernah berjumpa dengan Nabi. Beliau amat mencintai Rasulullah s.a.w sehingga Rasulullah s.a.w pernah mengatakan bahawa Uwais adalah penghuni langit dan bukan penghuni bumi. 
  460. Wahab Bin Abdullah bin Amir : sahabat yang muda kerana ketika Rasulullah s.a.w. wafat, beliau belum baligh. Banyak mendengar hadis Rasulullah s.a.w.  dan meriwayatkan 45 hadis. 
  461. Wahab bin Qabus Al-Muzany : Pahlawan Islam yang gugur syahid dalam Perang Uhud bersama anak saudaranya Haris bin Uthbah. 
  462. Wahsyi bin Harb : hamba kepada bangsawan Mekkah Jabir bin Mu'tam. Beliau diupah oleh Hindun binti Utbah untuk membunuh Saidina Hamzah bin Abdul Muttalib dalam Perang Uhud. Beliau memeluk Islam ketika pembukaan Kota Mekkah. Setelah Islam, beliau berjaya membunuh Musailamah al-Kazzab yang mengaku Nabi. 
  463. Walid bin Walid : antara sahabat Nabi s.a.w. yang terawal masuk Islam dan diseksa oleh orang-orang Quraisy. 
  464. Waraqah bin Nawfal : Bapa saudara Khadijah bt Khuwalid. Khadijah membawa baginda berjumpa Waraqah selepas baginda menerima wahyu pertama di Gua Hira'.
  465. Yahya bin Abi Al-Ash : cucu Rasulullah s.a.w , anak kepada Zainab. 
  466. Yazid bin Abu Sufiyan : anak Abu Sufiyan bin Harb. Panglima Tentera Islam di zaman Khalifah Abu Bakar. 
  467. Yazid bin Hars : Pahlawan Islam yang gugur syahid dalam Perang Badar. 
  468. Yazid bin Hathib : antara syuhada yang gugur syahid dalam Perang Uhud.
  469. Zaid bin Al-Khattab : abang Saidina Umar bin Al-Khattab. Gugur syahid dalam Perang Yamamah. 
  470. Zaid bin Arqam : Sahabat Nabi s.a.w dari kalangan Ansar. Beliau telah memeluk Islam ketika masih kanak-kanak.
  471. Zaid bin Ashim : Ketua Bani Najjar di Kota Yatsrib (Madinah) yang memeluk Islam bersama isterinya Nusaibah bt Ka'ab dan anak mereka Abdullah bin Zaid  dan Hubaib bin Zaid. 
  472. Zaid bin Harithsah : anak angkat Rasulullah s.a.w. beliau berada di urutan ke 2 dalam senarai yang mula-mula memeluk Islam. Panglima Perang tentera Islam yang paling hebat. Beliau gugur syahid dalam Perang Mu'tah pada tahun 8 H. 
  473. Zaid bin Qais : Penghafaz al-Quran yang gugur syahid dalam Perang Yamamah. 
  474. Zaid bin Tsabit : penulis wahyu Rasulullah s.a.w . Beliau pernah ikut serta dalam Perang Badar ketika berusia 13 tahun namun tidak dibenarkan oleh Rasulullah s.a.w. Beliau juga bertanggungjawab mengumpulkan Al-Quran di zaman Khalifah Abu Bakar. 
  475. Zainab binti Abu Salamah : Antara sahabiyyah Nabi yang banyak meriwayatkan hadis baginda. 
  476. Zainab binti Ali : cucu Rasulullah s.a.w , anak kepada Fatimah. 
  477. Zakwan bin Abd Qais : Pahlawan Islam yang gugur syahid dalam Perang Uhud. 
  478. Zayyad bin Sakan r.a. : Gugur syahid di Perang Uhud ketika menjadikan dirinya benteng untuk melindungi Rasulullah s.a.w. 
  479. Zu al-Syimalain bin Abd Amr : Pahlawan Islam yang gugur syahid dalam Perang Badar. 
  480. Zubair bin Awwam : salah seorang dari 10 sahabat yang dijamin syurga. Juga merupakan Panglima Tentera Islam. Meriwayatkan 38 hadis dari Nabi s.a.w. Beliau gugur syahid dalam Perang Jamal. 
  481. Zunayrah Al-Nahdiyyah - antara hamba wanita yang memeluk Islam yang diseksa oleh orang-orang Quraisy. 

Orang yang paling kuat menentang Dakwah Rasulullah s.a.w

  1. Abu Jahal : Terbunuh dalam Perang Badar.
  2. Abu Lahab dan Isterinya : Abu Lahab mati kerana penyakit dikepalanya setelah dipukul oleh Ummu Fadhl. 
  3. Ukhbah bin Abu Muit 
  4. Al-Walid bin al-Mughirah : 
  5. Al-Akhnas bin Syarif al-Al-Thaqafiy
  6. al-Hakam bin Abi al-As bin Umayyah
  7. al-As bin Wa'il al-Samit
  8. Abdullah bin Abu Umaiyah
  9. An-Nadar bin al-Harith : menjadi tawanan perang Badar. 
  10. Al-Aswad bin Abdul  Mutalib
  11. Syaibah bin Utbah bin Rabiah : terbunuh dalam Perang Badar. 
  12. Al-As bin Wa'il al-Sahmit
  13. Al-Aswad bin Abdu Yaghut 
  14. Al-Harith bin Qais
  15. Aswad bin Abdul Asad al-Makhzumi - lelaki Quraisy yang dibunuh oleh Hamzah bin Abdul Muthalib r.a. semasa Perang Badar. 
  16. Said bin Al-As
  17. Ubai bin Khalaf : tercedera setelah terkena lembing Rasulullah s.a.w. Beliau mati dalam perjalananan ke Mekah akibat kecederaan itu. 
  18. Al-As bin Wail 
  19. Umaiyah bin Khalaf : terbunuh dalam Perang Badar, dibunuh oleh Bilal bin Rabah r.a. yang pernah diseksa oleh Umaiyah. 
  20. Nabbih bin Munabbih bin Hajjaj : terbunuh dalam Perang Badar. 
  21. Ummu Jamil Arwa binti Harb :isteri Abu Lahab. 
  22. Uqbah bin Abi Mu'ayyat
  23. Adiy bin Hamra al-Thaqafiy
  24. Ibn al-Asda al-Hudhaily
  25. Utaybah bin Abu Lahab
  26. al-Hariths bin Amir bin Naufal : Pemimpin Quraisy yang terbunuh dalam Perang Badar. 

Rabu, 1 Januari 2020

Surah Al-Mulk



Bismillahir Rahmanir Rahim

Tabarakallazi biya dihilmulku wahuwa A'la kulli shay in qadeer ۝

Allazi khalaqalmawta walhayataliyabluwakum ayyukum ahsanu A'mala wahuwal A'zizul ghafoor ۝

Allazi khalaqa sab A' sama watintibaqa ma tara fi khalqirrahmanimin tafawut farjiel basora hal taramin futoor ۝

Shummar jielbasara karratayniyan qalib ilaykal basaru khasi-an wahuwa haseer ۝

Walaqad zayyannassamaa addunya 
bimasobiha waja Alnaha rujumallilsh
shayateen wa A'tadna lahum
A'zabassaer  ۝

Walillazena kafaru birabbihim A'zabu jahannam wabiq salmaseer ۝

Iza ulqu fiha sami-U' laha syahi q'an wahiya tafoor ۝

Takadu tamayyazu minalghoit kullama ulqiya fiha fawjun sa alahum khozanatuhaa alam yaqtikum nazeer ۝

Qalu bala qadjaa ana nazeerun fakazzabna waqulna manazzalallahu min shay-in in antum illa fi
dholalinkabeer ۝

Waqalu law kunna nasma-U' awnaqqilu ma kunna fi as-habissaier ۝

Faqtarafu bizam bihim fasuhqanli-as-habissaier ۝

Innallazina yakhshawna rabbahum bilghoybi lahum magfiratun waajrun kabeer ۝

Wa Asirru qawlakum awijharubih Innahu A'limum bizatissudoor ۝

Ala yaqlamu man khalaqa wahuwa-llatifulkhabeer ۝

Huwallazi ja A' lala kumul Ardazalulan famshu fi manakibiha wakulu mirizqihi wa-ilayhin-nushoor ۝

A Amintum man fissama-i anayakhsifa bikumul-arda fa-iza hiya tamoor ۝

Am Amintum man fissaman-i-an yursila A'laykum hasiban fasataqlamuna kayfa nazeer ۝

Walaqad kazzaballazenamin-qablihim fakayfa kana nakeer ۝

Awa lam yaraw ilattayri fawqahum saffatin wayaq bied mayumsikuhunna illarahman
innahu bikulli syay-in baser ۝

Amman hazallazi huwajun dun lakum yansurukum min dunirrahman inilkafiruna illa fi ghurur ۝

Amman hazallazi yarzuqukum in amsaka rizqah ballajju fi U' tuwwin wanufoor ۝

Afamayn yamsyi mukibban Al'a wajhihi Ahda ammayn yamsyi samiyyan A'la siratinmustaqeem ۝

Qul huwallazi ansya-akum waja A' 
lalakumussam A' wal-absara wal-af idah qaqalilamma tashkuroon ۝

Qul huwa llazi zara akum fel-'ardi wa-ilayhi  tuhsharoon  ۝

wayaquluna mata hazalwaqdu in kuntum sadiqeen ۝

Qul innamal i'imu i'ndallahiwa-innama ana nazirun mubeen ۝

Falamma ra awhu zulfatan si-atwujuhullazina kafaru waqila hazallazi kuntum bihi tadda u'n ۝

Qul araaytum in ahlakaniyallahu 
wamamma i'ya aw rahimana faman yujirulkafiri namin A'zabin aleem ۝

Qulhuwarrahmanu Amannabihi wa A'layhi tawakkalna fasataqlamuna man huwa fi dolalinmubeen ۝

Qulara aytum in asbaha ma ukum ghawran faman-yaqtikum bima-imma-een ۝


Maksudnya :

✒ Maha Suci Allah Yang di tangan-Nya-lah segala kerajaan, dan Dia Maha Kuasa atas segala sesuatu,
                                       Surah al-Mulk ayat 1

✒ Yang menjadikan mati dan hidup, supaya Dia menguji kamu, siapa di antara kamu yang lebih baik amalnya. Dan Dia Maha Perkasa lagi Maha Pengampun,
                                       Surah al-Mulk ayat 2

✒ Yang telah menciptakan tujuh langit berlapis-lapis. Kamu sekali-kali tidak melihat pada ciptaan Tuhan Yang Maha Pemurah sesuatu yang tidak seimbang. Maka lihatlah berulang-ulang, adakah kamu lihat sesuatu yang tidak seimbang?
                                       Surah al-Mulk ayat 3

✒ Kemudian pandanglah sekali lagi niscaya penglihatanmu akan kembali kepadamu dengan tidak menemukan sesuatu cacat dan penglihatanmu itupun dalam keadaan payah.
                                       Surah al-Mulk ayat 4

✒ Sesungguhnya Kami telah menghiasi langit yang dekat dengan bintang-bintang, dan Kami jadikan bintang-bintang itu alat-alat pelempar syaitan, dan Kami sediakan bagi mereka siksa neraka yang menyala-nyala.
                                       Surah al-Mulk ayat 5

✒ Dan orang-orang yang kafir kepada Tuhannya, memperoleh azab Jahannam. Dan itulah seburuk-buruk tempat kembali.
                                       Surah al-Mulk ayat 6

✒ Apabila mereka dilemparkan ke dalamnya mereka mendengar suara neraka yang mengerikan, sedang neraka itu menggelegak,
                                       Surah al-Mulk ayat 7

✒ Hampir-hampir (neraka) itu terpecah-pecah lantaran marah. Setiap kali dilemparkan ke dalamnya sekumpulan (orang-orang kafir), penjaga-penjaga (neraka itu) bertanya kepada mereka: "Apakah belum pernah datang kepada kamu (di dunia) seorang pemberi peringatan?"
                                       Surah al-Mulk ayat 8

✒ Mereka menjawab: "Benar ada", sesungguhnya telah datang kepada kami seorang pemberi peringatan, maka kami mendustakan(nya) dan kami katakan: "Allah tidak menurunkan sesuatupun; kamu tidak lain hanyalah di dalam kesesatan yang besar".
                                      Surah al-Mulk ayat 9

✒ Dan mereka berkata: "Sekiranya kami mendengarkan atau memikirkan (peringatan itu) niscaya tidaklah kami termasuk penghuni-penghuni neraka yang menyala-nyala".
                                     Surah al-Mulk ayat 10

✒ Mereka mengakui dosa mereka. Maka kebinasaanlah bagi penghuni-penghuni neraka yang menyala-nyala.
                                     Surah al-Mulk ayat 11

✒ Sesungguhnya orang-orang yang takut kepada Tuhannya Yang tidak nampak oleh mereka, mereka akan memperoleh ampunan dan pahala yang besar.
                                    Surah al-Mulk ayat 12

✒ Dan rahasiakanlah perkataanmu atau lahirkanlah; sesungguhnya Dia Maha Mengetahui segala isi hati.
                                    Surah al-Mulk ayat 13

✒ Apakah Allah Yang menciptakan itu tidak mengetahui (yang kamu lahirkan atau rahasiakan); dan Dia Maha Halus lagi Maha Mengetahui?
                                     Surah al-Mulk ayat 14

✒ Dialah Yang menjadikan bumi itu mudah bagi kamu, maka berjalanlah di segala penjurunya dan makanlah sebahagian dari rezeki-Nya. Dan hanya kepada-Nya-lah kamu (kembali setelah) dibangkitkan.
                                     Surah al-Mulk ayat 15

✒ Apakah kamu merasa aman terhadap Allah yang (berkuasa) di langit bahwa Dia akan menjungkir balikkan bumi bersama kamu, sehingga dengan tiba-tiba bumi itu bergoncang?,
                                     Surah al-Mulk ayat 16

✒ Atau apakah kamu merasa aman terhadap Allah yang (berkuasa) di langit bahwa Dia akan mengirimkan badai yang berbatu. Maka kelak kamu akan mengetahui bagaimana (akibat mendustakan) peringatan-Ku?
                                     Surah al-Mulk ayat 17

✒ Dan sesungguhnya orang-orang yang sebelum mereka telah mendustakan (rasul-rasul-Nya). Maka alangkah hebatnya kemurkaan-Ku.
                                     Surah al-Mulk ayat 18

✒ Dan apakah mereka tidak memperhatikan burung-burung yang mengembangkan dan mengatupkan sayapnya di atas mereka? Tidak ada yang menahannya (di udara) selain Yang Maha Pemurah. Sesungguhnya Dia Maha Melihat segala sesuatu.
                                     Surah al-Mulk ayat 19

✒ Atau siapakah dia yang menjadi tentara bagimu yang akan menolongmu selain daripada Allah Yang Maha Pemurah? Orang-orang kafir itu tidak lain hanyalah dalam (keadaan) tertipu.
                                     Surah al-Mulk ayat 20

✒ Atau siapakah dia yang memberi kamu rezeki jika Allah menahan rezeki-Nya? Sebenarnya mereka terus menerus dalam kesombongan dan menjauhkan diri?
                                     Surah al-Mulk ayat 21

✒ Maka apakah orang yang berjalan terjungkal di atas mukanya itu lebih banyak mendapatkan petunjuk ataukah orang yang berjalan tegap di atas jalan yang lurus?
                                     Surah al-Mulk ayat 22

✒ Katakanlah: "Dialah Yang menciptakan kamu dan menjadikan bagi kamu pendengaran, penglihatan dan hati". (Tetapi) amat sedikit kamu bersyukur.
                                     Surah al-Mulk ayat 23

✒ Katakanlah: "Dialah Yang menjadikan kamu berkembang biak di muka bumi, dan hanya kepada-Nya-lah kamu kelak dikumpulkan".
                                     Surah al-Mulk ayat 24

✒ Dan mereka berkata: "Kapankah datangnya ancaman itu jika kamu adalah orang-orang yang benar?"
                                     Surah al-Mulk ayat 25

✒ Katakanlah: "Sesungguhnya ilmu (tentang hari kiamat itu) hanya pada sisi Allah. Dan sesungguhnya aku hanyalah seorang pemberi peringatan yang menjelaskan".
                                     Surah al-Mulk ayat 26

✒ Ketika mereka melihat azab (pada hari kiamat) sudah dekat, muka orang-orang kafir itu menjadi muram. Dan dikatakan (kepada mereka) inilah (azab) yang dahulunya kamu selalu meminta-mintanya.
                                     Surah al-Mulk ayat 27

✒ Katakanlah: "Terangkanlah kepadaku jika Allah mematikan aku dan orang-orang yang bersama dengan aku atau memberi rahmat kepada kami, (maka kami akan masuk surga), tetapi siapakah yang dapat melindungi orang-orang yang kafir dari siksa yang pedih?"
                                     Surah al-Mulk ayat 28

✒ Katakanlah: "Dialah Allah Yang Maha Penyayang kami beriman kepada-Nya dan kepada-Nya-lah kami bertawakkal. Kelak kamu akan mengetahui siapakah yang berada dalam kesesatan yang nyata".
                                     Surah al-Mulk ayat 29

✒ Katakanlah: "Terangkanlah kepadaku jika sumber air kamu menjadi kering; maka siapakah yang akan mendatangkan air yang mengalir bagimu?".    
                                     Surah al-Mulk ayat 30


Surah Al-Mulk ( Bahasa Arab: سورة الملك‎ )   merupakan surah ke-67 dalam al-Quran. Surah ini tergolong dalam surah Makkiyah yang terdiri daripada 30 ayat. Dinamakan Al-Mulk yang bererti Kerajaan diambil dari kata Al Mulk yang terdapat pada ayat pertama surah ini. Surah ini disebut juga dengan At Tabaarak yang bererti Maha Suci.


Kelebihan surah al-Mulk

📌 Mendapat Syafaat

Apabila kita istiqamah membaca surah
Al-Mulk setiap malam, insyallah diakhirat kelak surah Al-Mulk akan memberi syafaat.

"Sebahagian surah-surah yang terdapat di dalam Al-Quran ada satu surah yang mengandungi 30 ayat. Surah itu surah Al Mulk. Ia memberi syafaat kepada orang yang membacanya dengan mengeluarkannya dari Neraka dan memasukkannya ke dalam Syurga.”


📌 Menyelamatkan dari seksaan kubur

Terdapat beberapa riwayat daripada Rasulullah yang bersabda,

“ Sesiapa membaca surah Al Mulk pada mana-mana malam , nescaya datang ke dalam kuburnya surah itu sebagai penganti untuk bersoal jawab dengan Munkar Nakir."


📌 Hati beriman

Apabila kita sentiasa membaca surah Al-Mulk tanpa meninggalkannya, insyallah ayat-ayat surah Al-Mulk akan kekal dihati dan ingatan. Tanpa membuka Al-Quran, kita mampu menghafal 30 ayat surah Al-Mulk tersebut.

“ Hatiku ingin supaya Surah Al-Mulk berada di dalam hati setiap orang yang beriman. (iaitu setiap muslim hendaklah mempelajarinya dan membacanya dengan istiqamah).”


📌 Mendapat keistimewaan

“Sesungguhnya surah Yasin dan surah 
Al-Mulk terkandung di dalamnya beberapa rahsia dan kelebihan. Sesiapa mengamalkannya, nescaya ia mendapat rahsia-rahsia dan kelebihan-kelebihan itu serta dikasihi oleh semua manusia dan juga menjadi hebat pada pandangan makhluk.”


Kesimpulan :

Setiap surah di dalam Al-Quran mempunyai kebaikan dan kelebihan yang tersendiri, memberi ketenangan di hati dan mengingati Allah s.w.t dalam setiap apa jua yang kita lakukan. Al-Quran juga adalah merupakan sumber syafaat kita diakhirat nanti.

Semoga kita semua dijauhi dari seksaan kubur dan kemurkaan Allah dan dijauhkan daripada perbuatan yang dilarang Allah. Sesungguhnya azab Allah lebih pedih daripada azab dunia.