Memaparkan catatan dengan label Pelancongan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Pelancongan. Papar semua catatan

Sabtu, 28 Mei 2022

Tree Top Walk Sungai Sedim

Hutan Lipur Sungai Sedim

Hutan Lipur Sungai Sedim terletak 33km dari Bandar Kulim dan 130km dari Bandaraya Alor Setar.

✔ Sungai Sedim sepanjang 15km adalah sungai berarus deras dan mempunyai beberapa buah jeram yang sesuai untuk aktiviti berkayak.

✔ Sungai Sedim mempunyai 8 anak sungai iaitu Sungai Reyau, Sungai Merbok, Sungai tebuan, Sungai Karangan, Sungai Terona, Sungai Bekui, Sungai Bikan dan Sungai Buloh.

✔ Hutan lipur ini sinonim sebagai tapak perkelahan Di Raja Kedah. Di sini juga kerap berlangsungnya pertandingan kayak arus deras diperingkat antarabangsa.


Tree Top Walk

         Tree Top Walk atau jambatan konopi di Sungai Sedim, Kulim, Kedah pernah merekodkan  sebagai laluan kanopi terpanjang di dunia sebelum rekod tersebut diambil alih oleh Bavarian Forest National Park ( Nationalpark Bayerischer Wald ) sepanjang 1,250 meter yang terletak di bahagian timur Bavaria di daerah Regen dan Freyung-Grafenau, Jerman.

          Laluan sepanjang 950m ini, berada dalam kawasan Hutan Simpan Gunung Inas. Ketika meniti di laluan ini, anda akan melihat panorama yang sangat mengasyikan mata memandang di samping bunyi ugas sahut-bersahutan terus membuatkan penulis melupakan tekanan kerja buat seketika. Untuk pengetahuan semua, Gunung Inas mempunyai ketinggian setinggi 1,801 meter.

         Pembinaan jambatan kanopi ini mengambil masa selama 14 bulan dan siap dibina sepenuhnya pada bulan Mac 2005. Struktur pembinaannya berbentuk segiempat tepat dan dibuat sepenuhnya dengan mengunakan keluli logam yang tahan karat serta dilengkapi dengan ciri-ciri keselamatan. Berat keseluruhannya mencecah 422,214 kilogram. 

           Walaupun titian ini diperbuat daripada besi keluli yang kukuh, namun begitu pengunjung masih boleh merasai keadaan bergoyang seperti titian konopi yang biasa. Oleh itu, pengunjung tidak perlu risau dengan faktor keselamatan kerana titian ini tidak akan roboh atau rosak. Hanya 10 orang dibenarkan berada di antara satu satu stesen walaupun jambatan gantung ini mampu menampung lebih daripada itu. Semua ini dilakukan untuk menjaga keselamatan pengunjung dan mengurangkan kos penyelenggaraan.

          Semakin jauh dari stesen yang pengunjung pergi, akan bertambah aras ketinggian jambatan berkenaan.Kemuncak yang paling tinggi ialah 26.5m dari lantai hutan.





Antara yang menarik boleh diperhatikan sepanjang laluan ini ialah :

a) Pelbagai spesies pokok hutan

Pokok Tualang
➡️ Pokok tualang merupakan spesies 
      pokok hutan hujan tropika dalam 
      keluarga Fabaceae.
➡️ Merupakan salah satu spesies pokok 
      tropika tertinggi ( 88m tinggi / 289kaki)
➡️ Ketinggiannya membolehkan lebah 
      membuat sarang dan menghasilkan 
      madu yang berkhasiat tanpa sebarang 
      gangguan.

Pokok Meranti
➡️ Berketinggian 30 - 70 meter dengan 
      batang yang lurus dan bulat.
➡️ Kulitnya sekiranya dibakar akan 
      mengeluarkan bau seperti kemenyan.
➡️ Resin/damar dahulunya digunakan 
      untuk menampal lubang atau rekahan 
      di perahu.
➡️ Kini, digunakan dalam pembuatan cat, 
      varnis, lakuer, pengilat, kosmetik, 
      farmaseutikal dan industri pergigian 
      serta linoleum.

Pokok buah berangan
➡️ Pokoknya besar dan tinggi tetapi 
      buahnya bermusim.
➡️ Tergolong dalam keluarga sama       
      dengan oak dan mengandungi banyak 
      tanin beracun yang menjadikan 
      kayunya sangat baik dan tahan lama.
➡️ Kandungan tanin yang terdapat di 
      dalamnya mampu menghakis besi 
      secara perlahan-lahan.
➡️ Tanin juga digunakan dalam proses 
       penyamakan kulit.

Pokok nibong
➡️ Batangnya lurus dan mempunyai duri-
      duri keras dan panjang yang berwarna 
      hitam. Daunnya juga berduri.
➡️ Ketinggiannya hanya mampu 
      mencecah 30m.
➡️ Kayu nibong sesuai dibuat lantai 
      rumah kerana bersifat rata dan lincin.
➡️ Selain itu, kayunya juga boleh dibuat 
      tiang jeti atau kelong kerana
      mempunyai daya tahan terhadap air 
      masin.

b) Pelbagai jenis pokok seperti rotan, 
     buluh, orkid liar, pokok-pokok 
     tumpang dan lain-lain

c) Pelbagai jenis rama-rama

d) Berbagai spesis burung

e) Berbagai jenis unggas dan serangga

f) Ular, katak, lutong, kera, monyet



Tarikan dan aktiviti lain yang terdapat di Taman Rekreasi Sungai Sedim selain daripada titian kanopi ialah :

Mendaki
Di Tree Top Walk juga ada laluan untuk pendakian ke Gunung Bintang setinggi 1,862 meter melalui Lata Riau. Jarak menuju ke laluan itu adalah sepanjang 14.2 kilometer dan sangat mencabar.

Rakit Redah Jeram ( White Water Rafting )
Keadaan Sungai Sedim yang curam dan bergelora menawarkan pengalaman redah jeram paling mencabar bagi mereka yang menggemari aktiviti sukan air.

Abseiling dan Paint-Balling
Selain aktiviti mendekati hutan, di sini juga anda dapat menambahkan lagi keseronokan dengan aktiviti seperti abseiling, paint-ball, memancing dan berkhemah.


Penginapan

Bintang Sedim Villa
( Chalet penginapan di dalam kawasan  
   Tree Top Walk Sungai Sedim )

Sungai Sedim Resort
( Resort di dalam kawasan Rekreasi arus 
  deras Sungai Sedim )

Sedim eco theme park and resort
( Kampung Sungai Buluh, Sungai Sedim )
➡️ Juga dikenali sebagai Sedim Eco 
      Resort  menyediakan kemudahan 
      chalet, dewan serbaguna, dewan 
      makan, tapak perkhemahan dan 
      kawasan aktiviti.

Sedim Vista Homestay & Resort
( Terletak di Kampong Sungai Buloh, 
   Sungai Sedim, Kedah )

Lata Sedim De Teruna Forest Resort
( Terletak berhampiran kawasan Rekreasi 
   arus deras Sungai Sedim )


Terdapat 10 titian kanopi di Malaysia :

1. Tree Top Walk Sungai Sedim
    ( Panjang : 925m ; Tinggi : 26m )

2. Taman Negara
    ( Panjang : 530m ; Tinggi : 50m )

3. Taman Negara Mulu
   ( Panjang : 480m ; Tinggi : 25m )

4. Lembah Danum, Sabah
   ( Panjang : 300m ; Tinggi : 26m )

5. Taman Negara Pulau Pinang
   ( Panjang : 250m; Tinggi : 15m )

6. Bukit Gemok, Tawau
   ( Panjang : 231m ; Tinggi : 26m )

7. Taman Eko Rimba KL
   ( Panjang : 200m ; Tinggi : 15m )

8. Poring, Sabah
   ( Panjang : 175m ; Tinggi : 43m )

9. FRIM, Selangor
   ( Panjang : 150m ; Tinggi : 30m )

10. Rainforest Discovery Centre, Sabah  
     ( Panjang : 147m ; Tinggi : 28m )


          Untuk pengetahuan semua Tree Top Walk dibuka setiap hari dari jam 9.00 pagi hingga 5.30 petang. Bayaran masuk ialah sebanyak RM10 untuk orang dewasa dan RM6 untuk mereka bawah 17 tahun. Anda boleh memakai sandal atau sepatu yang sesuai untuk berjalan jauh dan perlu membawa minuman serta sedikit makanan ringan kerana perlu merentas hutan melewati sebatang jalan untuk sampai ke Tree Top Walk ini.

Peringatan : 
Masa operasi adalah mengikut cuaca pada hari berkenaan. Jika pada hari berkenaan berlaku hujan dan angin kencang, operasi akan ditutup atas faktor keselamatan pengunjung. Bagi sesiapa yang ingin berkunjung ke sini anda dinasihatkan agar menelefon terlebih dahulu bagi mengetahui keadaan cuaca di sana. Ini kerana keadaan cuaca dibahagian atas dan bawah adalah berbeza meskipun berada di tempat yang sama.
Bagi anda yang mempunyai anak kecil, anda tidak perlu risau kerana laluan Tree Top Walk adalah diperbuat dari jaring besi. Jadi anda boleh menggunakan stroller kecil untuk membawa anak kecil anda. Ketika berada di sungai Sedim, pastikan anak-anak anda berada di bawah pengawasan yang maksimum. Jangan biarkan anak-anak anda bermain sendirian.Keadaan ini, boleh membahayakan keselamatan mereka.
Tolong jaga kebersihan tempat tersebut.
Buanglah sampah di tempat yang di sediakan. Kerana bukan pelancong tempatan saja yang mengunjungi tempat ini tetapi juga pelancong dari luar negara.Jika kebersihan tidak di jaga, dibimbangi juga ianya akan mengundang persepsi yang buruk terhadap tempat tersebut, bahkan nama Malaysia juga turut tercemar.
Jika anda hendak berkelah bersama keluarga dan ingin menggunakan bahan api ketika memasak. Anda dinasihatkan supaya sentiasa mengambil langkah berjaga-jaga supaya tidak berlaku sebarang kebakaran yang boleh mengakibatkan kemusnahan kepada hutan tersebut.Pastikan arang kayu dan sampah dibuang ke tempat yang sepatutnya bukan ditinggalkan begitu saja atau dibuang ke dalam  sungai.

Tolong jangan melakukan sebarang aktiviti berbahaya ketika berada di sini. Sebagai contoh, anda ingin melakukan terjunan dari atas jambatan ke dalam sungai sedim. Keadaan ini, boleh mengakibatkan kecederaan bukan sahaja kepada diri anda sendiri bahkan juga pengunjung lain yang sedang mandi-manda turut menerima akibatnya.Ini kerana, di bawah jambatan tersebut terdapat beberapa buah bongkah batu besar ditambah dengan arus sungai yang deras mampu menyebabkan kecederaan yang serius.

Sabtu, 18 Januari 2020

Menara Condong Teluk Intan

Kali pertama penulis menjejakkan kaki di bumi Teluk Intan ini ialah pada tahun 2013. Teluk Intan dahulunya dikenali sebagai Teluk Anson, diambil sempena nama seorang Gabenor British iaitu Jeneral Archibald Anson yang datang melawat Teluk Intan pada ketika itu. Pada 1 Januari 1982, secara rasminya nama Teluk Anson telah digantikan kepada nama baru iaitu Teluk Intan.

Menurut sejarah, nama Teluk Intan diambil dari nama seorang janda yang berasal dari Mandahiling, Sumatera, Indonesia, iaitu Mak Intan. Beliau adalah seorang peneroka yang telah membuka kawasan Teluk Intan pada awal abad ke-19. Pada ketika itu, kawasan yang diterokai oleh Mak Intan dikenali sebagai Pekan Mak Intan. Semasa pemerintahan British di Tanah Melayu, nama Teluk Mak Intan telah ditukarkan kepada Teluk Anson.



Lokasi Menara Condong

Bangunan Menara Condong Teluk Intan telah dibina pada tahun 1885.Walaupun usianya telah menjangkau lebih 135 tahun, namun bangunan ini tetap untuh dan tersergam indah. Lokasinya terletak di antara pertemuan dataran segi empat, iaitu Jalan Pasar dan Jalan Ah Cheong dengan Jalan Selat dan Jalan Bandar di kiri dan kanan menara. Sebagai menghargai jasa dan sumbangan Encik Leong Choon Cheong yang telah membina menara tersebut, sebatang jalan yang berhampiran dengan menara jam telah dinamakan sempena dengan nama beliau iaitu Jalan Ah Cheong.


Reka bentuk menara

Menara Condong Teluk Intan atau nama asalnya Jam Tinggi adalah sebuah menara jam.Menara ini mempunyai keunikkan yang tersendiri dan menjadi mercu tanda Teluk Intan sejak sekian lama.Binaannya yang condong itu, mirip The Leaning Tower of Pisa di Itali.Kecondongan menara ini sering dibandingkan Menara Condong Pisa.Walau bagaimanapun, menara ini hanya berketinggian 25 meter ( 82 kaki ) 
dengan 110 anak tangga ( setiap aras tingginya 15.5 kaki ) jika hendak dibandingkan dengan Menara Condong Pisa yang mempunyai ketinggian 55 meter. Bangunan tiga tingkat ini tidak lagi digunakan kini dan hanya dijadikan sebagai daya tarikan pelancong yang melawat bandar Teluk Intan.
Sungguhpun begitu, jam yang terdapat pada menara tersebut masih lagi berfungsi dan akan berbunyi setiap 15 minit.Panorama disekeliling bangunan ini cukup menggujakan. Apa tidaknya dibahagian bawah bangunan ini dikelilinggi oleh landskap yang indah seperti pasu bunga, lantai marmar dan kerusi rehat yang sesuai untuk aktiviti bersantai bersama keluarga.

Apabila diamati dengan teliti, didapati pengaruh senibina Cina lebih dominan pada Menara Jam Teluk Intan ini. Ini adalah kerana ia berkonsepkan sebuah "Pagoda" seperti yang terdapat di Negara China. Menara ini dibina oleh anak tempatan yang dikenali sebagai Leong Choon Cheong atau lebih mesra di sapa sebagai Ah Cheong. Walaupun pembinaannya pada zaman pemerintahan British, namun pengaruh Cina dan kontraktor telah berjaya dalam memperjuangkan budaya mereka. Keadaan ini jelas memperlihatkan senibina Cina yang terdapat pada gerbang, bumbung genting, hiasan jubin dan sebagainya  yang menunjukkan budaya dan senibina Cina.

Dari bahagian luar kelihatan seolah-olah menara ini mempunyai 8 tingkat, namun apabila masuk sahaja ke bahagian dalam, menara ini hanya mempunyai 3 tingkat sahaja. Terdapat sebuah tangki air terletak di aras tiga yang diperbuat daripada keluli setinggi 16 kaki. Tangki ini boleh memuat sejumlah 680 kaki isi padu air ( 19.26 meter isipadu air ). Namun hari ini, tangki air tersebut tidak lagi berfungsi.Struktur binaan bangunan ini terdiri daripada batu dan kayu. Pada setiap tingkat menara ini ia dilengkapi oleh lorong jalan kaki. Lapisan bawah bangunan ini berukuran garis pusat 12.9 meter atau 42.3 kaki dan menguncup ke atas 8.1 meter.

Menara ini pada asalnya bukanlah secondong seperti mana yang dapat kita lihat pada ketika ini.Ianya berlaku adalah di sebabkan oleh faktor geografi iaitu banjir besar yang menenggelami kawasan sekitar menara tersebut pada tahun 1895 iaitu 10 tahun selepas pembinaan menara ini siap sepenuhnya.Menara ini mula condong ke arah barat laut adalah disebabkan oleh binaan asasnya yang lemah dan terpakasa menanggung bebanan tangki air yang berat.



Tujuan pembinaan menara ini :

🗼 Suatu ketika dahulu, menara ini berfungsi sebagai loji takungan air, bekalan air terutamanya ketika musim kemarau dan persediaan ketika menghadapi kebakaran.

🗼 Ketika zaman penjajahan Jepun sekitar tahun 1942 - 1945, menara ini dijadikan sebagai menara kawalan bagi memerhati pergerakkan musuh.Sekiranya musuh datang menyerang, menara kawalan inilah yang menjadi sasaran utama mereka.

 ðŸ—¼ Selain itu, menara ini juga dijadikan sebagai penanda waktu dan petunjuk kapal ke Pelabuhan Teluk Anson suatu ketika dulu bagi pedagang yang berlabuh dipelabuhan itu.

🗼 Kini, Menara Condong Teluk Intan hanya berperanan sebagai menara jam. Jam menara ini, yang dipasang pada tahun 1894 masih lagi berada dalam keadaan elok. Untuk pengetahuan umum, jam ini dibeli dari London, buatan firma J.W. Benson-Ludhgathill.

🗼 Di samping itu, menara jam ini telah diangkat menjadi mercu tanda kepada Bandar Teluk Intan.


Waktu Lawatan :

Bagi anda yang ingin datang melawat ke Menara Condong Teluk Intan bolehlah berbuat demikian dengan datang pada waktu yang tetera dibawah :

Isnin - Jumaat : 8.00 pagi - 5.00 Petang

Sabtu - Ahad /  : 9.00 pagi - 6.00 petang
Cuti Am


Kesimpulan

Bagi diri penulis sendiri, Menara Condong Teluk Intan sememangnya unik dan kaya dengan sejarahnya yang tersendiri. Sehubungan dengan itu, kita haruslah menjaga dan memulihara menara ini dari segala bentuk aktiviti tidak sihat termasuklah vandalisme. Keadaan ini penting bagi tatapan generasi akan datang. Kalau bukan kita menjaganya siapa lagi.

Jumaat, 30 Ogos 2019

Tasik Melati Perlis

Perlis being a small state, very limited family recreational area.Tasik Melati is one of the places where the whole family can have picnics, jog, fishing, photography, etc.There are many food outlets in the park itself.You can walk on the walkways and enjoy the lake and the landscapes.Many use the park to walk and jog in the morning. Fresh air and the view of the lake at its best.Entrance is free and lots of space for car park.

Along the way to the lake is quite long and relaxing....the place is kind of isolated....the lake have 2 place or like a theme..first one is like Chinese old style architectural.Another one is like Malay style....a relaxing place and nostalgic.

I really enjoy with the greenery and the view. Feel peach and relax.Good place to do recreational with your lovely family member.





Sabtu, 24 Ogos 2019

PD Waterfront

The main attraction of Port Dickson is its waterfront.At PD Waterfront, you can treat yourself to a number of luxurious opportunities such as watching the beautiful sunset, eating in world-class restaurants, shopping, and staying in a villa, hotel, resort or vacation rental located by the beachside. Your kids will also have their share of enjoyment at the fun fairs and the open areas where they can fly kites. You can also drop by at the park near the beach and enjoy the majestic view of the coastal town.This is my first time i was here.Port Dickson is a beautiful beach.I love this place because of its gentle breeze and quiet scenery.














Jumaat, 23 Ogos 2019

Melaka Bandaraya Bersejarah


Melaka kaya dengan kesan peninggalan sejarah dan penuh dengan tarikan moden menjadikan negeri Melaka destinasi sasaran popular pelancong tempatan dan antarabangsa termasuklah dari China, Jepun, Indonesia dan Eropah.Melaka juga merupakan destinasi pilihan utama warga Ibu Kota yang mencari tempat percutian singkat untuk melarikan diri daripada kesibukan bandar buat seketika.


  1) Lapangan Terbang Antarabangsa
       Melaka

Lapangan Terbang Antarabangsa Melaka
( LTAM ) dahulunya dikenali sebagai Lapangan Terbang Batu Berendam adalah sebuah lapangan terbang kecil yang hanya boleh digunakan oleh pesawat jenis turboprop.
Lapangan terbang ini terletak di Batu Berendam iaitu kira-kira 8 km dari pusat bandaraya di Melaka.

LTAM mula beroperasi semula pada akhir tahun 2009 setelah kerja-kerja kerja-kerja penambahan panjang landasan daripada 1,300 meter kepada 2,135 meter dijalankan.Kini LTAM dapat menerima pendaratan pesawat jenis Boeing 737 dan Airbus 320.LTAM kini dapat membuat penerbangan terus dari Melaka ke Pulau Pinang, Langkawi, Kota Kinabalu,Subang, Kota Bahru dan Johor Utara bagi penerbangan domestik.Manakala, bagi penerbangan Antarabangsa pula ialah Pekanbaru,Riau,dan Medan ,Indonesia, Guangzhou dan Haikou,China dan Ho Chi Minh, Vietnam

LTAM kini telah berusia lebih 51 tahun.Ciri-ciri sejarahnya tercipta dengan keberangkatan pulang Tuanku Abdul Rahman dari London pada 20 Februari 1956 yang membawa pulang perkhabaran baik untuk Malaysia iaitu tarikh kemerdekaan Malaysia pada 31 Ogos 1957.





     2) Masjid Selat Melaka

Masjid ini dibina di atas pulau buatan manusia bernama pulau Melaka dan pada waktu air pasang masjid ini umpama terapung di atas air laut selat Melaka. Masjid Selat ini di buka pada tahun 2006 dan ia meminjam konsep dan senibinanya dari masjid terapung Jeddah.

Senibina masjid ini adalah gabungan diantara seni bina timur tengah dan melayu. Ada juga hiasan yang dibuat daripada buluh dan ukiran kayu.

Tiang masjid ini juga mempunyai fungsi yang berlainan iaitu menjadi lampu isyarat buat bot dan kapal laut yang melalui selat Melaka pada malam yang gelap.Pada waktu malam masjid ini memang mengagumkan.
Sayang sekali kerana kami tak dapat menikmati keindahannya pada sebelah malam.













     3) Menara Taming Sari

Menara Taming Sari adalah Gyro tower pertama di Malaysia dan dibuka secara rasmi pada tahun 2008. Dengan ketinggian 110 meter, strurtur yang berpusing ini dapat memuatkan seramai 80 oran dan memberi pengunjung pandangan panoramik 360 darjah Bandar Melaka.

Seperti mana yang anda sudah teka, menara ini di namakan seperti keris Hang Tuah yang masih belum dijumpai lagi hingga ke hari ini. Kalau di lihat dengan teliti mereka telah cuba membina menara ini menyerupai bentuk keris.





        4) Pantai Klebang

Bagi meraka yang kerap datang ke Melaka pasti telah melihat keunikan Pantai Klebang.Ia menjadi sasaran popular pelancong yang melawat Bandar Melaka kerana kedudukan strategiknya yang berdekatan dengan Bandar.

Apabila anda berada di pantai ini bagaikan anda berada di padang pasir dengan bukit-bukit pasir kecil yang menambah kepada keunikan pantai ini.




    5) The Stadthuys

The Stadthuys mercu tanda yang sinonimus dengan Melaka ini siap didirikan pada tahun 1660 dan dipercayai bahawa bangunan ini adalah bangunan kerajaan belanda yang tertua di Asia Tenggara.Mengikut sejarah The Stadthuys ini merupakan tempat pentadbiran kerajaan Belanda di negeri Melaka pada zaman penjajahan Belanda.

Pada tahun 1982 tempat ini diubah suai menjadi Muzium yang mempamerkan sejarah Melaka, dan sejarah penjajahan Portugis dan British.Seberang jalan dari Stadthuys ini adalah Jonker street.








     6) Melaka River Cruise

Jika anda mahu melihat keindahan Bandar Melaka tanpa melalui kesesakan jalan raya dan jauh daripada orang ramai anda boleh menaiki Melaka River Cruise.Kelebihan Melaka River Cruise ini adalah kerana anda boleh naik waktu siang atau malam.

Cruise ini bermula dari Jeti Muara, kemudian ia akan berhenti sebentar di Jeti Tanah Rempah dan selepas itu berpatah balik ke Jeti Tanah Rempah di mana ia berakhir.Ini cara yang bagus untuk menikmati pemandangan Bandar Melaka.Sebaliknya kami lebih memilih untuk berjalan kaki bagi melihat keindahan alam ciptaan ilahi yang indah di sekitar Sungai Melaka selain dapat melakukan aktiviti fizikal dengan berjalan kaki.Tambang bagi menaiki Melaka River Cruise ini adalah RM 25 bagi dewasa, RM 15 bagi kanak-kanak, RM 20 bagi pelajar dan RM 30 bagi warga asing.





     7) Menaiki Beca

Melaka sememangnya sinonim dengan beca yang dihias dengan penuh warna-warni.Jika datang ke Melaka, tetapi tidak cuba menaiki beca, rasanya seperti tidak sempurna pula percutian ke negeri ini.

Yang menariknya, beca-beca yang terdapat di Melaka ini bukan main meriah lagi perhiasannya, ada yang bertemakan Hello Kitty, Disney Frozen, Upin Ipin, flora dan macam-macam lagi yang wajib anda abadikan di dalam foto.

Kebanyakan abang-abang beca ini boleh anda temui di sekitar Stadhuys atau Kota A Famosa. Bukan sekadar beca sahaja terdapat di sini tetapi juga kereta kuda.Bayarannya bergantung kepada jangka masa atau jarak perjalanan.




        8) Kota A Famosa

Kota A Famosa dipilih sebagai tarikan penutup tirai entri kali ini kerana ia sudah lama dikenali sebagai mercu tanda paling popular di Melaka. Mengikut sejarah Ia didirikan oleh penjajah Portugis sebagai kubu pertahanan mereka di Melaka.

Pada tahun 1807 kebanyakkan daripada bangunan ini telah diruntuhkan dan yang tinggal adalah sebahagian daripada pintu gerebang dan Portade Santiago. Apa yang dapat dilihat sekarang hanya sebahagian kecil sahaja daripada kubu asal.

Ini adalah tarikan yang wajib dilawati semasa anda bercuti ke Melaka nanti kerana ia merupakan satu detik penting dalam sejarah Negara kita.






Berakhir sudah senarai tempat menarik di Melaka yang sempat kami lawati dan saya harap ia dapat menjadi panduan berguna kepada sesiapa yang ingin memilih Melaka sebagai destinasi pelancongan.Sebenarnya banyak lagi tempat-tempat menarik di Melaka yang tidak sempat kami lawati akibat daripada kekangan masa dan berberapa faktor lain.Sekian.Jumpa lagi pada entri akan datang insyallah. Assalamualaikum.