Melaka kaya dengan kesan peninggalan sejarah dan penuh dengan tarikan moden menjadikan negeri Melaka destinasi sasaran popular pelancong tempatan dan antarabangsa termasuklah dari China, Jepun, Indonesia dan Eropah.Melaka juga merupakan destinasi pilihan utama warga Ibu Kota yang mencari tempat percutian singkat untuk melarikan diri daripada kesibukan bandar buat seketika.
1) Lapangan Terbang Antarabangsa
Melaka
Lapangan Terbang Antarabangsa Melaka
( LTAM ) dahulunya dikenali sebagai Lapangan Terbang Batu Berendam adalah sebuah lapangan terbang kecil yang hanya boleh digunakan oleh pesawat jenis turboprop.
Lapangan terbang ini terletak di Batu Berendam iaitu kira-kira 8 km dari pusat bandaraya di Melaka.
LTAM mula beroperasi semula pada akhir tahun 2009 setelah kerja-kerja kerja-kerja penambahan panjang landasan daripada 1,300 meter kepada 2,135 meter dijalankan.Kini LTAM dapat menerima pendaratan pesawat jenis Boeing 737 dan Airbus 320.LTAM kini dapat membuat penerbangan terus dari Melaka ke Pulau Pinang, Langkawi, Kota Kinabalu,Subang, Kota Bahru dan Johor Utara bagi penerbangan domestik.Manakala, bagi penerbangan Antarabangsa pula ialah Pekanbaru,Riau,dan Medan ,Indonesia, Guangzhou dan Haikou,China dan Ho Chi Minh, Vietnam
LTAM kini telah berusia lebih 51 tahun.Ciri-ciri sejarahnya tercipta dengan keberangkatan pulang Tuanku Abdul Rahman dari London pada 20 Februari 1956 yang membawa pulang perkhabaran baik untuk Malaysia iaitu tarikh kemerdekaan Malaysia pada 31 Ogos 1957.

2) Masjid Selat Melaka
Masjid ini dibina di atas pulau buatan manusia bernama pulau Melaka dan pada waktu air pasang masjid ini umpama terapung di atas air laut selat Melaka. Masjid Selat ini di buka pada tahun 2006 dan ia meminjam konsep dan senibinanya dari masjid terapung Jeddah.
Senibina masjid ini adalah gabungan diantara seni bina timur tengah dan melayu. Ada juga hiasan yang dibuat daripada buluh dan ukiran kayu.
Tiang masjid ini juga mempunyai fungsi yang berlainan iaitu menjadi lampu isyarat buat bot dan kapal laut yang melalui selat Melaka pada malam yang gelap.Pada waktu malam masjid ini memang mengagumkan.
Sayang sekali kerana kami tak dapat menikmati keindahannya pada sebelah malam.
Sayang sekali kerana kami tak dapat menikmati keindahannya pada sebelah malam.
3) Menara Taming Sari
Menara Taming Sari adalah Gyro tower pertama di Malaysia dan dibuka secara rasmi pada tahun 2008. Dengan ketinggian 110 meter, strurtur yang berpusing ini dapat memuatkan seramai 80 oran dan memberi pengunjung pandangan panoramik 360 darjah Bandar Melaka.
Seperti mana yang anda sudah teka, menara ini di namakan seperti keris Hang Tuah yang masih belum dijumpai lagi hingga ke hari ini. Kalau di lihat dengan teliti mereka telah cuba membina menara ini menyerupai bentuk keris.
4) Pantai Klebang
Bagi meraka yang kerap datang ke Melaka pasti telah melihat keunikan Pantai Klebang.Ia menjadi sasaran popular pelancong yang melawat Bandar Melaka kerana kedudukan strategiknya yang berdekatan dengan Bandar.
Apabila anda berada di pantai ini bagaikan anda berada di padang pasir dengan bukit-bukit pasir kecil yang menambah kepada keunikan pantai ini.
5) The Stadthuys
The Stadthuys mercu tanda yang sinonimus dengan Melaka ini siap didirikan pada tahun 1660 dan dipercayai bahawa bangunan ini adalah bangunan kerajaan belanda yang tertua di Asia Tenggara.Mengikut sejarah The Stadthuys ini merupakan tempat pentadbiran kerajaan Belanda di negeri Melaka pada zaman penjajahan Belanda.
Pada tahun 1982 tempat ini diubah suai menjadi Muzium yang mempamerkan sejarah Melaka, dan sejarah penjajahan Portugis dan British.Seberang jalan dari Stadthuys ini adalah Jonker street.
6) Melaka River Cruise
Jika anda mahu melihat keindahan Bandar Melaka tanpa melalui kesesakan jalan raya dan jauh daripada orang ramai anda boleh menaiki Melaka River Cruise.Kelebihan Melaka River Cruise ini adalah kerana anda boleh naik waktu siang atau malam.
Cruise ini bermula dari Jeti Muara, kemudian ia akan berhenti sebentar di Jeti Tanah Rempah dan selepas itu berpatah balik ke Jeti Tanah Rempah di mana ia berakhir.Ini cara yang bagus untuk menikmati pemandangan Bandar Melaka.Sebaliknya kami lebih memilih untuk berjalan kaki bagi melihat keindahan alam ciptaan ilahi yang indah di sekitar Sungai Melaka selain dapat melakukan aktiviti fizikal dengan berjalan kaki.Tambang bagi menaiki Melaka River Cruise ini adalah RM 25 bagi dewasa, RM 15 bagi kanak-kanak, RM 20 bagi pelajar dan RM 30 bagi warga asing.
7) Menaiki Beca
Melaka sememangnya sinonim dengan beca yang dihias dengan penuh warna-warni.Jika datang ke Melaka, tetapi tidak cuba menaiki beca, rasanya seperti tidak sempurna pula percutian ke negeri ini.
Yang menariknya, beca-beca yang terdapat di Melaka ini bukan main meriah lagi perhiasannya, ada yang bertemakan Hello Kitty, Disney Frozen, Upin Ipin, flora dan macam-macam lagi yang wajib anda abadikan di dalam foto.
Kebanyakan abang-abang beca ini boleh anda temui di sekitar Stadhuys atau Kota A Famosa. Bukan sekadar beca sahaja terdapat di sini tetapi juga kereta kuda.Bayarannya bergantung kepada jangka masa atau jarak perjalanan.
8) Kota A Famosa
Kota A Famosa dipilih sebagai tarikan penutup tirai entri kali ini kerana ia sudah lama dikenali sebagai mercu tanda paling popular di Melaka. Mengikut sejarah Ia didirikan oleh penjajah Portugis sebagai kubu pertahanan mereka di Melaka.
Pada tahun 1807 kebanyakkan daripada bangunan ini telah diruntuhkan dan yang tinggal adalah sebahagian daripada pintu gerebang dan Portade Santiago. Apa yang dapat dilihat sekarang hanya sebahagian kecil sahaja daripada kubu asal.
Ini adalah tarikan yang wajib dilawati semasa anda bercuti ke Melaka nanti kerana ia merupakan satu detik penting dalam sejarah Negara kita.
Berakhir sudah senarai tempat menarik di Melaka yang sempat kami lawati dan saya harap ia dapat menjadi panduan berguna kepada sesiapa yang ingin memilih Melaka sebagai destinasi pelancongan.Sebenarnya banyak lagi tempat-tempat menarik di Melaka yang tidak sempat kami lawati akibat daripada kekangan masa dan berberapa faktor lain.Sekian.Jumpa lagi pada entri akan datang insyallah. Assalamualaikum.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan