Rabu, 17 Julai 2019

Definisi dan Istilah Kepenjaraan

1. Penjara  Menahan banduan reman ( unconvicted ) menunggu perbicaraan di Mahkamah dan banduan sabitan
 ( convicted ) iaitu banduan yang telah dijatuhkan hukuman oleh Mahkamah.

2. Sekolah Henry Gurney ( SHG ) – Menahan penghuni yang berusia antara 14 hingga bawah 21 tahun yang ditahan di bawah Perintah Mahkamah Kanak-Kanak.

3. Pusat Pemulihan Akhlak ( PPA ) – Menahan tahanan di bawah Akta Dadah Berbahaya ( Langkah-Langkah Pencegahan Khas ) 1985.

4. Pusat Pemulihan Khas – Menahan tahanan di bawah Akta Pencegahan Jenayah 1959.

5. Tempat Tahanan Khas – Menahan tahanan di bawah Akta Pencegahan Keganasan 2015.

6. Rumah Perantaraan Jabatan Penjara –
Rumah Perantaraan Jabatan Penjara digunakan untuk menempatkan bekas banduan dan Orang Diparol yang tiada tempat tinggal atau tidak diterima oleh keluarga. Penempatan sementara ini membolehkan bekas banduan meneruskan pemulihan di dalam masyarakat serta memperolehi peluang pekerjaan. Program Rumah Perantaraan Jabatan Penjara merupakan antara 50 inisiatif yang terkandung dalam bidang keberhasilan utama Negara (NKRA) bagi mengurangkan kadar jenayah dalam Negara.

7. Banduan Reman – Banduan yang ditahan di penjara sementara menunggu perbicaraan di Mahkamah.

8. Banduan Sabitan – Banduan yang telah disabitkan dengan kesalahan dan dijatuhkan hukuman oleh Mahkamah.

9. Banduan Hikuman Lama – Banduan yang menjalani hukuman penjara bagi suatu tempoh melebihi enam bulan.

10. Banduan Hukuman Singkat – Banduan yang menjalani suatu tempoh hukuman penjara kurang daripada enam bulan.

11. Banduan Pertama Kali – Ertinya seseorang banduan sabitan yang pertama kali dimasukkan ke dalam penjara.

12. Banduan Berulang Kali – Terdiri daripada banduan sabitan yang telah berulang kali masuk penjara.

13. Banduan Muda – Terdiri daripada banduan sabitan dan reman yang berumur kurang daripada 21 tahun.

14. Banduan Dadah – Terdiri daripada banduan yang telah disabitkan dengan kesalahan berkaitan kes dadah.

15. Penghuni ( Kanak-Kanak / Juvana ) – Terdiri daripada mereka yang berumur antara 14 hingga bawah 18 tahun yang telah didapati bersalah oleh Mahkamah Kanak-Kanak dan mereka ini ditahan di Sekolah Henry Gurney.

16. Orang Tahanan ( OT ) – Terdiri daripada mereka yang ditahan di bawah perintah Tahanan oleh Menteri Dalam Negeri atau Lembaga Pencegahan Jenayah atau Lembaga Pencegahan Keganasan.

17. Banduan Akhir ( BA ) – Banduan yang dijatuhi hukuman mati.

18. Banduan Seumur Hayat – Banduan yang menjalani hukuman sepanjang hayat dan tiada tarikh bebas kecuali mereka mendapat pengampunan atau peringanan hukuman dari Yang di Pertuan Agong atau Sultan atau Yang di Pertua Negeri di mana kesalahan tersebut dilakukan.

19. Banduan Seumur Hidup – Banduan yang dijatuhkan hukuman penjara selama 20 tahun atau 30 tahun.

20. Tahanan Limpah Yang di-Pertuan Agong / Sultan / Yang di Pertua Negeri – Banduan yang melakukan kesalahan dan jika disabitkan boleh djatuhkan hukuman mati tetapi tidak dijatuhkan hukuman mati kerana semasa kesalahan dilakukan banduan berkenaan berumur di bawah 18 tahun atau didapati tidak siuman.Mereka ini tidak mempunyai tarikh bebas telah mendapat pengampunan atau peringanan hukuman Yang di Pertuan Agong atau Sultan atau Yang di Pertua Negeri di mana kesalahan tersebut dilakukan.

21. Orang Diparol ( ODP ) – Banduan yang dilepaskan secara Perintah Parol bagi menjalani baki hukuman dan pemulihan di luar penjara bersama masyarakat.

22. Orang Diselia ( ODS ) – Banduan yang sedang mengikuti Program Pemulihan 
Pemasyarakatan di kem tentera atau tempat-tempat lain yang diluluskan.

23. Pesalah Perintah Kehadiran Wajib – Pesalah yang diperintahkan oleh Mahkamah bagi menjalani kerja wajib untuk tempoh tertentu mengikut Akta Kehadiran Wajib 1954, yang diselia oleh pegawai penjara ( pegawai parol ).

Tiada ulasan:

Catat Ulasan