Untuk entri kali ini saya akan memaparkan pelbagai jenis istilah makhamah.Ia sangat berguna kepada pelajar STPM dan bagi seseorang yang akan menduduki peperiksaan SPA atau Kerajaan Negeri.
1. Afidavit – Satu kenyataan bertulis atas nama seorang yang bersumpah dan menandatangani kenyataan tersebut sama ada melibatkan kes jenayah atau kes sivil.
Orang itu mesti berupaya membuktikan kenyataan-kenyataannya di mahkamah.
Sebarang penipuan dalam afidavit boleh menyebabkan perbuatnya dijatuhi hukuman penjara.Dokumen ini akan dibuktikan dalam mahkamah.
2. Alibi – Bukti yang menunjukkan bahawa seseorang tidak berada di tempat kejadian ketika sesuatu jenayah dilakukan.
3. Appointee – Orang yang dilantik akan diberi faedah apabila kuasa pelantikan dikuatkuasakan.
4. Assumpsit – Tindakan Common Law diambil atas seseorang yang melanggar janji/menipu.
5. Autre conuict – Alasan menghalang pandakwaan jenayah apabila banduan itu mendakwa bahawa dia telah dibicarakan dan disabitkan untuk kesalahan yang sama masa itu.
6. Bail – Jaminan iaitu tertuduh diikat jamin dan dikehendaki hadir ke mahkamah pada waktu yang ditetapkan, sekiranya tertuduh gagal hadir, maka wang cagaran penjamin dirampas.
7. Bailiff – Orang yang dilantik oleh mahkamah untuk menyampaikan writ/ saman kepada seseorang.
8. Bigami – Orang bukan Islam yang berkahwin semasa perkahwinan yang pertama masih sah.
9. Bona fide – Dengan baik hati dan jujur tanpa fraud atau penyertaan dalam perbuatan yang salah.
10. By-law/bye-law – Undang-undang kecil dibuat oleh pihak berkuasa untuk penyelarasan.
11. Certiorari – perintah mahkamah untuk mengetepikan keputusan yang dibuat oleh mahkamah yang lebih rendah.
12. Common Law – Sebahagian undang-undang England yang dirangka dan ditadbir oleh mahkamah lama Common Law berasaskan amalan masyarakat Negara itu dan dalam bentuk lisan.
13. Condictio – Kes yang melibatkan tindakan peribadi seseorang ke atas orang lain ( kes civil ).
14.Consensus ad idem – Persetujuan atas perkara yang sama dalam membentukkan kontrak.
15. Contempt of court – Menghina mahkamah atau tidak mengikut arahan dan peraturan mahkamah.
16. Coroner – Seorang yang ditugaskan menyiasat keadaan kematian seseorang yang mati dibunuh atau mati dalam keadaan mencurigakan.
17. Culpa lata – Kesalahan yang berlaku kerana kecuaian yang ketara sehingga dianggap sengaja.
18. Cy-pres – Doktrin memboleh mahkamah mengarah pelaksanaan niat seseorang pewasiat menerusi cara yang hampir dihajati apabila didapati pewasiat telah membuat sesuatu niat yang umum.
19. Deed – Surat perjanjian bertujuan membuktikan persetujuan dibuat oleh pihak-pihak terbabit.
20. De facto – Dari segi persoalan fakta.
21. Defamation – Kesalahan yang melibatkan terbitan dan cetakan sesuatu maklumat palsu terhadap seseorang ( fitnah ).
22. Defendan – Tertuduh dalam kes perbicaraan.
23. Ekstrinsik – Keterangan lain yang diberi berkaitan dengan sesuatu dokumen bertulis.
24. Ex parte – Permohonan oleh plaintif ( penuntut ) untuk mendengar kes tanpa kehadiran defendan ( tertuduh ).
25. Fustus officio – Kesalahan yang sama tidak boleh diulang bicara di mahkamah yang sama selepas keputusan telah dibuat oleh mahkamah berkenaan.
26. Habeas corpus – Perintah mahkamah supaya seseorang dilepaskan daripada penahanan yang tidak mengikut undang-undang.
27. Injunksi – Perintah mahkamah terhadap seseorang supaya melakukan atau berhenti melakukan sesuatu sama ada untuk jangka masa sementara atau tetap.
28. Levi – Pengutipan dan pengumpulan wang secara paksa menerusi cukai.
29. Mandamus – Perintah yang dikeluarkan oleh Mahkamah Tinggi yang mengarahkan seseorang atau sesebuah agensi menjalankan kewajipan untuk orang awam.
30. Mandatori – Hukuman yang patut dilaksanakan. Biasanya melibatkan kesalahan yang berat.
31. Mitigasi – Permohonan untuk mengurangkan hukuman yang telah dijatuhkan.
32. Mortage – Gadai janji
33. Kesalahan pejuri – Membuat sumpah ( angkat sumpah ) yang palsu.
34. Penalti – Dendaan / pembayaran wang dibuat kerana mungkir janji atau sesuatu yang bertentangan dengan syarat dalam kontrak.
35. Percedent – Keputusan mahkamah mengikut fakta dalam kes-kes yang sama dan lama yang sudah pernah dibuat oleh mahkamah-mahkamah sebelumnya.
36. Petition – Rayuan bertulis kepada kerajaan atau mahkamah.
37. Plaintif – Seseorang yang mengambil tindakan undang-undang terhadap tertuduh.
38. Power of attorney – Saluran rasmi yang membolehkan seseorang mendapat hak untuk mewakili dan bertindak untuk seseorang.
39. Prima facie – Mempunyai bukti-bukti yang kukuh dan kuat untuk memulakan pendakwaan atau memulakan perbicaraan di mahkamah.
40. Quarantine – Pengasingan seseorang di tempat khas akibat wabak penyakit berjangkit.
41. Saman – Dokumen bertulis yang mengandungi butir tuduhan dan mewajibkan orang yang disaman itu hadir di makhamah pada tarikh dan masa yang ditetapkan.
42. Sapina ( subpoena ) – Arahan kepada seseorang untuk hadir di mahkamah pada sesuatu masa untuk menjadi saksi berkaitan dengan perbicaraan. Sapina perlu diserahkan ke tangan saksi sendiri, bukan melalui iklan suratkhabar, tampal depan pintu rumah ke. Saksi akan mengaku penerimaannya dikeratan dan in menjadi bukti penyerahan.
43. Sheriff – Melaksanakan arahan-arahan hakim dalam perbicaraan.
44. Sine die – Menghentikan dan menangguhkan kes tanpa menetapkan tarikh untuk menyambung semula sesuatu kes sebab tiada fakta yang boleh menyabitkannya.
45. Status quo – Kembali kepada keadaan atau kedudukan asal.
46. Stay of execution – Ditangguhkan atau digantung sesuatu hukuman mahkamah.
47. Ultra vires – Satu tindakan yang melampaui batas atau di luar kuasa undang-undang.
48. Void – Terbatal kerana sah
49 Waran – Surat kuasa yang diberikan kepada polis atau pihak berkuasa yang lain untuk menangkap seseorang yang didapati bersalah atau menggeledah sesuatu tempat.
50. Writ – Dokumen yang dikeluarkan atas nama YDA disertakan dengan cop mohor kerajaan atau mahkamah memerintahkan defendan ( pihak yang kena tuntut ) dalam kes sivil supaya hadir di mahkamah pada tarikh dan masa yang ditetapkan.
– Perintah yang dikeluarkan oleh mahkamah yang menggariskan tindakan - tindakan yang perlu dipatuhi sesuatu pihak atau kedua-dua pihak dalam kes sivil.Terdapat dua jenis writ iaitu waran dan prerogatif ( habeas corpus ).
Tiada ulasan:
Catat Ulasan