Rabu, 17 Julai 2019

Maksud disebalik Warna Baju

         Setiap orang ada lakaran hidup tersendiri. Lakaran hidup tersebut adalah berbeza antara satu individu ke individu lain walaupun ia lahir dari satu rahim ibu yang sama.Lakaran hidup ini sukar untuk diterjemahkan.

          Bukan mudah untuk menjadi baik dan bukan sukar untuk menjadi jahat.
Hidup ini adalah pilihan.Dan pilihan tersebut ada dalam diri masing-masing.
Kekadang apa yang berlaku bukanlah dari apa yang kita pinta dan inginkan.Namun atas desakan dan kesempitan hidup hati terpaksa merelakan jua walaupun tahu perkara tersebut salah di sisi undang-undang.

         Bukan mudah untuk keluar dari sisi hitam tersebut jika diri sudah lama terjerat.Bukan hati tidak terdetik rasa ingin kembali, apatah lagi gambaran orang yang disayangi selalu bermain di kotak fikiran. Yang menunjangi diri kini hanyalah ego. Egolah yang merentapi dan membunuh semua lakaran keindahan tersebut.

          Kini biarpun banyak mana sekalipun titisan mutiara jernih membasahi pipi ianya tidak akan sesekali dapat mengembalikan sebuah lakaran kehidupan yang pernah tercipta.Apa yang pasti kini setiap detik dan penyesalan tidak lagi berguna.

         Entri kali ini akan mengupas tentang dua tajuk berasingan iatu maksud disebalik warna baju dan definisi dan istilah kepenjaraan.

         Diharapkan, setiap paparan-paparan artikel dalam blog Mencari Damai Dihati 
dapat menambahkan ilmu yang sedia ada.Insyallah...🖋

Setiap banduan dapat dikelaskan melalui pemakaian mereka seperti :

1) Baju ungu digunakan untuk banduan reman yang sedang menjalani proses perbicaraan mahkamah.Selagi hukuman terhadap mereka tidak dimuktamatkan oleh pihak mahkamah, mereka akan kekal direman kecuali apabila dijamin.Disamping itu,terdapat juga kes di mana mereka ini tidak diberikan jaminan oleh pihak mahkamah.Ini adalah kerana mereka ini terbabit dalam jenayah berat.

2) Baju putih diperuntukkan kepada banduan yang menjalani hukuman penjara kurang daripada 6 bulan atas pelbagai kesalahan yang disabitkan oleh mahkamah.Mereka perlu mengikuti program yang telah diaturkan oleh Jabatan Penjara Malaysia sebelum dibebaskan.Program yang dimaksudkan tersebut ialah program kesedaran dan pemulihan.

 3) Baju merah akan dipakai oleh penghuni penjara yang menjalani hukuman penjara melebihi 6 bulan ke atas.Ia juga merupakan fasa pertama bagi banduan yang menjalani hukuman lama dan turut dikenali sebagai "kolar merah".
Pemakaiannya hanya selama 3 bulan dan dalam tempoh yang sama mereka perlu mengikuti Program Permodalan Insan
 ( PPI ).Bagi peringkat permulaan, ianya bermula dengan Fasa Orientasi sebelum mereka terpilih untuk mengikuti peringkat berikutnya setelah memenuhi kriteria yang ditetapkan oleh Jabatan Penjara.

4) Seterusnya, apabila melangkah ke Fasa kedua mereka akan dipakaikan dengan pakaian hijau atau " kolar hijau " selama 18 bulan setelah 3 bulan memakai pakaian merah.Dalam fasa ini, kebanyakkan penghuni penjara telah mengikuti Program Permodalan Insan ( PPI ).Fasa seterusnya ini, adalah Fasa Pengukuhan Sahsiah.Di mana, dalam fasa ini mereka akan mempelajari dua jenis bahagian iaitu ; bahagian pertama dinamakan " Halaqah " bagi mendalami ilmu agama dan bahagian kedua ialah " Therapeutic Community " iaitu terapi kemasyarakatan.

5) Baju biru atau " kolar biru " akan dipakai oleh banduan yang menghuni penjara melebihi 18 bulan.Di kalangan mereka ini terdiri daripada yang menjalani hukuman lama termasuklah " banduan seumur hidup " dan " banduan hayat ".Mereka telah menghabiskan fasa pembelajaran PPI dan layak bekerja di bengkel-bengkel yang disediakan oleh pihak penjara.

 6) Baju hijau terang atau hijau florescent dipakai  oleh banduan pra-bebas.Hal ini bermaksud banduan tersebut akan 
dibebaskan kurang dari 3 bulan.Mereka ini pada asalnya memakai baju merah, hijau dan biru.Selain itu, mereka ini dibenarkan bekerja di kawasan luar persekitaran penjara atas seliaan pegawai penjara.Banduan yang bekerja dibawah Program Pemulihan Pemasyarakatan juga memakai warna baju yang sama.

7)  Banduan yang memakai baju putih dan berlengan merah adalah banduan akhir
( BA ). Mereka ini,adalah banduan yang sedang dalam proses sama ada untuk menjalani hukuman gantung atau menunggu  keputusan rayuan Mahkamah Agong agar dikurangkan hukuman mati kepada hukuman hayat.

8) Untuk pengetahuan semua baju oren bukalah diklafikasikan sebagai banduan.
Sebaliknya mereka ini adalah tahanan sementara lokap polis yang dikehendaki untuk memberi maklumat mengenai sesuatu kes dan ada yang sedang mengikuti perbicaraan di Mahkamah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan