Kali pertama penulis menjejakkan kaki di bumi Teluk Intan ini ialah pada tahun 2013. Teluk Intan dahulunya dikenali sebagai Teluk Anson, diambil sempena nama seorang Gabenor British iaitu Jeneral Archibald Anson yang datang melawat Teluk Intan pada ketika itu. Pada 1 Januari 1982, secara rasminya nama Teluk Anson telah digantikan kepada nama baru iaitu Teluk Intan.
Menurut sejarah, nama Teluk Intan diambil dari nama seorang janda yang berasal dari Mandahiling, Sumatera, Indonesia, iaitu Mak Intan. Beliau adalah seorang peneroka yang telah membuka kawasan Teluk Intan pada awal abad ke-19. Pada ketika itu, kawasan yang diterokai oleh Mak Intan dikenali sebagai Pekan Mak Intan. Semasa pemerintahan British di Tanah Melayu, nama Teluk Mak Intan telah ditukarkan kepada Teluk Anson.
Lokasi Menara Condong
Bangunan Menara Condong Teluk Intan telah dibina pada tahun 1885.Walaupun usianya telah menjangkau lebih 135 tahun, namun bangunan ini tetap untuh dan tersergam indah. Lokasinya terletak di antara pertemuan dataran segi empat, iaitu Jalan Pasar dan Jalan Ah Cheong dengan Jalan Selat dan Jalan Bandar di kiri dan kanan menara. Sebagai menghargai jasa dan sumbangan Encik Leong Choon Cheong yang telah membina menara tersebut, sebatang jalan yang berhampiran dengan menara jam telah dinamakan sempena dengan nama beliau iaitu Jalan Ah Cheong.
Reka bentuk menara
Menara Condong Teluk Intan atau nama asalnya Jam Tinggi adalah sebuah menara jam.Menara ini mempunyai keunikkan yang tersendiri dan menjadi mercu tanda Teluk Intan sejak sekian lama.Binaannya yang condong itu, mirip The Leaning Tower of Pisa di Itali.Kecondongan menara ini sering dibandingkan Menara Condong Pisa.Walau bagaimanapun, menara ini hanya berketinggian 25 meter ( 82 kaki )
dengan 110 anak tangga ( setiap aras tingginya 15.5 kaki ) jika hendak dibandingkan dengan Menara Condong Pisa yang mempunyai ketinggian 55 meter. Bangunan tiga tingkat ini tidak lagi digunakan kini dan hanya dijadikan sebagai daya tarikan pelancong yang melawat bandar Teluk Intan.
Sungguhpun begitu, jam yang terdapat pada menara tersebut masih lagi berfungsi dan akan berbunyi setiap 15 minit.Panorama disekeliling bangunan ini cukup menggujakan. Apa tidaknya dibahagian bawah bangunan ini dikelilinggi oleh landskap yang indah seperti pasu bunga, lantai marmar dan kerusi rehat yang sesuai untuk aktiviti bersantai bersama keluarga.
Apabila diamati dengan teliti, didapati pengaruh senibina Cina lebih dominan pada Menara Jam Teluk Intan ini. Ini adalah kerana ia berkonsepkan sebuah "Pagoda" seperti yang terdapat di Negara China. Menara ini dibina oleh anak tempatan yang dikenali sebagai Leong Choon Cheong atau lebih mesra di sapa sebagai Ah Cheong. Walaupun pembinaannya pada zaman pemerintahan British, namun pengaruh Cina dan kontraktor telah berjaya dalam memperjuangkan budaya mereka. Keadaan ini jelas memperlihatkan senibina Cina yang terdapat pada gerbang, bumbung genting, hiasan jubin dan sebagainya yang menunjukkan budaya dan senibina Cina.
Dari bahagian luar kelihatan seolah-olah menara ini mempunyai 8 tingkat, namun apabila masuk sahaja ke bahagian dalam, menara ini hanya mempunyai 3 tingkat sahaja. Terdapat sebuah tangki air terletak di aras tiga yang diperbuat daripada keluli setinggi 16 kaki. Tangki ini boleh memuat sejumlah 680 kaki isi padu air ( 19.26 meter isipadu air ). Namun hari ini, tangki air tersebut tidak lagi berfungsi.Struktur binaan bangunan ini terdiri daripada batu dan kayu. Pada setiap tingkat menara ini ia dilengkapi oleh lorong jalan kaki. Lapisan bawah bangunan ini berukuran garis pusat 12.9 meter atau 42.3 kaki dan menguncup ke atas 8.1 meter.
Menara ini pada asalnya bukanlah secondong seperti mana yang dapat kita lihat pada ketika ini.Ianya berlaku adalah di sebabkan oleh faktor geografi iaitu banjir besar yang menenggelami kawasan sekitar menara tersebut pada tahun 1895 iaitu 10 tahun selepas pembinaan menara ini siap sepenuhnya.Menara ini mula condong ke arah barat laut adalah disebabkan oleh binaan asasnya yang lemah dan terpakasa menanggung bebanan tangki air yang berat.
Tujuan pembinaan menara ini :
🗼 Suatu ketika dahulu, menara ini berfungsi sebagai loji takungan air, bekalan air terutamanya ketika musim kemarau dan persediaan ketika menghadapi kebakaran.
🗼 Ketika zaman penjajahan Jepun sekitar tahun 1942 - 1945, menara ini dijadikan sebagai menara kawalan bagi memerhati pergerakkan musuh.Sekiranya musuh datang menyerang, menara kawalan inilah yang menjadi sasaran utama mereka.
🗼 Selain itu, menara ini juga dijadikan sebagai penanda waktu dan petunjuk kapal ke Pelabuhan Teluk Anson suatu ketika dulu bagi pedagang yang berlabuh dipelabuhan itu.
🗼 Kini, Menara Condong Teluk Intan hanya berperanan sebagai menara jam. Jam menara ini, yang dipasang pada tahun 1894 masih lagi berada dalam keadaan elok. Untuk pengetahuan umum, jam ini dibeli dari London, buatan firma J.W. Benson-Ludhgathill.
🗼 Di samping itu, menara jam ini telah diangkat menjadi mercu tanda kepada Bandar Teluk Intan.
Waktu Lawatan :
Bagi anda yang ingin datang melawat ke Menara Condong Teluk Intan bolehlah berbuat demikian dengan datang pada waktu yang tetera dibawah :
Isnin - Jumaat : 8.00 pagi - 5.00 Petang
Sabtu - Ahad / : 9.00 pagi - 6.00 petang
Cuti Am
Kesimpulan
Bagi diri penulis sendiri, Menara Condong Teluk Intan sememangnya unik dan kaya dengan sejarahnya yang tersendiri. Sehubungan dengan itu, kita haruslah menjaga dan memulihara menara ini dari segala bentuk aktiviti tidak sihat termasuklah vandalisme. Keadaan ini penting bagi tatapan generasi akan datang. Kalau bukan kita menjaganya siapa lagi.
AJOQQ menyediakan 9 permainan yang terdiri dari :
BalasPadamPoker,Domino99 ,BandarQ,BandarPoker,Capsa,AduQ,Sakong,Bandar66 ( NEW GAME )
Ayo segera bergabung bersama kami di AJOQQ :)
Bonus : Rollingan 0.3% dan Referral 20% :)
WA;+855969190856