Jumaat, 18 Jun 2021

FC Bayern Munich Frauen ( Goalkeeper )

Players ( Season 2020/2021 ) Part 1

First-team squad



Laura Benkarth

Full name                     Laura Anna Benkarth
Date of Birth               14/10/1992 (age 29)
Place of birth              Freiburg im Breisgau,
                                      Germany
Height / Weight          1.75 m / 73 kg
Nationality                   German
Position                        Goalkeeper
Number                         1
Previous clubs             SC Freiburg
                                       (2009-2018)
Current team                Bayern Munich
                                  (01/07/2018 until now)
Market value                110.000 €
Contract until               30.06.2022
Debut ( Team )             17.04.2019
Right or left-footed       Right



Maria Luisa Grohs

Full name                      Maria Luisa Grohs
Date of Birth                13/06/2001 (age 20)
Place of birth               Münster, Germany
Height / Weight           1.80 m / 73 kg
Nationality                    German
Position                         Goalkeeper
Number                         22
Previous clubs              FC Bayern Munich ii
                                        (2019-2020)
Current team                 Bayern Munich
                                  (01/07/2019 until now)
Market value                 12.500 €
Contract until                30.06.2023
Debut ( Team )              30.01.2021
Right or left-footed       Right



Carina Schlüter

Full name                  Carina Schlüter
Date of Birth             08/11/1996 (age 25)
Place of birth            Minden, Germany
Height / Weight       1.75 m / 70 kg
Nationality                 German
Position                      Goalkeeper
Number                      33
Previous clubs          Arminia Bielefeld                                              (2013),
                                    VfL Bochum
                                    (2014-2015),
                                     Herforder SV
                                     (2015-2016),
                                     SC Sand   
                                     (2016-2019)
Current team              Bayern Munich    
                                  (01/07/2019 until now)
Market value              20.000 €
Contract until             30.06.2021
Debut ( Team )           07.09.2019

Ahad, 13 Jun 2021

Celine Chuang Anak Malaysia Pertama Menyarung Jersi FC Bayern Munich


         Malaysia seharusnya berbangga kerana memiliki seorang pemain wanita yang berbakat dan bermain dengan pasukan ternama dunia seperti FC Bayern Munich. Bukan calang-calang pemain yang mampu bermain bersama pasukan tersebut. Namun, pemilik nama Celine Chuang berjaya membuktikannya dengan melakar sejarah apabila menjadi pemain bola sepak wanita pertama negara beraksi bersama kelab gergasi bola sepak Jerman, FC Bayern Munich.

        Pemain yang baru menginjak usia 15 tahun itu, beraksi untuk skuad kedua B-17 wanita FC Bayern Munich. Celine Chuang yang menyarung Jersey FC Bayern Munich pada Julai tahun lalu tidak menjadikan faktor jantinanya sebagai batu penghalang untuknya beraksi di atas padang. Keadaan ini jelas menunjukkan bahawa wanita sepertinya juga mampu bersaing dalam sukan bola sepak yang kebiasaannya didominasi oleh kaum lelaki.

           Apa yang mendorong minatnya untuk menceburkan diri dalam bidang sukan bola sepak ialah ketika menyaksikan sendiri aksi kakak serta abangnya di atas padang. Beliau
mula bermain secara serius ketika berusia 11 tahun bersama Persatuan Sukan Bintang Biru (PSBB), Pulau Pinang. Menurutnya lagi, faktor yang menyebabkan beliau jatuh hati pada sukan bola sepak ialah beliau dapat mempelajari teknik baru disamping dapat mengekalkan kesihatan minda apabila berhadapan dengan tekanan.

           Dengan keazaman yang tinggi beliau nekad untuk berhijrah ke Thailand bagi menjalani latihan bersama Sekolah Antarabangsa British Phuket (BISP) Cruzeiro di Phuket,Thailand selama dua tahun. Di sini, beliau menjalani latihan setiap minggu di bawah metodologi Cruzeiro secara lebih mendalam dan komprehensif.

           Celine kini berhijrah ke Munich, Jerman bersama keluarganya turut berkongsi minat sukannya itu bersama abangnya di sana. Bercita-cita untuk menjadi pemain bola sepak profesional di Liga Jerman (Bundesliga) dan Piala Dunia, Celine mengambil keputusan berani untuk menghadiri sesi pemilihan bersama kelab itu pada Februari lalu.

         Menurut pemain sayap lincah skuad B-15 negara ini, beliau berasa sangat bersyukur apabila dipilih untuk menyertai skuad kedua wanita B-17 FC Bayern Munich dan telah menjalani latihan dan beraksi bersama skuad lelaki FC Wacker München e.V.

          Nama beliau mula mendapat tempat dalam kalangan penyokong bola sepak Jerman selepas berjaya menjaringkan satu gol untuk pasukan lelaki bawah 15 tahun FC Wacker Munchen e.V dan satu lagi gol bersama pasukan kedua bawah 17 tahun FC Bayern Munich.

         Celine sebelum ini telah mengutip gol antarabangsanya yang pertama bersama skuad bawah 15 tahun wanita Harimau Malaya pada aksi Kejohanan Persekutuan Bola Sepak Asean (AFF) Wanita bawah 15 tahun 2019 selepas skuad negara menewaskan Kemboja 2-1 di Chonburi, Thailand.

         Celine turut berkongsi pengalamannya selama empat bulan berlatih di Jerman. Menurutnya, dia memerlukan sedikit masa untuk menyesuaikan diri dalam keadaan  cuaca sejuk ketika menjalani latihan dan juga dari segi perbezaan bahasa.

         Menurut Celine lagi, belau mempunyai cita-cita yang sama seperti abangnya, iaitu berkeinginan untuk meningkatkan kemahiran berbahasa Jerman selain mengimpikan masa depan yang cerah.

         “Walaupun menghadapi pelbagai cabaran, masyarakat di sini sangat ramah dan mengalu-alukan kedatangan saya sejak dari awal. Hal inilah membuatkan saya dapat menyesuaikan diri sejak tiba dan menetap di Jerman pada Jun tahun lalu. Saya kini menjalani latihan dalam talian selepas pertandingan dan liga dibatalkan akibat pandemik COVID-19,” katanya.

Selasa, 25 Mei 2021

Apa Yang Sedang Kita Nikmati Itu Milik Allah

Bukan mudah sehalus kudrat jiwa yang lemah menongkah arus kehidupan yang dihuni pelbagai dugaan. Tambahan lagi, di zaman yang kian mencabar minda dan fikiran. Manusia bergerak, berinteraksi dan mencari peribadi sendiri diselimuti oleh kesibukan harian. Manusia bertanding siapa kalah siapa menang mengumpul seberapa banyak timbunan harta yang menjadi impian. Sehinggakan kita lupa tanggungjawab yang terpikul di bahu kita sebelum kita di hantar ke dunia pinjaman.Janjinya kita apa?

“Dan tidaklah Aku ciptakan jin dan Manusia melainkan untuk beribadah kepadaku”. [Adz Dzariyat [51] : 56].

Tetapi, perhatikan sekeliling kita. Manusia tanpa segan silu menabur kaca pada nikmat kurniaanNya. Nikmat yang di kurnia di sangka usahanya sendiri mendapatkannya. Tidak sedar dengan sifat pemurah Allah swt. Terus menerus mencari harta tanpa tutup mata menghadap kalkulator. Mencongak-congak untung rugi hasil kerja. Masakan ahli matematik seorang hartawan tidak pandai membilang waktu solat wajib yang cuma ada lima. Kenapa masih ada yang bijak pandai dikurnia akal sempurna tidak mampu mengingat waktu solat yang ditelah difardukanNya.

Alangkah lupanya kita, bahawa harta setimbun gunung itu tidak mampu menjadi tanah yang empuk buat tidur lena yang lama. Harta yang diburu tanpa kira waktu tidak mampu membuka mulutmu menjawab soalan malaikat.Harta yang dimiliki hari ini belum tentu masih termiliki esok hari. Jadi rezekimu cuma sekadar apa yang kau gunakan hari ini, makan di waktu ini dan pakaian yang dipakai kini. Esok hari mungkin harta itu akan di tarik kembali kepada yang maha memberi.

Bersedekahlah, jangan takut kehilangan harta itu kerana berbuat baik kepada sesama makhluk akan mendamaikan hatimu. Allah akan melipat gandakan apa yang telah kita sedekahkan. Kalaupun tidak mendapat balasannya di dunia ini, akhirat nanti pasti akan terhitung tidak terkecuali.

“Tidak akan dikurangi harta dengan sebab bersedekah, Allah tidak menambah keampunan seseorang hamba melainkan seseorang itu ditambahkan dengan kemuliaan. Tidaklah seseorang itu merendah diri kerana mengharapkan keredhaan Allah melainkan akan diangkat darjatnya”.(Riwayat Muslim)

Sedekah itu yang akan menjadi jariah. Duit yang dikumpul kini hanya akan menjadi baja tanah. Kecuali amalan sedekah itu lah yang akan mengalir sampai kepada kita sesudah kita kembali ke alam barzakh.Keluarkanlah zakat untuk menyucikan harta. Namun, ramai di antara kita mengabaikan hal ini. Alangkah rugi.

Isnin, 24 Mei 2021

Perjalanan Mencari Cintamu

Ya Allah….

Aku rindu untuk bercinta dgnMu Ya Allah….

Tapi kenapa aku selalu alpa dari mengingatimu….

Selalu juga aku menangis di saat mengingati kealpaanku,

Namun selepas itu masih jua aku melupakanMu,


Ya Allah,

Aku malu untuk menghadapMu….

Aku sedih yang teramat,

Kerana setiap kali aku melupakanMu,

Kau masih tetap memimpinku dan mencintai hambaMu yang lemah ini....


Ya Rahman….

Terlalu banyak kau beri dugaan kepada ku,

Namun setiap kali juga Kau akan sediakan ketabahan buatku….

Hikmah yang kau berikan melebihi dugaan yang kau beri…

Aku malu Ya Allah....

Kerana fitrahku menangis saat menghadapi dugaanMu yang sedikit itu....

Sedangkan aku tahu Kau sentiasa memberi yang terbaik buatku.


Ya Rahim….

Tidak terungkap terima kasihku padaMu,

Kerana terlalu banyak nikmatMu padaku....

Namun terlalu sedikit ku bersyukur Ya Allah....

Kau selalu ada saat hatiku menangis kesedihan kerana sendirian....

Kau tetap ada menemaniku dan memujukku

dengan kitab suci AL-QURAN….


Ya Allah….

Syukurku kepadaMu kerana telah kau sedarkan aku....

Untuk kembali ke jalan yang lurus kau sediakan….

Janganlah kau pesongkan aku lagi Ya Allah....

Jika kau ambil nyawaku yang juga milikMu ini,

Ambil di saat aku mengingatimu dan dalam keimanan....

Jangan biarkan aku alpa dalam rimba dunia ini Ya Allah....

Jangan biarkan aku alpa terhadapMu....

Kerana aku tahu cintaMu yang abadi selamanya....

Dan aku ingin untuk bercinta denganMu….

Rabu, 13 Januari 2021

Janji Yang Sering Kita Mungkiri

INSYA ALLAH perkataan yang sering kita dengar di kalangan MUSLIM ataupun orang MELAYU. Kita suka menyebut INSYA’ALLAH walaupun tidak memahami apa MAKSUD yang sebenarnya... Yang paling tak masuk akalnya,

“AKU MALAS LA NAK PERGI,er tapi INSYA ALLAH la aku pergi la karang karang sikit eh..”

Hurmm...faham ke tidak maksud insya’Allah tu???
 
Sebenarnya ramai yang tidak tahu makna disebalik kalimah itu..INSYAALLAH adalah DOA, bukan sekadar omongan kosong. Dan bukan juga ayat penyedap hati mahupun alasan untuk mungkir janji . Seolah2 kita telah memperlekehkan taraf kalimah itu demi kepuasan nafsu kemalasan kita....

Selalunya, apabila kita berjanji, kita perlu menunaikan janji itu dan berkata ‘’ INSYA ALLAH”bg member faham si penerima janji bahawa janji itu kompom akan terjadi hanya dengan IZIN ALLAH or WITH GOD’S WILL”...

Secara tidak sedar, kita sedang mempermainkan doa dek kerana kejahilan.Jangan pula marahkan Tuhan kerana tidak memakbulkan doa kita bila kita sendiri mempermainkan janji kita dengan mempergunakan namanya yang maha agung.
 
Usah mengatakan INSYA ALLAH jika kita malas atau ingin mengelak. Lebih baik senyap dan berdiam diri. Sedarilah, kita sedang berjanji kepada Allah, Tuhan Segala Manusia dan bukan manusia yang terbatas. Hindarilah sikap munafiq yang tercela seperti dalam hadis Nabi SAW:” tanda-tanda orang munafik ada tiga, apabila bercakap dia berdusta, apabila berjanji dia mungkiri, dan apabila diberi amanah dia khianati”.
 
“ dan penuhi (sempurnakanlah) perjanjian ( dengan Allah dan manusia) sesungguhnya perjanjian itu akan ditanya.”-(Al-Israk:34)

Rabu, 6 Januari 2021

Jangan Berhenti Melangkah

Kita ada perasaan ingin berjaya dan hidup yang lebih baik, tetapi malangnya kita tidak tahu jalan untuk menuju ke sana. Kita mempunyai cita - cita yang tinggi tapi ada masa yang sama kita merasakan kecewa dengan hidup kita, kerana kemiskinan, kebodohan dan rasa malu yang melampau - takut untuk melangkah.

Kita mempunyai cita - cita lain, tetapi terpaksa belajar atau bekerja dalam bidang yang langsung tidak kita sukai. Semua ini menyebabkan kita sering pasrah dengan masa hadapan dan selalu ada masalah - masalah yang sering menimpa kita.

Sebenarnya salah satu kunci utama kejayaan adalah kemampuan kita dalam menentukan sasaran hidup yang jelas, malaksanakannya dengan sabar dan tekun, mencari punca kelemahan dan seterusnya berusaha memperbaiki kelemahan itu.
Paling setidak - tidaknya pun, kita harus memastikan kelemahan itu tidak mengganggu dan menghantui kehidupan kita.

Inilah sebabnya penting untuk kita mulakan segalanya dengan perancangan yang baik untuk memperbaiki diri kita. lakukan pelbagai usaha sehingga kita menemui apa yang dirasakan paling baik dalam hidup kita.

Ingatlah, mengharungi segala rintangan yang ada dalam hidup itu adalah sangat penting, terutamanya dalam menangani perasaan bingung untuk menghadapi masa depan. Pengalaman mendewasakan, pengalaman itu adalah guru yang terbaik.

Jangan lupa betapa pentingnya untuk merasa percaya pada diri dan mempunyai kesedaran untuk berusaha mengubah kehidupan seperti apa yang kita inginkan. Yang penting adalah sebuah usaha yang tiada henti. Kita harus kuat dan memiliki kesabaran yang tinggi.

Jika tiba - tiba sahaja perasaan takut dan kecewa itu menjengah, maka bersegeralah untuk membuang perasaan itu dan menggantikannya dengan perasaan yang tenang dan bersangka baik (husnudzon) kepada Allah SWT. Jika kita mempunyai perasaan malu yang berlebih - lebihan, cubalah untuk menghilangkannya dengan lebih banyak menenangkan jiwa dan percaya serta yakin tidak ada apa yang boleh membuatkan kita merasa malu.

Memang, rasa malu itu adalah perlu. Namun jika rasa malu itu terlalu berlebihan ia akan menyebabkan hilangnya rasa percaya pada diri.

Yakin dan percayalah, kita akan berjaya mencapai kejayaan, dengan syarat kita tidak terburu – buru. Sentiasalah bersabar sehingga semua impian kita menjadi kenyataan. Insyaallah.