Perlis being a small state, very limited family recreational area.Tasik Melati is one of the places where the whole family can have picnics, jog, fishing, photography, etc.There are many food outlets in the park itself.You can walk on the walkways and enjoy the lake and the landscapes.Many use the park to walk and jog in the morning. Fresh air and the view of the lake at its best.Entrance is free and lots of space for car park.
Along the way to the lake is quite long and relaxing....the place is kind of isolated....the lake have 2 place or like a theme..first one is like Chinese old style architectural.Another one is like Malay style....a relaxing place and nostalgic.
I really enjoy with the greenery and the view. Feel peach and relax.Good place to do recreational with your lovely family member.
Wahai orang-orang yang beriman! Peliharalah dirimu dan keluargamu dari api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu;penjaganya malaikat-malaikat yang keras dan kasar,yang tidak durhaka kepada Allah s.w.t terhadap apa yang Dia perintahkan kepada mereka dan selalu mengerjakan apa yang diperintahkan. ( Surah At-Tahrim ayat 6 )
Jumaat, 30 Ogos 2019
Khamis, 29 Ogos 2019
Duhai Hati Jangan Bersedih
Kita tidak akan sesekali dapat menjangka,
Apa yang Allah aturkan buat kita,
Adakala kita tersangat gembira.
Adakala kita tersangat tidak suka,
Aturan-Nya bukan pilihan kita,
Namun,
Jangan risau manusia
Allah itu tuhan kita
Tuhan yang Maha Luas kasih sayangnya
Percayalah,
Dia tidak akan menduga hamba-Nya,
Kecuali untuk melihat hamba-Nya,
tersenyum di sana,
tertawa di sana,
berbahagia di sana,
Di syurga yang mengalir dibawahnya sungai-sungai yang mendamaikan jiwa.
Oh indahnya !
Saat kita menempuhi onak duri dunia, ya mungkin ada kalanya, kesedihan itu terus memanjat-manjat di dasar hati lantaran ada dugaan yang memedihkan dan mengusik ketenangan jiwa. Air mata seakan bersedia mahu keluar agar tidak terus berombak di kolam hati. Saat itu mungkin sabar tidak dikenali lagi. Dalam terharu, air mata tumpah juga, mengalir deras mengeringkan derita. Kemudian ada sedikit ketenangan mula menyusup membalut lara, sinar-sinar harapan menampakkan cahaya menyuluh jalan yang lebih bahagia. Keyakinan seakan tumbuh dari sokongan dan kesedaran, wajah mula tenang dan senyuman mudah terbentuk. Cerialah diri. Suka duka, sedih gembira bagaikan silih berganti. Wahai hati, ingatlah diri kita ini tidak hidup abadi. esok, lusa, mana tahu kita akan mati.
Wahai Hamba Ilahi,
Allah mendugamu bukan kerana Dia mahu menyusahkan dirimu tetapi Dia ingin mengetuk hatimu yang tidak pernah lelah bermain dengan dunia agar dirimu kembali lurus pada jalanNya..
Ingatlah, Allah tidak pernah melupakan kita tetapi mungkin kita yang selalu melupakanNya, melupakan ayat-ayatNya, melupakan nikmat-nikmat yang telah kita pinjam dariNya..
Ketika kita senang, dengan enteng kita meninggalkanNya. Ketika kita susah, kita meraung menyeru namaNya. tidak malukah kita padaNya? Sedarlah! kita hambaNya bukan siapa-siapa. Jika tidak kerana kasih sayangNya kita tidak akan dapat merasai apa yang kita miliki ketika ini..
Sedarlah jiwa-jiwa yang terleka.
Hadapilah segala ujian dengan rasa kehambaan kepadaNya. Tersenyumlah kerna setiap kesulitan itu pasti akan disusuli oleh kemudahan. Sesungguhnya dugaan dan ujian hadir dalam hidup kita adalah tanda sayangnya Allah pada kita. Oh untungnya kita.
Ayuh kembali menjadi hamba-Nya, kesilapan yang lalu jadikanlah sebagai pengajaran buat kita agar terus berjaya di masa depan. Jangan biarkan kegagalan itu membunuh jiwa kita untuk terus bangkit.
Buatmu wahai jiwa–jiwa yang terluka..
Jangan bersedih, kerana qadha’ telah ditetapkan, sesuatu yang ditakdirkan telah terjadi, pena-pena telah mengering, lembaran-lembaran catatan ketentuan telah pun dilipat, dan setiap perkara telah ditetapkan! Betapapun, kesedihan anda tidak dapat mendahulukan atau mengakhirkan kenyataan yang terjadi, dan tidak juga mampu menambahkan atau mengurangi apa yang telah ditetapkan.
Jangan bersedih, kerana kita telah melalui kesedihan itu kelmarin dan ia sama sekali tidak memberi sebarang manfaat pun pada keesokan harinya. kesedihan demi kesedihan bakal membuat kita semakin terperuk dalam keputus-asaan dan dunia yang luas dirasakan sempit dan tidak lagi berguna. Padahal, dunia inilah kesempatan untuk kita dekatkan diri kepada Allah untuk kita raih syurgaNya yang tersangat indah serta bebas daripada rasa kesedihan.
Jangan bersedih, sebab usia anda yang sebenarnya adalah kebahagiaan dan ketenangan anda. Oleh sebab itu, jangan habiskan usia anda dalam kesedihan, jangan biarkan malam-malam anda dalam kecemasan, jangan anda tukar kebahagiaan dengan ketakutan, dan jangan mensia-siakan waktu anda yang masih tersisa, kerana sesungguhnya Allah tidak menyukai orang yang mensia-siakan waktu.
Wahai hamba Allah, iaitu saya dan kamu..
Gara-gara kesedihan, air yang manis akan terasa pahit, makanan yang lazat terasa hambar dan bunga mawar yang mekar mewangi terus menjadi layu. Kita sendirilah yang menggerakkan saraf pemikiran kita, mengubah situasi kita, meletihkan hati kita dan menganggu tidur kita dengan rasa kesedihan itu.
Ingatlah tangisan terindah itu apabila butir-butir airmata mengalir hangat di pipi lantaran terasa diri kita begitu kerdil di sisi Allah dan begitu berdosanya kita di sisi Allah. Jika kita soal pada hati kita yang paling dalam. Berapa banyakkah dosa kita? Sikitkah? Banyakkah? Terhitungkah? Allahu Rabbi… Semoga Allah sentiasa mengampuni dosa-dosa kita serta menggerakkan hati-hati kita supaya sentiasa bertaubat kepadaNya agar diri kita tidak tenggelam dengan dosa-dosa yang menggelapkan hati lalu memadam nur hidayah yang diidami.. Sama-sama kita renungi diri kita ini lebih-lebih lagi yang menulis ini dan sahabat-sahabat yang dikasihi. InsyaAllah, semoga Allah redha ke atas kita semua. Lihatlah disekeliling kamu dan teguhkan pendirianmu, sepanjang hidup dan usiamu jangan mudah berputus asa, senyuman yang kau berikan dan airmata yang kau titiskan, simpan.. jadikan tauladan, segala yang kau pandang dan dengar, simpan.. buat pedoman.
"Janganlah kamu bersikap lemah dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya. Jika kamu orang-orang yang beriman." Surah Al-Imran Ayat:139
Sabtu, 24 Ogos 2019
Dialek Selatan Kedah
Perkataan 'dialek' berasal daripada bahasa Yunani iaitu 'dialektos' ( διάλεκτος ) yang membawa maksud "bahasa" atau
"perbualan".Dialek ialah suatu kelainan daripada bahasa tertentu yang dituturkan oleh sekumpulan penutur dalam sesebuah masyarakat.Dialek mempunyai bentuk tertentu,dituturkan di kawasan tertentu dan mempunyai perbezaan daripada bentuk yang standard atau baku dari segi sebutan, tatabahasa, dan penggunaan
kata-kata tertentu tetapi perbezaannya tidaklah begitu ketara yang membolehkannya dianggap sebagai suatu bahasa baru.
"perbualan".Dialek ialah suatu kelainan daripada bahasa tertentu yang dituturkan oleh sekumpulan penutur dalam sesebuah masyarakat.Dialek mempunyai bentuk tertentu,dituturkan di kawasan tertentu dan mempunyai perbezaan daripada bentuk yang standard atau baku dari segi sebutan, tatabahasa, dan penggunaan
kata-kata tertentu tetapi perbezaannya tidaklah begitu ketara yang membolehkannya dianggap sebagai suatu bahasa baru.
Terdapat pelbagai faktor yang dapat mewujudkan dialek iaitu, dari segi geografi, politik, penjajahan, perdagangan, masa, dan sebagainya.Sebagai contoh, misalnya dari segi politk telah menyebabkan negara ini dibahagikan kepada unit-unit politik yang lebih kecil sehingga mewujudkan negeri Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Pahang, Terengganu, Kelantan, Sabah dan Sarawak akhirnya mewujudkan pelbagai variasi dialek.
Bahasa Melayu Kedah atau lebih dikenali sebagai loghat utara adalah merupakan salah satu dialek yang dituturkan di Malaysia khususnya di Negeri Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan Perak
( daerah kerian & larut matang ).Selain itu, dialek Kedah juga turut dituturkan di Wilayah Selatan Thailand iaitu Satun dan Trang, di Wilayah Selatan Myanmar iaitu Tanintharyi atau Tanah Sari dan di sebuah daerah di Utara Sumatera Indonesia iaitu Langkat.
( daerah kerian & larut matang ).Selain itu, dialek Kedah juga turut dituturkan di Wilayah Selatan Thailand iaitu Satun dan Trang, di Wilayah Selatan Myanmar iaitu Tanintharyi atau Tanah Sari dan di sebuah daerah di Utara Sumatera Indonesia iaitu Langkat.
Penutur dialek Kedah ini dianggarkan sekitar 4 juta orang dengan 3.1 juta orang adalah penutur asli dan selebihnya menggunakan dialek Kedah sebagai bahasa kedua.
1) Timba — Baldi
Contoh ayat : " Yang hang buat main timba ni pasai pa! Sat ning pecah nak ceboq ayaq lagu mana, ? " marah Karim kepada anaknya.
2) Telaga — Perigi
Contoh ayat : "La pasai pa ang tak bawak mai timba ? Kan aku dah kata tadi kat qhumah kat sini tak dak phancoq ada telaga saja.Abis tu kita nak mandi dan buang ayaq nanti lagu mana ?" Soal Ismail kepada sahabatnya Safuan.
3) Terebit — Keluar ( lebih kepada percakapan yang dituturkan ).
Contoh ayat : " Ang cakap jangan dok terebit dari mulut ja.Pikiaq la hati orang lain sama!, "
beritahu Sulaiman kepada Hashim.
4) Segheyau — Bimbang
Contoh ayat : " Segheyau eh, jalan dah kecik.Nanti tak pasai-pasai reta aku masuk parit, " omel Razak sendirian.
5) Pelam — Mangga
Contoh ayat : " Kak! pelam ni sekilo beqhapa? " Soal Amir.
" Hat lunggok ni ka! kalau hat lunggok tu RM 12 sepingan," balas Kak jah.
6) Panggu — Bahagian
Contoh ayat : " La ni aku dah bagi semua panggu hampa.Lepaih ni aku tak mau dengaq lagi hampa cakap benda ni depan aku, " jelas Azlan kepada pekerjanya.
7) Merela — Gatai
Contoh ayat : " Amboi! merelanya hang! "
Laki orang pun hang nak try ka ?" beritahu Zainab kepada Julia.
8) Lohoq — Zohor
Contoh ayat : "Ni, lepas lohoq nanti sila la mai qhumah, kami ada buat makan-makan sikit, " beritahu Pak Omar kepada Pak Dollah.
9) Ketayap — Kepiah
Contoh ayat : " Mana pi ketayap aku ? Kelmarin aku letak tang sini.Tak kan orang lain pakai kot, " soal Said sendirian.
10) Tirih — Bocor
Contoh ayat : "Sarah!, ang pi tahan timba tak lagi ? Bumbung tang dapuq tu tirih.Sat ning melimpah ayaq pi merata pulak, " jelas Zaimah kepada anaknya Sarah.
11) Teghandaih — Terhantuk
Contoh ayat : " Ni awat tangan hang berbalut, ?" tanya Yusri inginkan kepastian.
" Oh! ni ka, tangan aku teghandaih kat pokok kelmarin masa aku nak mengelak bewak melintaih, " balas Rahman.
12) Cemerkap — Tidak cermat
Contoh ayat : " Hang ni aku pukui percuma ja eh ! Cemerkap sungguh.Aku bagi hang pinjam motor aku, balik-balik aku nak naik tiba-tiba tak boleh nak start.Hang buat apa,! " marah Kamal kepada anaknya.
13) Ghunaih — Cungkil, kupil
Contoh ayat : " Yang hang pi ghunaih qhupin tu pasai pa ? Sat gi lambat la nak baik luka tu, " soal Zamri kepada Kamil.
14) Raba — Pemadam
Contoh ayat : " Man!, mai raba sat.Aku nak padam garisan ni, " pinta Solihin kepada Razman.
15) Besaq gajah — Sudah dewasa
Contoh ayat : " La! besaq gajah pun takut lagi ka, ?" beritahu Pak Hamid kepada anaknya.
16) Hinggut — Goyang
Contoh ayat : " Awat la yang hang gatai pi hinggut pokok moktan tu, tengok habis luruh daun dia.Baru tat sat aku sapu.Penat la lagu ni, " kata Wan Jamilah kepada Seri.
17) Melewaq — Merayau, melilau
Contoh ayat : " Ni baru la ang ingat nak balik qhumah.Hari-hari dok melewaq merata ang buat apa! " bentak Nasir kepada anaknya Muzamir.
18) Gon — Bonggol
Contoh ayat : " Pasai pa la hang pi langgaq gon tu ? Nasib baik tau kita tak jatoh motor tadi, " soal Farid kepada Syukri.
19) Toksah — Tidak payah
Contoh ayat : " Hang toksah dok nak buat baik la dengan aku.Aku tau niat ang lagu mana!, " marah Iskandar kepada Syahrul.
20) Cabai — Cili
Contoh ayat : " La ni harga cabai pun dok pulan naik dah.Sekilo depa kata dah dekat RM 30.00, " beritahu Zulaikha kepada Maznah.
21) Ketit — Digigit serangga
Contoh ayat : " Aduih banyak sungguh rengga tang sini.Habis dia ketit kaki aku.Tang mana dia mai pun aku tak tau la, " soal Fadhli kebingungan.
22) Hari senayan — Hari isnin
Contoh ayat : " Yang kata hang nak pi Mekkah tu hari apa ?" soal Zulhelmi.
" Hari senayan nak mai ni kami berangkat pi mekkah, " balas Firdaus.
23) Manis melecaih — Sangat manis
Contoh ayat : " Tudia eh! awat la manis melecaih sangat ayaq ni? Nak bagi aku dapat kencing manis ka, " runggut Pak Salleh kepada pemilik warung.
24) Tawaq hebiaq — Terlalu tawar
Contoh ayat : " Pasai pa la gulai ang ni tawaq hebiaq sangat ? Hang tak boh garam sikit ka, Milah! ? " tanya Faridah kepada anaknya Milah.
25) Pait bedengung — Terlalu pahit
Contoh ayat : " Tudia eh! pait bedengung ayaq kopi hang.Hang tak letak gula sikit ka? Kalau lagu ni lagu mana aku nak minum, " soal Pak Yakkob kepada Bidin.
26) Kepak — Mematahkan sesuatu yang keras dengan tangan.
Contoh ayat : " Yang hang gatai pi kepak kayu ron tu pasai pa ? Sat ning kalau aku nak ron qhetas tu lagu mana.Tak dak reja sungguh la!, " marah Hanifah kepada rakan sekerjanya Kamal.
27) Melengung — Termenung
Contoh ayat : " Din! yang ang dok melengung sorang-sorang pasai pa ? Tak payah la dok teringat benda lama, " tanya Ahmad kepada Hafizuddin.
28) Seqhelum — Pakai
Contoh ayat : " Yang ang pi seqhelum kasut orang lain tu pasai pa ? " Soal Zainuddin kehairanan sambil melihat adiknya Muhymeen.
29) Mengai — Memancing
Contoh ayat : " Din! petang ni jom pi mengai hang mau dak,? " tanya Yahya kepada Samsuddin.
30) Lecah — Air bertakung dalam lopak
Contoh ayat : " Ni yang malas kata aku nak mai ni.Em! lecah la pulak jalan ni.Tak kan nak randok kot, ? " soal Mahali sendirian.
31) Juruih — Siram air
Contoh ayat : " Bok mai timba sat, mak nak jiruih pokok ni, " pinta mak leha kepada anaknya.
32) Ghenjong — Panjang
Contoh ayat : " Tu anak sapa yang had ghenjong tu.Tak pernah aku tengok pun sebelum ni, " soal Pak Kasim.
" Oh! yang tu anak Lebai Manan.Salmiah namanya.Budak tu baqhu habis mengaji kat USM, " jelas Haji Mustafa.
33) Beghalah — Minta diri
Contoh ayat : " Saya beghalah dulu Mak Som.Nak memanggei kat ghumah Pak Ngah Manan pulak, " kata Lokman kepada Mak Som.
34) Anak menakan — Anak saudara/anak
buah
Contoh ayat : " Hadiah apa yang patut aku beli kat anak menakan aku ni ha, " getus Sofia sendirian.
34) Geghit — Menggunakan gigi yang kecil untuk mengigit sesuatu.Biasanya ia merujuk kepada haiwan kecil seperti tikus,tupai atau lipas.
Contoh ayat : " Em habis dia geghit baju
yang aku baru beli hari tu, " runggut Haida.
35) Seneqhai — Sebaris
Contoh ayat : " Ni hat seneqhai ni sama ka harga dengan yang hat tu tadi, " soal Jamilah.
" Tak sama kak.Yang ni ( kain ) mahai sikit dari hat tu pasai dia patten baru, " jelas penjual kain.
36) Karan — Letrik
Contoh ayat : " La bila nak ada karan ni.Bola dah nak start dah.Pakai tak dan la aku nak tengok.Final pulak tu Kedah lawan Perak, " soal Azli sendirian.
PD Waterfront
The main attraction of Port Dickson is its waterfront.At PD Waterfront, you can treat yourself to a number of luxurious opportunities such as watching the beautiful sunset, eating in world-class restaurants, shopping, and staying in a villa, hotel, resort or vacation rental located by the beachside. Your kids will also have their share of enjoyment at the fun fairs and the open areas where they can fly kites. You can also drop by at the park near the beach and enjoy the majestic view of the coastal town.This is my first time i was here.Port Dickson is a beautiful beach.I love this place because of its gentle breeze and quiet scenery.
Jumaat, 23 Ogos 2019
Melaka Bandaraya Bersejarah
Melaka kaya dengan kesan peninggalan sejarah dan penuh dengan tarikan moden menjadikan negeri Melaka destinasi sasaran popular pelancong tempatan dan antarabangsa termasuklah dari China, Jepun, Indonesia dan Eropah.Melaka juga merupakan destinasi pilihan utama warga Ibu Kota yang mencari tempat percutian singkat untuk melarikan diri daripada kesibukan bandar buat seketika.
1) Lapangan Terbang Antarabangsa
Melaka
Lapangan Terbang Antarabangsa Melaka
( LTAM ) dahulunya dikenali sebagai Lapangan Terbang Batu Berendam adalah sebuah lapangan terbang kecil yang hanya boleh digunakan oleh pesawat jenis turboprop.
Lapangan terbang ini terletak di Batu Berendam iaitu kira-kira 8 km dari pusat bandaraya di Melaka.
LTAM mula beroperasi semula pada akhir tahun 2009 setelah kerja-kerja kerja-kerja penambahan panjang landasan daripada 1,300 meter kepada 2,135 meter dijalankan.Kini LTAM dapat menerima pendaratan pesawat jenis Boeing 737 dan Airbus 320.LTAM kini dapat membuat penerbangan terus dari Melaka ke Pulau Pinang, Langkawi, Kota Kinabalu,Subang, Kota Bahru dan Johor Utara bagi penerbangan domestik.Manakala, bagi penerbangan Antarabangsa pula ialah Pekanbaru,Riau,dan Medan ,Indonesia, Guangzhou dan Haikou,China dan Ho Chi Minh, Vietnam
LTAM kini telah berusia lebih 51 tahun.Ciri-ciri sejarahnya tercipta dengan keberangkatan pulang Tuanku Abdul Rahman dari London pada 20 Februari 1956 yang membawa pulang perkhabaran baik untuk Malaysia iaitu tarikh kemerdekaan Malaysia pada 31 Ogos 1957.
Melaka
Lapangan Terbang Antarabangsa Melaka
( LTAM ) dahulunya dikenali sebagai Lapangan Terbang Batu Berendam adalah sebuah lapangan terbang kecil yang hanya boleh digunakan oleh pesawat jenis turboprop.
Lapangan terbang ini terletak di Batu Berendam iaitu kira-kira 8 km dari pusat bandaraya di Melaka.
LTAM mula beroperasi semula pada akhir tahun 2009 setelah kerja-kerja kerja-kerja penambahan panjang landasan daripada 1,300 meter kepada 2,135 meter dijalankan.Kini LTAM dapat menerima pendaratan pesawat jenis Boeing 737 dan Airbus 320.LTAM kini dapat membuat penerbangan terus dari Melaka ke Pulau Pinang, Langkawi, Kota Kinabalu,Subang, Kota Bahru dan Johor Utara bagi penerbangan domestik.Manakala, bagi penerbangan Antarabangsa pula ialah Pekanbaru,Riau,dan Medan ,Indonesia, Guangzhou dan Haikou,China dan Ho Chi Minh, Vietnam
LTAM kini telah berusia lebih 51 tahun.Ciri-ciri sejarahnya tercipta dengan keberangkatan pulang Tuanku Abdul Rahman dari London pada 20 Februari 1956 yang membawa pulang perkhabaran baik untuk Malaysia iaitu tarikh kemerdekaan Malaysia pada 31 Ogos 1957.
2) Masjid Selat Melaka
Masjid ini dibina di atas pulau buatan manusia bernama pulau Melaka dan pada waktu air pasang masjid ini umpama terapung di atas air laut selat Melaka. Masjid Selat ini di buka pada tahun 2006 dan ia meminjam konsep dan senibinanya dari masjid terapung Jeddah.
Senibina masjid ini adalah gabungan diantara seni bina timur tengah dan melayu. Ada juga hiasan yang dibuat daripada buluh dan ukiran kayu.
Tiang masjid ini juga mempunyai fungsi yang berlainan iaitu menjadi lampu isyarat buat bot dan kapal laut yang melalui selat Melaka pada malam yang gelap.Pada waktu malam masjid ini memang mengagumkan.
Sayang sekali kerana kami tak dapat menikmati keindahannya pada sebelah malam.
Sayang sekali kerana kami tak dapat menikmati keindahannya pada sebelah malam.
3) Menara Taming Sari
Menara Taming Sari adalah Gyro tower pertama di Malaysia dan dibuka secara rasmi pada tahun 2008. Dengan ketinggian 110 meter, strurtur yang berpusing ini dapat memuatkan seramai 80 oran dan memberi pengunjung pandangan panoramik 360 darjah Bandar Melaka.
Seperti mana yang anda sudah teka, menara ini di namakan seperti keris Hang Tuah yang masih belum dijumpai lagi hingga ke hari ini. Kalau di lihat dengan teliti mereka telah cuba membina menara ini menyerupai bentuk keris.
4) Pantai Klebang
Bagi meraka yang kerap datang ke Melaka pasti telah melihat keunikan Pantai Klebang.Ia menjadi sasaran popular pelancong yang melawat Bandar Melaka kerana kedudukan strategiknya yang berdekatan dengan Bandar.
Apabila anda berada di pantai ini bagaikan anda berada di padang pasir dengan bukit-bukit pasir kecil yang menambah kepada keunikan pantai ini.
5) The Stadthuys
The Stadthuys mercu tanda yang sinonimus dengan Melaka ini siap didirikan pada tahun 1660 dan dipercayai bahawa bangunan ini adalah bangunan kerajaan belanda yang tertua di Asia Tenggara.Mengikut sejarah The Stadthuys ini merupakan tempat pentadbiran kerajaan Belanda di negeri Melaka pada zaman penjajahan Belanda.
Pada tahun 1982 tempat ini diubah suai menjadi Muzium yang mempamerkan sejarah Melaka, dan sejarah penjajahan Portugis dan British.Seberang jalan dari Stadthuys ini adalah Jonker street.
6) Melaka River Cruise
Jika anda mahu melihat keindahan Bandar Melaka tanpa melalui kesesakan jalan raya dan jauh daripada orang ramai anda boleh menaiki Melaka River Cruise.Kelebihan Melaka River Cruise ini adalah kerana anda boleh naik waktu siang atau malam.
Cruise ini bermula dari Jeti Muara, kemudian ia akan berhenti sebentar di Jeti Tanah Rempah dan selepas itu berpatah balik ke Jeti Tanah Rempah di mana ia berakhir.Ini cara yang bagus untuk menikmati pemandangan Bandar Melaka.Sebaliknya kami lebih memilih untuk berjalan kaki bagi melihat keindahan alam ciptaan ilahi yang indah di sekitar Sungai Melaka selain dapat melakukan aktiviti fizikal dengan berjalan kaki.Tambang bagi menaiki Melaka River Cruise ini adalah RM 25 bagi dewasa, RM 15 bagi kanak-kanak, RM 20 bagi pelajar dan RM 30 bagi warga asing.
7) Menaiki Beca
Melaka sememangnya sinonim dengan beca yang dihias dengan penuh warna-warni.Jika datang ke Melaka, tetapi tidak cuba menaiki beca, rasanya seperti tidak sempurna pula percutian ke negeri ini.
Yang menariknya, beca-beca yang terdapat di Melaka ini bukan main meriah lagi perhiasannya, ada yang bertemakan Hello Kitty, Disney Frozen, Upin Ipin, flora dan macam-macam lagi yang wajib anda abadikan di dalam foto.
Kebanyakan abang-abang beca ini boleh anda temui di sekitar Stadhuys atau Kota A Famosa. Bukan sekadar beca sahaja terdapat di sini tetapi juga kereta kuda.Bayarannya bergantung kepada jangka masa atau jarak perjalanan.
8) Kota A Famosa
Kota A Famosa dipilih sebagai tarikan penutup tirai entri kali ini kerana ia sudah lama dikenali sebagai mercu tanda paling popular di Melaka. Mengikut sejarah Ia didirikan oleh penjajah Portugis sebagai kubu pertahanan mereka di Melaka.
Pada tahun 1807 kebanyakkan daripada bangunan ini telah diruntuhkan dan yang tinggal adalah sebahagian daripada pintu gerebang dan Portade Santiago. Apa yang dapat dilihat sekarang hanya sebahagian kecil sahaja daripada kubu asal.
Ini adalah tarikan yang wajib dilawati semasa anda bercuti ke Melaka nanti kerana ia merupakan satu detik penting dalam sejarah Negara kita.
Berakhir sudah senarai tempat menarik di Melaka yang sempat kami lawati dan saya harap ia dapat menjadi panduan berguna kepada sesiapa yang ingin memilih Melaka sebagai destinasi pelancongan.Sebenarnya banyak lagi tempat-tempat menarik di Melaka yang tidak sempat kami lawati akibat daripada kekangan masa dan berberapa faktor lain.Sekian.Jumpa lagi pada entri akan datang insyallah. Assalamualaikum.
Langgan:
Catatan (Atom)