Itu rahsia Allah s.w.t...itu ketentuan Allah s.w.t....
Sebagai manusia, apa yang boleh kita buat ialah berusaha sehabis baik untuk hubungan itu...selagi kita masih bersama dengannya, maka selagi itulah kita perlu buat yang terbaik untuk dirinya...
Sekuat mana pun kita dah berusaha, selama mana pun kita bersamanya, setia manapun kita disisinya, sesabar mana pun kita dengan perangainya, kalau dah ditakdirkan jodoh kita dengannya terhenti dipertengahan jalan, maka ianya bukan salah Allah s.w.t yang memisahkan kita...
Allah s.w.t ada perancangan yang lebih baik lagi untuk diri masing-masing...
Mungkin di antara dua manusia itu, hanya seorang sahaja yang buat terbaik untuk hubungan itu...maka Allah s.w.t nak bagi ganjaran atas apa yang dia lakukan, Allah s.w.t gantikan dengan manusia yang lain, yang sama sifatnya dengan dia, yang boleh buat dia bahagia...
Mungkin juga di antara dua manusia itu, ada seorang yang tidak menghargai apa yang telah dilakukan seorang lagi, maka Allah s.w.t nak bagi dia pengajaran dan kesedaran, Allah s.w.t tarik manusia itu dari hidupnya, Allah s.w.t hadirkan seseorang yang boleh bagi dia pengajaran dan kesedaran kepada dirinya sehingga dia mula rasa bahawa yang dahulu itu dah pun menjadi yang terbaik untuk dirinya...
Sekiranya jodoh tidak panjang yang bukannya sebab kematian, maka pastinya ada sebab dan musabab disebalik kenapa dan mengapa jodoh itu tidak berpanjangan...
Kuat atau tidak jodoh kita dengan pasangan, pendek atau panjang jodoh kita dengan pasangan, ianya bergantung sejauh mana kita berusaha dalam hubungan itu, untuk hubungan itu...
Yang pastinya, usaha itu harus datang dari kedua-duanya, bukannya seorang sahaja...
Ingatlah, jodoh yang baik itu bukanlah yang datang dengan kelebihan, tapi yang tidak pergi kerana kekurangan...
Jangan sibuk dengan rumahtangga orang lain...jaga hubungan dalam rumahtangga sendiri.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan