1. Sila terangkan mengenai diri anda
Assalamualaikum dan selamat pagi.Nama saya (nama anda) dan saya berasal dari
(tempat tinggal).Saya adalah pemegang/ lulusan SPM/STPM/Sijil/Diploma/Ijazah/
Master/PHD (kelayakan akademik anda) dari (tempat anda study).Sebelum ini, saya pernah/sedang kerja di (company lama/ tempat praktikal) selama (tempoh masa). Semasa masih bergelar pelajar, saya pernah terlibat dengan (aktiviti/persatuan/ kelab/etc).Saya pandai/biasa menggunakan (skill yang anda ada) dan pernah mengambil dan terlibat dengan bengkel/kursus kemahiran (nama kursus yang anda ambil).Saya datang ke sini untuk memohon jawatan sebagai (jawatan yang anda apply).
2. Apa kelemahan anda?
Antara jawapan boleh dinyatakan adalah seperti berikut :
✔ Saya sangat mementingkan
kesempurnaan dalam setiap tugasan
yang saya lakukan.Oleh itu, saya akan
membuat semakan berulang-ulang kali
sehingga saya yakin dan berpuas hati
dengan tugas yang saya lakukan
walaupun ia mengambil masa yang
agak panjang.
✔ Sekiranya saya diberikan sesuatu
tugasan, saya akan menyiapkannya
lebih awal daripada tarikh/jadual yang
sepatutnya.Kerana saya mengambil
iktibar daripada pengalaman yang
lepas apabila kita membuat kerja pada
saat-saat akhir ia menjadi sesuatu
yang menyakitkan.Ini kerana, tugasan
tersebut tidak dapat disiapkan dengan
sempurna.
3. Apa kekuatan anda?
✔ Saya mahir mengurus masa saya
dengan baik, cekap dan teratur
sekaligus memudahkan saya untuk
memberi tumpuan kepada tugasan
yang seterusnya.
✔ Saya mampu mencari jalan
penyelesaian kepada setiap masalah
yang sukar kerana saya tahu setiap
masalah itu ada cara penyelesaianya
yang tersendiri.
4. Kenapa anda berhenti kerja di tempat
lama
Peningkatan dalam kerjaya
✔ Ini kerana saya ingin meningkatkan
daya kemahiran saya dan mahu
mencari peluang yang lebih besar
untuk memajukan diri.
Berpindah ke tempat baharu
✔ Saya baru sahaja berpindah dan jarak
perjalanan pergi balik ke tempat kerja
agak jauh. Walaupun saya berasa
seronok dan selesa dengan tugasan
saya bersama dengan rakan setugas,
namun dengan jarak perjalanan yang
agak jauh begitu sedikit sebanyak ia
mampu mengganggu prestasi kerjaya
saya.Oleh sebab itu, saya bercadang
mahu bekerja berdekatan dengan
rumah saya agar dapat mengurangkan
masa perjalanan dan saya berharap
dapat merealisasikannya dengan
mengisi kekosongan jawatan di
syarikat tuan/puan.
Diberhentikan kerja
✔ Dengan penyebaran wabak pendemik
Covid 19 dan kemelesetan ekonomi
yang melanda setiap negara sekarang
ini, syarikat telah mengkaji semula
struktur organisasi mereka dan ingin
mengecilkan saiz pekerja,maka
dengan ini seramai 100 orang telah
diberhentikan termasuk saya.Apa
yang saya pelajari sepanjang
pengalaman ini adalah untuk lebih
bertanggungjawab dalam
perkembangan kerjaya dan diri saya.
Oleh itu, saya telah menghadiri
berberapa kursus dan bengkel
yang dianjurkan oleh pihak kerajaan
dan swasta secara dalam talian atau
bersemuka bagi memantapkan lagi
kemahiran yang saya miliki.
5. Kenapa dah lama anda menganggur?
Saya bukanlah menganggur seperti yang pihak encik/puan sangkakan. Dalam tempoh yang lepas, saya sebenarnya banyak menghadiri khursus pemantapan diri (beri contoh nama khursus). Dalam masa yang sama, saya juga banyak melakukan kerja-kerja sampingan seperti…(beri contoh) yang mana banyak mengajar saya soft skills yang tidak dapat saya pelajari sebelum ini. Menerusinya juga saya banyak belajar untuk berinteraksi dan berurusan dengan semua peringkat lapisan umur, latar belakang yang berbeza sekaligus memberikan saya satu bentuk pemahaman baru berkenaan cara berinteraksi dan berurusan yang betul.
6. Apakah yang akan memberi anda
semangat dan motivasi?
✔ Walau apa jua jawatan yang saya
sandang saya akan melakukan kerja
dengan baik.Saya sentiasa ingin
sukses dalam kerja yang saya lakukan
kerana ia memberi nilai kepuasan
kepada diri saya dan juga majikan
saya khususnya.
✔ Saya adalah seorang yang
bertanggungjawab terhadap kerja dan saya akan memastikan kualiti kerja
saya sentiasa terbaik bersama-sama
rakan sekerja yang lain. Saya melatih
diri saya sendiri untuk bekerja dan
siap tepat pada masanya untuk
mendapatkan prestasi kerja yang
terbaik.
7. Terangkan kepada saya bagaimana
anda mengatasi ketika bekerja di
bawah terkanan?
Pertama sekali saya akan berdoa kepada Allah s.w.t agar dimudahkan segala urusan saya. Seterusnya, saya tidak akan memikirkan perkara-perkara yang akan membebankan otak saya dan akan menganggapnya sebagai satu cabaran bekerja. Saya akan bersikap tenang dalam semua keadaan dan terus fokus terhadap kerja.
8. Berapa lama anda jangka untuk bekerja
dengan pihak kami?
Selama yang boleh. Apa yang penting bagi saya ialah ia akan kekal dan terus
memberikan motivasi kepada diri saya secara profesional.
9. Apa yang paling anda tidak suka
tentang rakan sekerja?
Saya percaya dengan kerjasama. Biarpun
kadang-kala kita tidak dapat menjangkakan sifat orang lain (rakan sekerja), saya tetap akan buat yang terbaik dan cuba untuk mengelak masalah tersebut daripada mempengaruhi emosi sendiri melainkan ianya ada kena mengena dengan tingkah peribadi saya.
10. Di mana anda lihat diri anda dalam
lima tahun akan datang?
✔ Saya melihat diri saya sedang
memegang salah satu daripada posisi
jawatan tertinggi dalam syarikat ini
dan mampu untuk mengurus portfolio
penting yang ada di dalam syarikat ini.
✔ Pada lima tahun akan datang saya
akan menjadi seorang yang lebih baik
daripada sekarang.Saya sudah
mempunyai kerjaya yang stabil.Saya
juga akan sentiasa menambah baik
kemahiran dan kualiti kerja saya.
11. Apakah matlamat dan perancangan
anda untuk jangkamasa pendek dan
panjang?
Matlamat jangka pendek adalah saya berharap agar mendapat pekerjaan tetap bagi menjamin kehidupan saya dan keluarga di masa hadapan.Saya amat berharap terpilih untuk menjawat jawatan ini.Matlamat jangka panjang adalah saya ingin memberikan perkhidmatan yang terbaik.Saya akan terus memperbaiki kualiti kerja saya dengan cara menambahkan ilmu iaitu melalui menghadiri seminar, bengkel dan kursus. Saya juga berazam untuk mengembangkan potensi diri dan kerjaya saya sehingga ke peringkat tertinggi.
12. Sekiranya diberi dua tugasan dalam
satu masa, bolehkah anda
menyiapkan kedua-dua tugasan
tersebut dalam masa yang singkat?
Saya akan menyiapkan tugasan tersebut mengikut keutamaan.Keutamaan saya ialah menyelesaikan tugasan yang lebih penting dan paling hampir dengan tarikh akhirnya.
13. Bagaimana sekiranya anda diberi
tugasan tetapi tiada bahan rujukan,
apakah tindakan anda bagi
menyiapkan tugasan tersebut ?
Bagi saya sekiranya diberi tugasan tanpa bahan rujukan, apa yang perlu saya lakukan ialah saya akan berbincang dengan rakan sekerja yang mempunyai pengalaman atau yang pernah melakukan tugasan tersebut sebelum ini.Saya yakin dan pasti bahawa setiap tugasan yang diberi mesti ada jalan penyelesaiannya. Melalui cara perbincangan ini kita pasti akan menemui pelbagai idea untuk menyiapkan tugasan tersebut.
Keadaan ini secara tidak langsung akan mengeratkan lagi hubungan persahabatan di antara kita dengan rakan sekerja.
14. Terangkan kepentingan integriti
terhadap sesuatu organisasi
pekerjaan ?
Integriti memastikan setiap tindakan dan perbuatan kita berpandukan kebenaran dan kejujuran selaras dengan ajaran agama dan undang-undang.Integriti juga dapat menghindarkan diri kita dari pecah amanah atau rasuah.
15. Terangkan kepada saya bagaimana
anda menyelesaikan sesuatu
masalah ?
Perkara utama yang saya akan buat ialah saya akan menyiasat masalah tersebut secara teliti dan tidak mengambil sebarang keputusan dengan terburu-buru. Kemudian saya akan berjumpa dengan orang yang berpengalaman yang pernah mengendalikan kes seperti ini sebelum ini. Seterusnya, saya akan mengambil langkah-langkah proaktif supaya perkara sebegini tidak akan berulang lagi.
16. Bekerja secara sendirian atau secara
berkumpulan, yang mana satu
menjadi pilihan anda ?
Saya seorang yang mudah berkawan dengan sesiapa sahaja.Selain itu, saya mudah bertolak ansur dan menghormati setiap keputusan kerja orang lain. Sebenarnya, saya memang suka berkerja secara berkumpulan kerana ianya dapat memberi lebih banyak idea untuk membentuk idea yang terbaik.Saya juga tidak kisah sekiranya berkerja seorang diri. Keadaan ini akan menjadikan saya lebih kreatif, inovatif dan lebih berdikari.
17. Terangkan serba sedikit berkenaan
cara anda bekerja ?
Saya membuat kerja secara terancang supaya dapat memberi tumpuan kepada kerja yang seterusnya.Saya sentiasa menyemak kerja saya supaya hasil kerja yang saya lakukan itu benar-benar berkualiti.Saya juga akan berbincang dengan rakan sekerja yang lain dalam melaksanakan tugasan yang diberi supaya lebih cekap dan efisyen.
18. Pada pandangan anda
penambahbaikan yang bagaimana
diperlukan bagi syarikat ini terus
berdaya saing ?
Setiap kakitangan seharusnya menambahbaik sistem penyampaian kepada pelanggan supaya lebih cekap dan telus mengikut SOP yang ditetapkan. Syarikat juga perlu menyediakan kemudahan untuk promosi dan pesanan produk secara online bagi memudahkan pelanggan berurusan dengan syarikat. Selain itu, setiap kakitangan perlu diterapkan budaya kerja berprestasi tinggi yang melibatkan perubahan budaya kerja, cara berfikir dan cara bertindak bagi memastikan syarikat berkembang maju.
19. Kenapa kami perlu mengambil anda
bekerja?
✔ Jika pihak encik/puan menerima saya
bekerja, ia merupakan satu platform
terbaik bagi saya untuk menunjukkan kebolehan saya.Apa yang pasti,
kebolehan ini adalah selaras dengan
apa yang syarikat ini ingin capai.Saya
juga berminat untuk menjadikan
syarikat ini sebagai platform untuk
saya belajar perkara-perkara baru.
✔ Saya seorang yang mempunyai
keyakinan dan jati diri yang tinggi,
mampu berkerjasama dengan rakan
sepasukan,baik dalam pengurusan
masa dan menjalankan tugas secara
teratur serta berkebolehan dalam
berkomunikasi dengan baik.
20. Apakah jangkaan gaji anda?
✔ Saya lebih selesa sekiranya tuan/puan
sendiri yang memberikan julat gaji
untuk jawatan ini.
✔ Saya tidak kisah tentang bayaran gaji.
Fokus saya adalah untuk memberikan khidmat yang terbaik untuk syarikat.
✔ Saya rasa terlalu awal untuk
membincangkan isu jumlah gaji ini.
Saya lebih selesa sekiranya kita
berbincang tentang pengalaman kerja
serta skill set terlebih dahulu.
21. Ada apa-apa soalan?
Pada kebiasaannya soalan ini akan ditanya ketika penemuduga ingin mengakhiri sesi temuduga. Jadi pada ketika ini bolehlah anda mengajukan beberapa soalan kepada penemuduga. Antara soalan yang anda boleh tanyakan adalah :
✔ Apakah cabaran utama yang dihadapi
oleh syarikat pada ketika ini ?
✔ Boleh saya tahu dengan siapa saya
akan berkerjasama jika saya diterima
bekerja nanti ?
✔ Apakah langkah seterusnya dalam
temuduga?
✔ Sekiranya saya diterima bekerja apakah
bidang tugas saya ?
✔ Apakah matlamat syarikat ini dalam
tempoh 5 tahun akan datang?
✔ Apakah penanda aras yang diletakkan
untuk mendapatkan jawatan ini?
✔ Adakah Syarikat menyediakan Program
Latihan untuk pekerjanya?
Kesimpulannya
Akhir kata, soalan dan jawapan temuduga akan datang dalam bentuk yang pelbagai. Sangat penting bagi anda untuk kenali kata kunci setiap soalan.Persiapkan diri anda dengan tatatertib ketika temuduga dan jawapan-jawapan bagi setiap soalan yang mungkin ditanya.Jangan cemas dan sentiasa yakin dengan jawapan anda kerana setiap jawapan dan pandangan anda akan diambil kira.Soalan dan jawapan temuduga yang saya berikan merupakan sebahagian daripadanya.Pastikan penemuduga jelas dengan setiap butir-butir yang anda beri. Selamat berjaya!!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan