Isnin, 11 Oktober 2021

KENAPA AKU TAK SEMPURNA??

Seorang lelaki giat mengutip tin-tin dan botol untuk dijual agar mendapat wang membeli sesuap nasi. Sejak kematian ayahnya ketika dia berumur 10 tahun, dia hanya mempunyai ibu dan adik perempuan yang tidak bersekolah kerana tidak mempunyai wang.

Setelah penat mengumpul botol dan tin, melabuhkan punggungnya untuk berehat di kawasan masjid. Sementara menuggu azan asar, matanya memandang sepi kehidupan warga tempatan yang hidup lebih elok darinya.

“Kenapalah aku tak kaya macam dia orang ? Hari-hari aku cari botol tapi dapat je duit, habis buat beli makan. Tu pun untuk makan malam dengan pagi. Haih…” keluh hatinya.

Tiba-tiba datang seorang lelaki 40-an ke arahnya. Mukanya tenang dan gembira sahaja. Bajunya mahal dan lagaknya juga seperti orang kaya.

“Sorang je?” soal lelaki kaya tu.

“Ye..sorang. tunggu azan asar.” Balas lelaki tu.

“Pak cik nampak, kamu macam ada masalah.”

“Hmm,,memang pun. Masalah yang tak ada penyelesaian”

“Kenapa anak cakap macam tu?”

“Tak de apalah pak cik.”

“Kamu mengeluh sebab hidup susah ye?”

“Entahlah..hmm”

“Kenapa kamu tak suka pula?”

“Aik? Sape yang suka hidup susah? Saya taulah pakcik kaya. Semua benda ada. 
Seronok je hidup.”

“Sapa cakap pak cik gembira hidup senang?”ujar orang kaya tu.

“Memanglah tak ada orang yang tak pernah susah.Tapi sekurangnya pak cik hidup lebih sempurna dari saya.Pak cik boleh beli macam-macam.”balas lelaki miskin tadi.

“Tapi pak cik tak boleh beli nyawa…”suara pak cik tu mendatar.

“Maksud pak cik?”

“Nak..,memang kamu nampak pak cik ni kaya dan bahagia.Tapi hakikatnya, pak cik menghidap barah.Bila-bila masa sahaja pak cik boleh mati.Dengan duit yang banyak, pak cik tak boleh tangguhkan nyawa pak cik.Sebab barah ni dah tahap terakhir.Jadi pak cik habiskan sisa-sisa hidup dengan hadir jemaah di masjid.Malu rasanya.Dah nak mati baru nak pergi masjid.Dulu senang,tak pernah nak pergi.”
Pemuda itu hanya berdiam diri mendengar penuh simpati.

“Anak..,dengarlah.Tiada satu pun dalam dunia ini yang sempurna melainkan Allah. Pak cik mula sedari bahawa,setiap manusia ini mempunyai kekurangannya sendiri. Pak cik pernah termenung dan mengeluh seperti kamu.Pak cik melihat sekeliling. Warga tempatan yang hidup gembira.Tapi kenapa pak cik yang dihidapi barah? Alangkah seronoknya jika pak cik dapat hidup seperti orang biasa yang tidak berpenyakit.Tapi,pak cik terfikir satu benda.Setiap orang yang pak cik lihat,ada masalah yang mereka hadapi.Ada musibah yang dihadapi.Ada ketidaksempurnaan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan