Rabu, 12 Februari 2020

Kasih Sayang Allah Yang Tiada Penghujungnya...

Assalamualaikum…


Bila dibincangkan atau disentuh tentang Allah sangat sayang pada kita, ada dikalangan kita yang berkompromi, bermuram durja dan am nya memprotes. Dalam versi ayat, ada juga yang berkata,

“Betul ke Allah sayang kita? Kalau Allah sayang kita kenapa beri ujian yang berat ni? Dalam ramai-ramai orang, kenapa Allah pilih kita sebagai penerima ujian? Kenapa tak bagi dekat orang lain?”

Firman Allah s.w.t dalam al-Quran bermaksud :

“Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: ‘Kami beriman, sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)? Dan demi sesungguhnya, Kami menguji orang yang terdahulu daripada mereka, maka (dengan ujian yang demikian), nyata apa yang diketahui Allah orang yang sebenar-benarnya beriman dan nyata pula apa yang diketahui-Nya orang yang berdusta.’” (Surah al-Ankabut, ayat 2-3)

Jawapannya senang sahaja, sebab Allah tersangat sayangkan kita.Allah bagi kita ujian sebab masih ingatkkan kita. Dia rindu suara hambaNya...Dia rindu mendengar suara hambaNya dalam tadahan doanya. Dia tak ingatkan orang lain yang tak diberi ujian itu. Ada satu hadis yang menceritakan seseorang yang menangis di satu pertiga malam. Dia menangis dalam tadahan doanya. Malaikat yang tak mampu lagi mendengar tangisan sayu itu,lantas bertemu Allah serta berkata, “ya Allah...HambaMu itu sedang menangis” lantas Allah berfirman. “Biarkan dia. Sesungguhnya Aku merindui suaranya” ..Subhanallah..Betapa Allah sayang pada kita.Betapa Allah selalu mengingati kita walaupun kita selalu dalam kealpaan.

“Kenapa Allah bagi sakit yang berat? Kalau Allah sayang kita? Kenapa Allah bagi kita sakit barah yang sudah teruk? Yang sudah tiada lagi harapan untuk hidup? Kalau kita berdoa, adakah Allah akan menyembuhkan kita dan memanjangkan tempoh hidup kita lagi? Kita masih sangat muda”.

Firman Allah s.w.t dalam al-Quran yang bermaksud :

 “Dan bagi tiap-tiap umat ada tempoh (yang ditetapkan), maka apabila datang tempohnya, tidak dapat mereka dikemudiankan walau sesaat pun, dan tidak dapat pula mereka didahulukan.” 
(Surah al-A’raf, ayat 34)

Jawapannya, Allah terlalu sayang dan merindui kita. Betapa beruntungnya orang diberi ujian yang sedemikian. Mengapa beruntung? Satu, kerana Allah juga ingin mendengar tadahan doa serta suara kita. Maka jika kita seorang yang telah berdoa, sabar dan redha terhadap sakit yang telah diberikan. Maka kita adalah termasuk orang-orang yang Allah sangat-sangat tak sabar nak jumpa. Kenapa? Sebab Allah nak hadiahkan kita hadiah yang terbesar yang diidam semua umat islam, iaitu hadiah mati syahid. Apa kelebihan mati syahid? Kenapa ramai yang merebutnya? Jawapannya, dengan mati syahid, seseorang itu tidak perlu dihisab.
Malah dihantar terus ke syurga yang paling tinggi martabatnya. Allah sangat-sangat tak sabar nak berjumpa kita sebab Allah amat sayang kita dan rindu kita. Subhanallah…

Seharusnya berdoalah kita. Memetik hadis;

Janganlah ada orang yang menginginkan mati kerana kesusahan yang dideritanya. Apabila harus melakukannya hendaklah dia cukup berkata, "Ya Allah, tetap hidupkan aku selama kehidupan itu baik bagiku dan wafatkanlah aku jika kematian baik untukku." (HR. Bukhari)

Nak dipendekkan, jika ditanya lagi...

Kenapa Allah bagi buta?

Jawapannya, sebab Allah nak jaga mata kita. Allah tak nak bagi kita tengok maksiat. Allah hilangkan dosa kita dari segi itu.

Kenapa Allah bagi bisu?

Jawapannya, sebab Allah nak hilangkan dosa mengumpat kita.Hilangkan dosa bercakap perkara yang sia-sia( laqha ).

Kenapa Allah bagi pekak?

Jawapannya, sebab Allah nak menutup pendengaran kita dari benda yang maksiat dan sia-sia. Allah nak kurnia kita pahala percuma.

Kenapa Allah bagi tempang dan kudung?

Jawapannya, sebab Allah nak hindarkan kita dari berkunjung ke tempat maksiat dan jauh dari melakukan maksiat. Allah nak bagi pahala extra dalam kita beribadah. Semakin susah kita beribadah, dan kita tetap lakukan, semakin banyak pahala yang Allah janjikan.

Kenapa Allah bagi putus cinta?

Jawapannya, sebab itu bukan jodoh kita. Jadi mana jodoh kita? Jangan bimbang… Ketentuan jodoh itu telah Allah tetapkan. Allah bagi putus sebab Allah nak gantikan kita dengan yang lebih baik.Allah tak pernah dan tak mungkin berlaku kejam terhadap hambaNya...Andai diri kita resah tidak berpunya, ingatlah janji Allah.

Firman Allah s.w.t dalam al-Quran yang bermaksud :

(Lazimnya) perempuan-perempuan yang jahat adalah untuk lelaki-lelaki yang jahat, dan lelaki-lelaki yang jahat untuk perempuan-perempuan yang jahat; dan (sebaliknya) perempuan-perempuan yang baik untuk lelaki-lelaki yang baik, dan lelaki-lelaki yang baik untuk perempuan-perempuan yang baik.
(Surah an-Nur, ayat 26)

Bukan lelaki atau perempuan baik itu yang dikejar. Tetapi diri kita dahulu yang perlu diperbaiki. Tidak perlu sibukkan diri kita mencari si dia. Tetapi sibukkanlah diri kita menjadi apa yang dituntut olehNya.
Subhanallah...Betapa Allah sayang kita.

Kenapa Allah bagi result rendah? Sedangkan kita dah usaha.

Jawapannya, usaha kita itu mungkin masih belum mencukupi. Jika kita yakin bahawa usaha kita sudah cukup, maka pasti Allah nak menyediakan kita hikmah lain. Apakah hikmahnya? Sebab Allah maha mngetahui bahawa kita akan riak, ujub dan takbur dengan pemberian kejayaan itu. Maka Allah nak jauhkan kita dari mendapat dosa-dosa itu. Subhanllah...Betapa Allah sayang kita. Oleh itu, bersihkan niat dan mohon pertolongan dari Allah.

Kenapa Allah bagi tiada duit?

Jawapanya, sebab Allah jauhkan kita dari dosa riak, ujub, takbur, kedekut dan membazir. Maka, banyaknya dosa yang kita buat.Tapi Allah hindarkan kita dari melakukannya. Betapa Allah sayangkan kita dan sentiasa mengingati kita.Subhanallah…Alhamdulillah…AllaHu Akbar.

Apa yang dapat disimpulkan di sini ialah...

Seorang penyair berkata:

“Mereka bersenang-senang dengan angan khayalan sedangkan segala pemberian adalah ujian. Mereka mendakwa telah mengharungi lautan dugaan sesungguhnya mereka belum pun bertemu ujian”

Kadang-kadang kita berdoa untuk kekuatan, tetapi dugaan yang diberi. Kita minta cerdik, namun masalah pula yang timbul. Kita mintak bahagia, tetapi huru hara pula jadinya. Dugaan menjadikan mental untuk kuat, masalah menjadikan kita tabah. Allah yang Maha Mengetahui. 

Renungkan hadis ini;

“Telah berkata jibril, wahai tuhanku, engkau sampaikanlah hajat hambaMu. Maka, Allah menjawab: biarkan hambaKu itu, kerana Aku mencintai suaranya”

Oleh itu, adakalanya kita perlu menangis supaya kita tahu hidup ini bukan sekadar ketawa dan adakalanya kita perlu ketawa supaya kita tahu mahalnya nilai air mata. Ujian yang menimpa, sakit yang kita rasa. Namun sakit itu nikmat, kerana kita akan kenal rahmatNya. Kesembuhannya tidak kita ingini, namun keredhaan itulah yang kita dambai. Hikmah yang tersembunyi di dalam langit tinggi hanya pemilik langit dan bumi maha mengetahui segalanya. Segala puji bagi Allah.Dari Allah kita datang, kepada Allah kita akan kembali.

Ya Allah, apabila engkau memanggilku ambilah aku dalam keadaan Khusnul Khotimah ( baik di akhir ) dan sempatkanlah aku mengucapkan kalimat "LA ILAHA ILLALLAH"

Ahad, 2 Februari 2020

24.02.2020

32th birthday

Bismillah ..

Dear myself,

32 years ago you were born on this beautiful day by a strong woman who carried you in her belly to wherever she goes for 9 months. You were delivered to this world by the grace of Allah.

When you were a baby, the only thing you knew were getting feeded, had a good sleep either days or nights. You cried for attentions and pleasures. Any discomfort will make you cranky.

When you were kids, you had no idea on limitation. You learn to walk and get stumbled. You learn to get up and fall again. But nothing can stop you from keep walking. That's the way you learn how to walk with your two little feets.

When you getting older, you learn to run. You keep running until the finish line. You never quit in competition. You were determined with what you believe in yourself. No matter how much you had failed, you still believe you will make it somehow. You set your target as high as the stars in sky. Even so you never reached the sky, you keep your head up high. Knowing that, nothing can stop you if He wills and if you really want it. And you know what you really want. You believe in Him and in all your dreams.

And today, He places you in different part of the world. A place that has different expectations on you, people that treats you differently from the way you were treated, different atmosphere and different ideas on life.

You see beautiful things surround you, beautiful people as well beautiful meaning of this life. You feel the beauty by His grace. Experiences are the best teacher. He blessed you with life lessons along the journey. He wants you to learn about yourself and your Creator. Having total reliance in Him.

This life is beautiful.
When you are grateful.
Beautify your heart and soul.

This life is precious.
Embrace it to the fullest.

This life is priceless.
Appreciate what you have.

This life is wonderful.
When you believe The Most Merciful.

This life has a purpose.
Fulfill your purpose of life
As the way He wants you to live

You are here,
Because He wants you so.

• "I am yours and you are mine" •

happy 32th birthday.

best,
yourself