Rabu, 18 September 2019

Surah Al-A'la





Bismillahir-rahmanir-rahim

Sabbihis'ma rabbikal-a'la  ۝ Alladzii kholaqo fa sawwaa ۝ Walladzii qaddara fahada ۝ Walladzii 'akhrajal-mar'aa ۝ Fa ja'alahu gusha an ahwa ۝ Sanuqri' uka fala tansa ۝ Illa masya-Allah, Inna hu ya'lamul jahra wa ma yakhfa ۝ Wa nuyas-sirukalil yusra ۝ Fa zakkir in nafa 'atiz-zikra ۝ Sa-yazzakkaru man-yakh-sya ۝ Wa yatajanna-buhal-'asyqa ۝ Allazi yaalan-naral-kubra ۝ Shumma la yamutu fiha wa la yahya ۝ Qad'aflaha man-tazakka ۝
Wa zakarasma rabbihi fasalla ۝ 
Bal tu'shirunal-hayatad-dunya ۝ Wal 'akhiratu khairuw-wa 'abqa ۝ Inna haza lafis-suhufil-ula ۝ Suhufi Ibrahima wa Musa ۝


Maksudnya:
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani

 Bertasbihlah mensucikan nama Tuhanmu Yang Maha tinggi (dari Segala sifat-sifat kekurangan), 

 Yang telah menciptakan (sekalian makhlukNya) serta menyempurnakan kejadiannya Dengan kelengkapan Yang sesuai Dengan keadaannya;

 Dan Yang telah mengatur (Keadaan makhluk-makhlukNya) serta memberikan hidayah petunjuk (ke jalan keselamatannya dan kesempurnaanNya);

 Dan Yang telah mengeluarkan tumbuh-tumbuhan untuk binatang-binatang ternak,

 Kemudian ia menjadikan (tumbuh-tumbuhan Yang menghijau) itu kering - (berubah warnanya) kehitam-hitaman.

 Kami sentiasa menjadikan Engkau (Wahai Muhammad) dapat membaca (Al-Qur'an Yang diturunkan kepadamu - Dengan perantaraan Jibril), sehingga Engkau (menghafaznya dan) tidak lupa,

 Kecuali apa Yang dikehendaki Allah Engkau lupakan; Sesungguhnya ia mengetahui (segala keadaan Yang patut berlaku), dan Yang tersembunyi.

 Dan Kami tetap memberi kemudahan kepadamu untuk (melaksanakan Segala perkara) ugama Yang mudah diterima oleh akal Yang sihat.

 Oleh itu berilah peringatan (kepada umat manusia Dengan ajaran Al-Qur'an), kalau-kalau peringatan itu berguna (dan sudah tentu berguna);

Kerana orang Yang takut (melanggar perintah Allah) akan menerima peringatan itu;

 Dan (sebaliknya) orang Yang sangat celaka akan menjauhinya,

 Dia lah orang Yang akan menderita bakaran neraka Yang amat besar (azab seksanya),

 Selain dari itu, ia tidak mati di dalamnya dan tidak pula hidup senang.

 Sesungguhnya berjayalah orang Yang - setelah menerima peringatan itu - berusaha membersihkan dirinya (dengan taat dan amal Yang Soleh),

 Dan menyebut-nyebut Dengan lidah dan hatinya akan nama Tuhannya serta mangerjakan sembahyang (dengan khusyuk).

 (tetapi kebanyakkan kamu tidak melakukan Yang demikian), bahkan kamu utamakan kehidupan dunia;

 Padahal kehidupan akhirat lebih baik dan lebih kekal.

 Sesungguhnya (keterangan-keterangan Yang dinyatakan) ini ada (disebutkan) di Dalam Kitab-kitab Yang terdahulu, 

✒ Iaitu Kitab-kitab Nabi Ibrahim dan Nabi Musa.





  • Surah Al-A'la ( Bahasa Arab سورة الأعلى ‎) ialah surah ke-87 dalam al-Quran. Surah ini tergolong surah Makiyyah yang terdiri daripada 19 ayat. Dinamakan Al A’la yang bererti "yang paling tinggi" diambil dari perkataan Al A’la yang terdapat pada ayat pertama surat ini.

5 ulasan:

  1. salam..aku semalam 22.05.2020 bersamaan 29 ramdahan bermimpi membaca beberapa ayat alquran..xpasti hafal atau tidak ayat itu semasa dalam mimpi saya membaca 2 potong ayat.dan apabila terjaga alhamdullliah saya menyambung lagi ayat alquran itu dan menghabiskannya..bila melihat jam pada phone menunjukan jam 2.00 am tepat.setelah berfikir seketika baru saya ingat surah itu surah Al A'la.Semoga kita bersama dalam golongan-golongan yang baik dan Syurga tempat kita.amin

    BalasPadam
  2. Ok semoga bermanfaat dan mengamakkannya...Aamiin

    BalasPadam
  3. Amalkan dengan membaca secara istiqamah ayat ke-6 untuk elak penyakit nyanyok..esp orang tua.

    BalasPadam